CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10799|Reply: 0

[Sabah] Dua lelaki edar 5.2 kilogram syabu terlepas hukuman mati

[Copy link]
Post time 17-1-2025 10:18 AM | Show all posts |Read mode


BEBAS: Aminuddin dan Shaharan bersama peguam masing-masing menunjukkan riak gembira selepas dibebaskan dari tuduhan pengedaran dadah.

KOTA KINABALU: Selepas lebih tujuh tahun dalam tahanan reman, Aminuddin Baharuddin dan Mohd Shaharan Guriman dibebaskan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Kedua-dua lelaki terbabit bebas daripada tuduhan pengedaran dadah melibatkan 5.2 kilogram (kg) methamphetamine mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu kesalahan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup jika disabitkan.

Kes ini bermula pada 13 Ogos 2017 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) apabila Aminuddin ditahan berhampiran pintu keluar tuntutan bagasi dengan membawa sebuah beg galas hitam.

Pemeriksaan mendapati beg terbabit mengandungi methamphetamine yang disembunyikan di dalam beg kedua.

Kedua-dua tertuduh ditangkap di lokasi selepas Aminuddin menyatakan beg berkenaan milik Shaharan yang turut berada di lapangan terbang.

Sepanjang perbicaraan, Aminuddin menegaskan bahawa beg itu bukan miliknya dan dia tersalah ambil beg terbabit kerana menyerupai begnya sendiri.

Beliau turut menyatakan bahawa dia tidak mengetahui kandungan beg itu, malah tidak mempunyai kombinasi untuk membuka kunci beg.

Perbicaraan yang bermula pada 8 April 2021 dan selesai pada 4 Julai 2024 itu menyaksikan pihak pendakwaan memanggil empat saksi manakala pihak pembelaan memanggil tiga saksi, termasuk Aminuddin dan Shaharan sendiri.

Dalam keputusan yang dibacakan oleh Hakim Datuk Ismail Brahim yang kini sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, beliau menyatakan selepas meneliti semua hujahan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh.

Oleh itu, kedua-dua tertuduh dilepaskan dan dibebaskan dengan sewajarnya.

Pembebasan ini disambut dengan penuh emosi oleh Aminuddin, yang kehilangan kedua-dua ibu bapanya semasa berada dalam tahanan reman.

Dalam temu bual selepas keputusan diumumkan, Aminuddin meluahkan kesedihannya dan menyatakan ini adalah ujian paling besar dalam hidupnya.

“Saya kehilangan kedua-dua ibu bapa semasa dipenjara disebabkan tuduhan yang tidak benar, hasrat pertama saya adalah untuk menziarahi kubur mereka dan memohon doa serta ketenangan hati,” katanya.

Peguam Aminuddin, Mohd Azhier Farhan Arisin berkata, keputusan ini membawa sedikit kelegaan, tetapi ia tidak dapat menghapuskan penderitaan bertahun-tahun yang dialami oleh Aminuddin dan keluarganya.

Sementara itu, Shaharan yang diwakili oleh peguam bela Dominic Chew, turut meluahkan rasa lega dengan keputusan ini dan mengucapkan terima kasih kepada peguamnya.

Pendakwaan kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rozanna Abd Hadi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.038162 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list