CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4093|Reply: 0

[Kedah] Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh dalam sungai

[Copy link]
Post time 8-1-2025 06:20 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh dalam sungai

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Januari 8, 2025 @ 6:11pm[email protected]







ALOR SETAR: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai di Kampung Gerigis, Jalan Datuk Kumbar, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II, Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.04 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Zulkiflee Mat Esa tiba di lokasi tidak lama kemudian bersama 13 anggota.

"Operasi turut dibantu 12 anggota dari Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Jitra dan empat anggota dari BBP Sungai Petani.

"Setibanya di lokasi, didapati terdapat seorang lelaki berusia 45 tahun dipercayai terjatuh ke dalam sungai dan dikhuatiri lemas.

"Kerja-kerja pencarian dilakukan di sekitar kawasan tebing sungai dan di permukaan air ketika ini dengan menggunakan bot," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1346570/lelaki-dikhuatiri-lemas-terjatuh-dalam-sungai










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.136690 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list