CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6761|Reply: 0

[Kedah] 'Tak dapat bagi duit tapi saya dapat jaga ayah'

[Copy link]
Post time 9-1-2025 02:04 PM | Show all posts |Read mode
'Tak dapat bagi duit tapi saya dapat jaga ayah'

Redzuan Muharam dan Fadhilahnur Amin[email protected]




FIRDAUS bersama bapanya ketika majlis konvokesyen. FOTO Ihsan Muhammad Firdaus Md Saidin





Langkawi: "Mungkin belum ada rezeki saya dapat kerja tapi sekurang-kurangnya dapat bantu dan luangkan masa dengan ayah kerana waktu belajar dulu tak ada peluang itu.

"Lagipun, hidup ini tak jadi macam yang kita nak, orang lain dapat bawa wang untuk keluarga tapi saya dapat jaga ayah."

Itu kata Muhammad Firdaus Md Saidin, 24, yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum lulusan Universiti Teknologi Petronas (UTP) Perak namun kini membantu bapanya memandu bot untuk pergi memancing dengan sebahagian hasil tangkapan dijual.

Anak bongsu daripada lima beradik itu berkata, dia juga akan membantu menguruskan tanaman di kebun bapanya dan seronok melakukannya sebelum mendapat pekerjaan tetap.




FIRDAUS bersama hasil tangkapan. FOTO Ihsan Muhammad Firdaus Md Saidin


"Saya tamat pengajian pada September tahun lalu dan pernah juga bekerja sebagai penunggang p-hailing selepas habis belajar.

"Tapi dua bulan saja kerana selepas itu saya berhenti dan ambil keputusan bantu ayah di kebun serta mengikutnya pergi memancing.

"Rutin harian selalunya pergi sarapan dulu dengan ayah selepas solat Subuh. Kemudian kami beli minyak untuk isi dalam bot dulu sebelum keluar dan jika ada rezeki lebih (hasil tangkapan) kami akan jual," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, buat masa ini, tiada siapa yang memperlekehkan malah menghormati keputusannya.

"Orang sekeliling faham tapi saya pun ada impian iaitu nak memohon pekerjaan dalam bidang kejuruteraan di sektor minyak dan gas.

"Tapi sementara belum ada kerja tetap, saya bantu jaga ayah dan pantau kesihatannya kerana emak sudah enam tahun meninggal dunia.

"Saya percaya dengan rezeki kerana ia datang dalam pelbagai bentuk jadi akan usaha cari kerja dalam industri kerana ayah pun daripada dulu nak sangat tengok saya jadi jurutera," katanya.



Disiarkan pada: Januari 9, 2025 @ 12:01pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1174482/tak-dapat-bagi-duit-tapi-saya-dapat-jaga-ayah




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.033790 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list