CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20040|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kabel tersangkut palang kren bukan milik TNB

[Copy link]
Post time 9-1-2025 02:57 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 9-1-2025 02:58 AM

Kabel tersangkut palang kren bukan milik TNB

MOHD ISKANDAR OTHMAN
08 Januari 2025 10:33pm





Laporan Sinar Harian mengenai kejadian yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal selepas dilibas kabel yang tersangkut pada lori kren di Jalan Kulim pada petang Selasa.




BUKIT MERTAJAM - Kabel yang terjatuh selepas tersangkut pada palang sebuah lori kren hingga mengakibatkan kemalangan maut di Jalan Kulim, di sini bukan milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

TNB dalam satu kenyataan memaklumkan, lori berkenaan telah melanggar kabel telekomunikasi yang mana kabel tersebut bukan milik TNB.


"TNB merujuk satu rakaman kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah lori yang melanggar kabel di Pulau Pinang.

"TNB merakamkan rasa sedih dan simpati kepada keluarga mangsa atas insiden yang mengakibatkan kemalangan jiwa seorang.


"Untuk makluman, lori berkenaan telah melanggar kabel telekomunikasi di mana kabel tersebut bukan milik TNB," kata kenyataan itu.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang penunggang motosikal maut dipercayai dilibas kabel yang tersangkut pada lori kren dalam kejadian di Jalan Kulim, di sini pada petang Selasa.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, dalam kejadian jam 5 petang itu, penunggang motosikal yang datang dari arah Bukit Mertajam ke Kulim dikatakan tidak sempat mengelak kabel yang terjatuh selepas tersangkut pada palang kren.

Menurutnya, kabel tersebut terkena pada leher mangsa dan mengakibatkan motosikal yang ditungganginya terbabas.


Mangsa berusia 40-an itu mengalami cedera parah di bahagian leher dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


https://www.sinarharian.com.my/article/706126/berita/semasa/kabel-tersangkut-palang-kren-bukan-milik-tnb


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.038828 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list