CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6628|Reply: 0

[Kedah] Bekas kerani bank didakwa guna wang masjid untuk pelaburan Forex

[Copy link]
Post time 16-1-2025 01:28 PM | Show all posts |Read mode
Bekas kerani bank didakwa guna wang masjid untuk pelaburan Forex

M Hifzuddin Ikhsan[email protected]




FOTO HIASAN.





Alor Setar: Bekas kerani bank didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah RM115,900 milik sebuah masjid di Kuala Nerang, Padang Terap, dua tahun lalu.

Tertuduh Mohd Abd Rahman Hamzah, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara curang melakukan pecah amanah harta iaitu wang dalam akaun Masjid Kampung Paya, Kuala Nerang berjumlah RM115,900 dengan menjadikannya sebagai kegunaan sendiri.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 1.27 tengah hari antara 23 Mac 2022 hingga 26 Julai 2022 di Bank Rakyat Cawangan Kuala Nerang.


Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun dan disebat serta denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Ab Rashid, manakala tertuduh diwakili peguam Ilyana Syafiqa Md Saad.

Mengikut fakta kes, Abd Rahman didapati mengeluarkan wang secara salah daripada akaun Masjid Kampung Paya dan siasatan polis mendapati wang itu digunakan bagi melakukan pelaburan dalam aktiviti perdagangan mata wang asing (Forex).

Kegiatan itu terbongkar selepas pengurusan Bank Rakyat melakukan audit dalaman sebelum kes dilaporkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap.

Dalam rayuannya, Ilyana Syafiqa memohon jaminan rendah dikenakan ke atas anak guamnya berikutan tertuduh tidak mempunyai pendapatan tetap selepas diberhentikan kerja selain memberikan kerjasama penuh kepada siasatan dalaman yang dilakukan Bank Rakyat.

Tertuduh yang masih menanggung isteri, emak dan dua anak berusia tujuh dan 12 tahun juga memberi kerjasama sepanjang proses siasatan polis termasuk hadir memberi kenyataan kepada pegawai penyiasat kes berkenaan.

Pihak pendakwaan kemudian mencadangkan ikat jamin RM60,000 serta dua penjamin berikutan kes berkenaan dianggap serius.

Mazdi membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dengan syarat melapor diri di balai polis berdekatan setiap awal bulan, menyerahkan pasport dan pas sempadan dan dilarang berjumpa atau ganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 16 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula.



https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1177236/bekas-kerani-bank-didakwa-guna-wang-masjid-untuk-pelaburan-forex

Disiarkan pada: Januari 16, 2025 @ 1:11pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.344524 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list