CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2607|Reply: 0

[Perlis] Pengurus akaun badan berkanun di Perlis dibebaskan dengan jaminan SPRM

[Copy link]
Post time 14-1-2025 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Pengurus akaun badan berkanun di Perlis dibebaskan dengan jaminan SPRM

14 Januari 2025 11:44am




Laporan Sinar Harian pada 8 Januari berhubung penahanan dua petugas wanita sebuah badan berkanun di Perlis selepas disyaki menyeleweng wang kira-kira RM600,000 untuk kegunaan peribadi.




KANGAR - Seorang pengurus akaun sebuah badan berkanun yang direman bagi membantu siasatan kes menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng wang kira-kira RM600,000 untuk kegunaan peribadi dilepaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber SPRM, wanita berumur lingkungan 30-an itu dilepaskan berikutan perintah reman berakhir pada Selasa, namun pihak SPRM masih meneruskan siasatan berhubung kes berkenaan.


"Wanita itu dilepaskan dengan jaminan SPRM, dan kes ini masih dalam siasatan, setelah siasatan selesai, ia akan dirujuk kepada pihak pendakwaan untuk pertimbangan, sama ada dipertuduhkan di mahkamah ataupun tidak bergantung kepada hasil siasatan,” menurut sumber itu.

Sumber itu memaklumkan pada masa ini tiada tangkapan baharu berkaitan kes berkenaan.


Pada 8 Januari, media melaporkan SPRM menahan dua petugas wanita sebuah badan berkanun di Perlis termasuk seorang pengurus akaun selepas mereka disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng wang kira-kira RM600,000 untuk kegunaan peribadi.

Laporan media menyebut siasatan awal mendapati kedua-dua petugas itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan antara 2020 hingga 2024 dan SPRM Perlis turut menyita serta merampas barangan mewah termasuk barang kemas berjumlah kira-kira RM100,000 yang disyaki diperoleh hasil perbuatan terbabit.


Mereka direman empat hari bermula 8 Januari lepas sebelum reman terhadap pengurus akaun itu disambung lagi tiga hari hingga hari ini manakala seorang lagi telah dilepaskan dengan jaminan SPRM pada 11 Januari.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan pengurus akaun berkenaan dilepaskan dengan jaminan SPRM dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. - Bernama


https://www.sinarharian.com.my/article/707058/berita/semasa/pengurus-akaun-badan-berkanun-di-perlis-dibebaskan-dengan-jaminan-sprm


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.034655 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list