CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8686|Reply: 0

[Kedah] Bronok, latok dan tiram sajian rai delegasi ASEAN di Langkawi

[Copy link]
Post time 16-1-2025 12:23 PM | Show all posts |Read mode
Bronok, latok dan tiram sajian rai delegasi ASEAN di Langkawi

Oleh Hamzah Osman - Januari 16, 2025 @ 10:33am [email protected]




Haslina (kanan) menandatangani plak sebagai gimik perasmian pembukaan Cafe Hidden Garden Langkawi di Kampung Mata Ayer, Langkawi. NSTP/HAMZAH OSMAN





LANGKAWI: Makanan eksotik tempatan, kerabu bronok antara tiga menu yang bakal disajikan kepada ratusan tetamu asing yang menghadiri acara Pemukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) di sini, pada Sabtu ini.

Dua menu lain adalah latok iaitu sejenis rumpai laut yang lazimnya dimakan sebagai ulam dan tiram iaitu sejenis haiwan marin bercengkerang yang banyak terdapat di hutan paya laut serta berlumpur di pesisir pantai di pulau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Haslina Abdul Hamid, berkata bronok spesies timun laut 'Acaudina molpadioides' dan latok atau 'Caulerpa lentillifera' jarang ditemui di tempat lain.

"Bronok yang biasa dibuat kerabu dan latok sebagai salad atau ulam adalah menu eksotik tempatan yang dikenal pasti antara menu istimewa untuk sajian delegasi pada jamuan makan malam rasmi, Sabtu ini.





"Selain itu, tiram yang banyak diternak di kawasan paya laut di Kampung Kubang Badak di sini, turut dipilih menjadi menu pembuka selera terbaru untuk dinikmati delegasi asing," katanya selepas merasmikan pembukaan Cafe Hidden Garden Langkawi (CHGL) di Kampung Mata Ayer, Mukim Ulu Melaka di sini, hari ini.

Turut hadir, Pegawai Daerah Langkawi, Mohamad Subhi Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Tepa, Datuk Abdul Hamid Bulat.

CHGL dibangunkan menerusi dana Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) yang menawarkan pengalaman santapan unik dalam kawasan kebun dikelilingi 60 pokok mangga harumanis, longan kristal dan avocado, sekali gus menjadi tempat sesuai untuk berehat.

Mengulas persiapan penganjuran AMM bermula Sabtu ini, beliau berkata, LADA selaku agensi penyelaras keseluruhan pihak Sekretariat Induk Logistik ASEAN (SILA) sudah bersedia menerima tetamu asing.

"Persiapan AMM sempena Mesyuarat ASEAN 2025 di sini sudah mencapai 100 peratus dengan koordinasi antara agensi kerajaan terbabit berada pada tahap maksimum bagi memastikan kejayaan acara antarabangsa itu.

"Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar) akan tiba di sini hari ini bagi memantau persiapan akhir dan pada masa sama, menteri Luar ASEAN juga akan tiba secara berperingkat," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1349950/bronok-latok-dan-tiram-sajian-rai-delegasi-asean-di-langkawi





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.037809 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list