CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17810|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua suspek tikam nelayan direman tujuh hari

[Copy link]
Post time 10-1-2025 02:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 10-1-2025 02:11 AM

Dua suspek tikam nelayan direman tujuh hari

MOHD ISKANDAR OTHMAN
09 Januari 2025 04:35pm




Kedua-dua suspek yang memakai baju lokap di bawa ke Mahkamah Butterworth untuk mendapatkan perintah reman.




BUTTERWORTH - Dua lelaki direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kematian seorang nelayan yang ditikam berhampiran Pasar Bisik Kuala Muda di Penaga pada Rabu.

Majistret Siti Zulaikha Nordin @ Ghani membenarkan perintah reman terhadap dua penganggur berusia 41 dan 65 tahun itu bermula Khamis sehingga 15 Januari depan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Kedua-dua suspek yang memakai baju lokap polis berwarna oren tiba di Mahkamah Butterworth di sini kira-kira jam 10.45 pagi dengan diiring polis.

Difahamkan, polis menerima panggilan daripada Hospital Kepala Batas memaklumkan menerima seorang lelaki berusia 47 tahun dalam keadaan parah akibat ditikam di bahagian rusuk kiri.


Mangsa dikatakan dibawa ke hospital berkenaan oleh ahli keluarganya selepas ditikam suspek berusia 41 tahun menggunakan sebilah pisau.

Dipercayai pergaduhan antara mereka bermula dengan pertengkaran mulut sebelum mangsa melibaskan ekor ikan pari ke arah suspek.


Berang dengan tindakan mangsa, suspek bertindak menikam lelaki itu dan mangsa dilaporkan meninggal dunia selepas lebih 10 jam dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital tersebut.

Berikutan kejadian itu, polis melakukan tangkapan ke atas dua suspek berkenaan di lokasi kejadian selain merampas pisau yang digunakan.


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian serta tangkapan berkenaan.


https://www.sinarharian.com.my/article/706251/berita/semasa/dua-suspek-tikam-nelayan-direman-tujuh-hari


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.069750 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list