Warga emas meninggal dunia dalam rumah berkunci
Zuliaty Zulkiffli[email protected]

ANGGOTA BBP Alor Setar melakukan khidmat khas membuka pintu rumah warga emas yang meninggal dunia di Taman Serindit. FOTO Ihsan Bomba.
Alor Setar: Lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci di Taman Serindit, Jalan Langgar, di sini hari ini.
Warga emas berusia 69 tahun itu dikeluarkan dengan bantuan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar.
Ketua BBP Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan khidmat khas itu pada 4.04 petang dan pasukan diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Nozlan Zakaria bersama sembilan anggota ke lokasi.
"Operasi segera dilakukan menggunakan peralatan sebelum pintu berjaya dibuka. Warga emas itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang hadir.
"Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya yang memaklumkan operasi tamat pada 5.54 petang.
Disiarkan pada: Januari 9, 2025 @ 11:19pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1174734/warga-emas-meninggal-dunia-dalam-rumah-berkunci
|