CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27782|Reply: 0

[Sarawak] Orang ramai diseru sokong jualan pelekat sempena Hari Tongkat Putih

[Copy link]
Post time 3-10-2024 10:44 PM | Show all posts |Read mode


Ding (lima kiri) menyampaikan sumbangan kepada tabung jualan pelekat sempena Hari Tongkat Putih sambil diperhatikan Ting (empat kiri), Hung (lima kanan), Judy (empat kanan), Lang (kanan) serta yang lain.

SIBU: Orang ramai diminta memberikan sokongan kepada jualan pelekat bermula 10 Oktober hingga 10 November sempena sambutan Hari Tongkat Putih.

Hari Tongkat Putih adalah acara antarabangsa disambut pada bulan Oktober setiap tahun untuk memberi kesedaran kepada orang awam supaya bersikap prihatin kepada golongan buta atau cacat penglihatan.

Pengerusi pengelola Hari Tongkat Putih Bahagian Sibu Hung Sing Kai berkata, penganjuran Hari Tongkat Putih juga memberi pendedahan kepada orang ramai supaya bersikap prihatin apabila mendekati golongan OKU penglihatan menggunakan tongkat putih.

"Setiap kali sambutan Hari Tongkat Putih kami menjalankan jualan aktiviti pelekat kepada orang ramai bagi mengumpul dana yang juga salah satu aktiviti Pertubuhan Orang Buta Sarawak (POBS) Sibu," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran jualan pelekat tersebut di sini, hari ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh penasihat kehormat POBS Bahagian Sibu Datuk Ding Lian Cheon yang membeli pelekat pertama.

Hadir sama ialah Pengerusi POBS Bahagian Sibu Clarence Ting, Timbalan Pengerusi POBS Datin Judy Lau Kung dan Bendahari POBS Sibu Lang Jai Lee.

Hung berkata, jualan pelekat Hari Tongkat Putih Sedunia sebelum ini sangat menggalakkan.

Jelas beliau, pihaknya sangat menghargai setiap sumbangan yang diberikan oleh orang ramai terutamanya masyarakat Sibu.

Mengenai latar belakang sambutan tersebut, beliau berkata ia dimulakan di Amerika Syarikat pada 1930 dan Hari Tongkat Putih Sedunia disambut pada 15 Oktober setiap tahun.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.486163 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list