CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2707|Reply: 0

[Kedah] Permukiman Menteri Luar ASEAN bawa manfaat berganda kepada Langkawi

[Copy link]
Post time 15-1-2025 03:51 PM | Show all posts |Read mode
Permukiman Menteri Luar ASEAN bawa manfaat berganda kepada Langkawi

Oleh Hamzah Osman - Januari 15, 2025 @ 3:22pm [email protected]




Banting dalam pelbagai bahasa mengalu-alukan kehadiran delegasi Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) sempena Mesyuarat ASEAN 2025 di Langkawi pada 18 dan 19 Januari ini. - NSTP/HAMZAH OSMAN





LANGKAWI: Program Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) sempena Mesyuarat ASEAN 2025 di Langkawi bermula Sabtu ini, membawa bersama manfaat berganda kepada pulau pelancongan ini.

Mesyuarat pada 18 dan 19 Januari itu dijangka membabitkan kehadiran lebih 200 delegasi asing pada acara pembuka tirai dalam menjayakan aspirasi Malaysia dalam menggalas tanggungjawab memimpin rantau Asia Tenggara selaku Pengerusi ASEAN bermula 1 Januari lalu.

Pengerusi Kelab Komuniti Pelancongan Langkawi (KKPL), Hazani Hussin, berkata menjadi tanggungjawab penggiat pelancongan dan penduduk untuk memberi layanan terbaik kepada delegasi ASEAN yang berada di Langkawi.

"Biarlah Menteri Luar ASEAN bersama delegasi pulang ke negara mereka dengan membawa persepsi sangat positif terhadap Langkawi, terutama aspek menghormati dan memberi layanan yang baik kepada tetamu," katanya.



Bagi bekas Pengerusi Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Kedah, Ahmad Pishol Ishak, pemilihan Langkawi sebagai tuan rumah AMM mampu melonjakkan lagi nama pulau peranginan di peringkat global.

"Kementerian Luar selaku penyelaras sesi ini sudah tentu menyusun pelbagai aktiviti untuk semua delegasi dan kehadiran mereka di lokasi pelancongan terpilih pasti akan disebar luas menerusi pelbagai media.

"Dalam banyak jenis promosi, perkara yang paling menguntungkan dan berkesan ialah promosi percuma atau secara tidak langsung. Paling penting manfaatnya diperolehi penduduk tempatan," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Tropical Charters Sdn Bhd (Tropical Charters) yang juga syarikat pengendali kapal layar mewah, Datuk Alexander Isaac, berkata acara itu bakal memberi impak positif kepada sektor pelancongan tempatan.

"Pelbagai sektor termasuk industri hospitaliti, pelancongan dan keusahawanan tempatan akan menerima manfaat daripada kehadiran ratusan delegasi dan petugas media asing sepanjang acara berlangsung di pulau ini.

"Selain bermesyuarat, mereka pasti akan mempunyai ruang untuk menjelajah ke seluruh pulau sambil menikmati keindahan alam dan menikmati keenakan pelbagai makanan tempatan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1349610/permukiman-menteri-luar-asean-bawa-manfaat-berganda-kepada-langkawi





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.290131 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list