View: 38633|Reply: 3
|
[Tempatan]
Polis tolak perhimpunan ‘Gempur Rasuah Sabah’ esok
[Copy link]
|
|
Polis tolak perhimpunan ‘Gempur Rasuah Sabah’ esok
https://www.freemalaysiatoday.co ... -rasuah-sabah-esok/
Bernama
30 Dec 2024, 06:30 PM
Pesuruhjaya Polis Sabah Jauteh Dikun berkata penganjuran perhimpunan di hadapan Menara Kinabalu ditolak bagi menjaga ketenteraman awam.
Pesuruhjaya Polis Sabah Jauteh Dikun berkata kerajaan Sabah bakal menganjurkan program Karnival Ria di tempat serta hari yang sama esok. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU: Polis menolak penganjuran perhimpunan ‘Gempur Rasuah Sabah’ yang dijadual diadakan di hadapan Menara Kinabalu esok, bagi menjaga ketenteraman awam di negeri ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Jauteh Dikun berkata kerajaan Sabah bakal menganjurkan program Karnival Ria di tempat serta hari yang sama esok, dan pihaknya diberitahu program itu mendapat kebenaran penganjuran daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
Justeru, beliau berkata polis tidak mahu berlaku pertembungan antara dua program ini yang boleh menimbulkan suasana tidak tenteram dan tidak aman terutama kepada pengunjung antaranya wanita, kanak-kanak dan warga emas.
“Perhimpunan ini (Gempur Rasuah Sabah) kita tolak berdasarkan kepada keadaan tidak memenuhi syarat untuk diadakan di kawasan berkenaan. Tujuan kita menolak adalah untuk pastikan keamanan, ketenteraman dan kesejahteraan pengunjung Karnival Ria.
“Saya menasihatkan kumpulan ini supaya tidak mengadakan perhimpunan bagi kesejahteraan masyarakat di kawasan sekitar. Saya juga menyeru orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.
Sekretariat Gempur Rasuah Sabah dalam kenyataan semalam memberitahu perhimpunan tersebut dijangka menarik kehadiran hingga 10,000 peserta dari seluruh negara bagi menyuarakan bantahan terhadap krisis rasuah yang didakwa mencemarkan maruah negeri ini.
Jauteh berkata kumpulan itu dinasihatkan menggunakan saluran yang betul sekiranya mempunyai niat atau perkara yang ingin disampaikan dan tidak menggunakan platform yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.
Ditanya tentang penglibatan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam perhimpunan itu, beliau berkata Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS menafikan penglibatan mereka.
Sementara itu, UMS dalam kenyataan memaklumkan perhimpunan itu tidak melibatkan mana-mana entiti dalam universiti terbabit termasuk fakulti, akademi, pusat, institut serta warga UMS.
“UMS menyediakan landasan dan saluran untuk mahasiswa membincangkan isu semasa secara ilmiah dengan mengutamakan fakta serta wacana yang rasional dan beretika,” katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cer tukar ke 'himpunan sokong rasuah'.....pulok..mana tau...'lulus'. |
|
|
|
|
|
|
|
Urang2 KK turun la woi!
Meols malas pi harung jem 3 jam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|