CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5561|Reply: 0

[Sarawak] Program amal Pet Walk 2025 akan diadakan pada 27 April

[Copy link]
Post time 7-1-2025 09:43 AM | Show all posts |Read mode


Dona (kiri) dan Ryan (kanan) mengajak orang ramai menyokong program amal Pet Walk 2025 pada 27 April nanti. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Program amal Pet Walk 2025 akan diadakan buat julung kalinya pada 27 April akan datang di pekarangan Foyer Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Anjuran Pertubuhan Komuniti Progresif Kuching dan Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA), program ini bertujuan mempromosikan kesedaran tentang vaksinasi rabies serta penjagaan haiwan peliharaan di kalangan pemiliknya.

Di samping itu program ini juga bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat serta mengeratkan lagi hubungan antara pencinta haiwan untuk mereka berkongsi minat yang sama.

Pengerusi SSCPA Datin Dona Drury Wee berkata, program ini bukan sahaja mengetengahkan nasib haiwan terbiar tetapi juga berfungsi sebagai platform yang kuat untuk menyatukan komuniti dalam menyokong kebajikan haiwan.

“Pet Walk 2025 akan menghimpunkan pencinta haiwan sambil berjalan kaki dan semua kucing serta anjing  yang dibawa mesti menunjukkan bukti vaksinasi dan dikawal oleh pemiliknya.

“Aktiviti lain pada hari itu nanti ialah pemeriksaan kesihatan percuma untuk orang ramai oleh Jabatan Kesihatan dan pendaftaran untuk kempen pengebirian bersubsidi SSPCA.

“Kami juga akan mendapatkan beberapa penjual makanan haiwan peliharaan dan paparan lain nanti bersesuaian dengan program itu,” katanya pada sidang media di salah sebuah hotel di sini semalam.


Penganjur Pet Walk 2025 (dari kiri), Chia Wee Sing, Dona, Ryan dan Chong You Kiat memperkenalkan program kepada orang ramai terutama pencinta haiwan. - Gambar Roystein Emmor

Dalam pada itu 50 peratus daripada keuntungan daripada program amal ini akan disumbangkan kepada SSPCA.

Sementara itu Pengerusi Pertubuhan Komuniti Progresif Kuching Ryan Jee berkata pendaftaran bagi menyertai program amal ini dibuka sehingga 23 Mac 2025.

Yuran pendaftaran adalah antara RM20 hingga RM55 seorang berserta haiwan peliharaan untuk Kategori A (Baju+Pingat+Bib), B (Baju+Bib), C (Pingat+Bib) dan D (Bib) dan RM15 hingga RM50 untuk pendaftaran mengikut kategori sama tanpa haiwan peliharaan.  

Selain kucing dan anjing, peserta juga boleh membawa haiwan peliharaan yang lain seperti burung, kura-kura, arnab, ikan serta haiwan-haiwan lain yang jinak serta tidak berbahaya kepada peserta.

Penganjur turut akan menyampaikan anugerah kepada 10 haiwan dan pemiliknya yang paling kreatif serta khidmat rakaman gambar.

Acara akan bermula pada jam 6.45 pagi dengan jarak perjalanan sejauh tiga kilometer dan akan dirasmikan Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang bersama Datuk Bandar Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 10:12 AM GMT+8 , Processed in 1.500805 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list