CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2206|Reply: 0

[Kedah] PeSAWAH bantah harga belian padi RM1,300 per tan

[Copy link]
Post time 8-1-2025 02:49 PM | Show all posts |Read mode
PeSAWAH bantah harga belian padi RM1,300 per tan

Oleh Noorazura Abdul Rahman - Januari 8, 2025 @ 1:04pm [email protected]





Gambar hiasan.




ALOR SETAR: Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) membantah penetapan harga belian padi RM1,300 per tan yang diputuskan pada mesyuarat pengilang beras bersama Ketua Pengarah Bahagian Industri Padi dan Beras, baru-baru ini.

Pengerusi PeSAWAH, Abdul Rashid Yob, berkata penetapan harga itu adalah tidak adil dan tidak mencerminkan realiti kos pengeluaran padi yang semakin meningkat ketika ini.

Katanya, kerajaan diminta mengkaji semula penetapan harga minimum belian padi dan mengambil kira beberapa faktor yang terpaksa ditanggung petani seperti kenaikan kos pengeluaran padi mendadak, pendapatan dan kebajikan pesawah.

"Jika kerajaan mahu mengekalkan harga beras pada RM2.60 per kilogram (kg) dan menurunkan harga belian padi pada RM1,300 per tan, maka pihak kementerian juga mesti menurunkan kos benih padi sah kepada RM28 per beg dan kos lain yang berkaitan.





"Jangan berhenti setakat kilang dan memaksa pesawah yang sedia miskin menanggung kos makanan ruji orang yang lebih kaya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, kerajaan menetapkan harga lantai belian padi adalah pada RM1,300 per tan, dengan pengilang menawarkan harga belian lebih tinggi iaitu antara RM1,500 hingga RM1,800 per tan di pasaran terbuka.

Mengulas lanjut, Abdul Rashid berkata, pihaknya juga menggesa kerajaan membabitkan wakil pesawah dalam sebarang perbincangan berkaitan dasar dan harga padi pada masa hadapan.

Katanya, kegagalan berbuat demikian hanya memburukkan lagi keadaan dan menjejaskan industri padi negara.

"Harga belian padi RM1,300 yang ditetapkan pada 2023 sudah ketinggalan dan tidak lagi relevan ketika ini. Pelbagai kos melambung tinggi sepanjang tempoh itu, antaranya kos benih padi yang naik dua kali sejak 2023, terkini naik kepada RM58 ler beg.

"Malah kos membajak dan menuai juga meningkat ekoran penghapusan subsidi diesel. Ini memaksa pesawah menanggung kos mesin jentuai yang lebih tinggi.

"Kos sewa tanah yang meningkat sejak beberapa musim kebelakangan ini. Kos melambung hampir empat kali ganda, upah penyelenggaraan sawah seperti meracun, menabur dan membaja juga meningkat," katanya.

Abdul Rashid berkata, lebih mendukacitakan apabila permasalahan utama yang dihadapi pesawah iaitu harga kawalan beras tempatan pada RM2.60 per kg sejak tahun 2014 tidak pernah diambil perhatian serius.

"Sudah tiba masanya rakyat Malaysia menerima harga beras baharu yang lebih relevan iaitu RM3.60 per kg bagi mengimbangi kenaikan kos pengeluaran padi.

"Langkah ini juga dapat membantu mengangkat taraf hidup pesawah yang kebanyakannya masih di bawah garis kemiskinan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1346394/pesawah-bantah-harga-belian-padi-rm1300-tan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.099580 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list