CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29257|Reply: 0

[Sarawak] TYT dijemput tonton filem 'Takluk: Lahad Datu' malam ini

[Copy link]
Post time 3-10-2024 10:51 PM | Show all posts |Read mode


Tun Wan Junaidi menerima cenderamata berupa poster Filem ‘Takluk: Lahad Datu’ yang ditandatangani oleh pelakon-pelakon filem tersebut daripada Khalid. - Gambar Penerangan

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada bekas Ketua Polis Negara ke-10 Tan Sri Khalid Abu Bakar di Astana Negeri, pagi tadi.

Kunjungan yang berlangsung kira-kira satu jam bertujuan menjemput Tuan Yang Terutama (TYT) serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi untuk menyaksikan tayangan khas filem 'Takluk: Lahad Datu' di sebuah pusat beli-belah terkemuka, malam ini (Khamis).

Bercakap kepada media selepas sesi kunjungan, Khalid berkata pemilihan filem tersebut merupakan satu perkongsian bersama Tun Wan mengenai peristiwa yang pernah menggemparkan negara pada Februari 2013 yang menggugat keselamatan serta kedaulatan negara.

Khalid turut menjelaskan, kunjungan itu bertujuan untuk bertukar pandangan mengenai aspek pembikinan filem tersebut yang mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada Ogos lalu dengan meraih kutipan sebanyak RM26 juta setakat ini.

Turut hadir semasa sesi kunjungan pagi tadi ialah isteri TYT Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, isteri Khalid Puan Sri Imran Ibrahim Bil, Pengarah Urusan Kumpulan Multimedia Datuk Steven Lim dan produser filem 'Takluk: Lahad Datu' Datin Vince Chin.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.079994 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list