CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5108|Reply: 0

[Perlis] Seleweng RM600,000, 2 kakitangan badan berkanun di Perlis ditahan

[Copy link]
Post time 8-1-2025 06:47 PM | Show all posts |Read mode
Seleweng RM600,000, 2 kakitangan badan berkanun di Perlis ditahan

BERNAMA




SPRM




Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan dua kakitangan sebuah badan berkanun di negeri itu, termasuk seorang pengurus akaun, selepas disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng wang kira-kira RM600,000 untuk kegunaan peribadi.

Menurut sumber SPRM, kedua-dua suspek wanita berusia antara 30 dan 40-an ditahan kira-kira jam 1 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Perlis.

Beliau berkata perintah reman selama empat hari sehingga Sabtu ini telah dikeluarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim selepas permohonan dibuat oleh SPRM di Mahkamah Majistret Kangar, Perlis pagi tadi.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2020 hingga 2024.



"SPRM Perlis juga telah menyita dan merampas barangan mewah termasuk barang kemas berjumlah kira-kira RM100,000 yang dipercayai diperolehi hasil daripada perlakuan jenayah tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan menjelaskan bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

"Kami juga akan melihat aspek tatakelola jika wujud kelemahan dalam sistem dan prosedur berkaitan pengurusan terimaan dan perbelanjaan di badan berkanun tersebut bagi menutup ruang dan peluang berlakunya salah guna kuasa," katanya.



Disiarkan pada: Januari 8, 2025 @ 6:30pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1174277/seleweng-rm600000-2-kakitangan-badan-berkanun-di-perlis-ditahan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.451631 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list