CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34019|Reply: 0

[Kedah] Budak autisme hilang, pakaian dan kasut ditemui tepi longkang

[Copy link]
Post time 11-1-2025 12:55 AM | Show all posts |Read mode
Budak autisme hilang, pakaian dan kasut ditemui tepi longkang

Zuliaty Zulkiffli[email protected]



ANGGOTA bomba dan polis memfokus pencarian kanak-kanak autisme di kawasan longkang di Taman Tunku Tabor, Alor Setar. FOTO Ihsan JBPM.





Alor Setar: Kanak-kanak lelaki autisme berusia tujuh tahun dilapor hilang berhampiran rumahnya di Taman Tunku Tabor, Jalan Gangsa, di sini hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak itu sedang dilakukan polis dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 7.30 malam dan sepasukan 11 anggota dan jentera ke lokasi.

"Berdasarkan maklumat ibu mangsa, pakaian serta kasut kanak-kanak itu ditemui di tepi longkang, kira-kira 200 meter dari rumahnya.


"SAR dilakukan sekitar kawasan berkenaan dan maklumat lanjut akan dimaklum dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut memberitahu longkang berkenaan besar dan berkedalaman antara satu hingga 1.5 meter serta salirannya bersambung hingga Sungai Kedah di belakang muzium negeri.



Disiarkan pada: Januari 10, 2025 @ 10:53pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1175100/budak-autisme-hilang-pakaian-dan-kasut-ditemui-tepi-longkang




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.222986 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list