CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4385|Reply: 0

[Kedah] Harga kopi tempatan juga naik sehingga RM30 sekilogram

[Copy link]
Post time 8-1-2025 03:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 8-1-2025 03:53 PM

Harga kopi tempatan juga naik sehingga RM30 sekilogram

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
08 Januari 2025 09:20am





Mohd Zulfadzli meninjau keadaan buah kopi yang terhasil di kawasan ladang KEDA Agrobiz Sik Kedah.




SIK - Permintaan tinggi terhadap pasaran kopi didorong trend minum kopi yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat masa kini menyebabkan harganya turut melonjak di peringkat tempatan.

Pengurus Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Agrobiz Sdn Bhd, Mohd Zulfadzli Abdul Halim mengakui harga kopi semasa semakin meningkat berbanding 10 ke 15 tahun kebelakangan ini.



Mohd Zulfadzli melihat buah kopi yang ditanam di kawasan ladang KEDA Agrobiz di Sik Kedah.



Menurutnya, keadaan itu juga mendorong kemungkinan berlaku peningkatan harga biji kopi di peringkat ladang termasuk mempengaruhi benih dan anak pokok yang juga berpotensi mendapat permintaan tinggi.

“Harga biji kopi sekitar RM10 hingga RM15 sekilogram pada 2010 namun meningkat hingga RM25 hingga RM30 sekilogram ketika ini,” katanya kepada Sinar Harian.


Jelasnya, peningkatan harga juga berlaku berkemungkinan disebabkan permintaan terhadap kopi yang meningkat dalam kalangan penggemar termasuk anak muda.

“Di Utara dengan keadaan cuaca dan panas yang diperlukan, sesuai untuk penanaman jenis Robusta.


“Bagaimanapun, kebanyakan kopi diimport dari luar termasuk Indonesia. Walaupun kita mempunyai ladang kopi, namun masih tidak dapat tampung permintaan tinggi.


“Jadi trend minum kopi turut menyumbang kepada kenaikan harga kopi,” katanya.

Beliau berkata, keadaan itu meningkatkan penanaman kopi sejak kira-kira lima tahun lalu.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, pemilik kafe di Malaysia yang mengimport biji kopi dan menjual kopi kini berdepan cabaran harga berikutan harga biji kopi mencecah paras tertinggi.

Kos biji kopi terutamanya daripada pembekal utama Brazil dan Vietnam dijangka terus meningkat pada 2025, disebabkan keadaan cuaca buruk dan kekurangan bekalan yang didorong oleh permintaan global yang tinggi.


https://www.sinarharian.com.my/article/705978/berita/nasional/harga-kopi-tempatan-juga-naik-sehingga-rm30-sekilogram


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.159288 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list