CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 61652|Reply: 348

Dakyah-dakyah kotor SYIAH sebenarnya memburukkan Ahlul Bayt!!

[Copy link]
Mat Kampong This user has been deleted
Post time 27-5-2003 05:19 PM | Show all posts |Read mode
Adakah BENAR Syaidina Ali dan Syaidinatul Fatimah memusuhi Syaidina Abu Bakar dan Syaidina Umar?

Ataupun semua ini adalah dakyah-dakyah kotor pemimpin-pemimpin Syiah yang berkepentingan!!

Jika benar Syaidina Ali membenci Syaidina Abu Bakar dan Syaidina Umar - Kenapa Syaidina ‘Ali ibn Abi Talib sendiri menamakan tiga anak lelaki beliau dengan nama Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Uthman. (Lihat al-Shaykh al-Mufid, Kitab al-Irshad, mukasurat 268-269, dimana ketiga-tiga anak lelaki Syaidina 'Ali telah dicatitkan sebagai nombor 12, 6 dan 10 berikutnya).

Tidakkah tindakkan beliau itu pelik!! - kerana amatlah sukar bagi sesorang insan untuk menamakan nama anak-anak lelakinya dengan nama yang serupa dengan nama musuh-musuhnya yang menyebabkan kematian isteri tersayangnya, yang lebih lagi anak kepada Nabi Muhammad SAW.

Tetapi kenapakah diIran sekarang tidak terdapat seorang Syiah yang bernama Abu Bakar, ‘Umar atau ‘Uthman. Ini bukan sahaja berlaku dikalangan gulongan Syiah tetapi kepada gulongan ASWJ di Iran. Adakah ini tidak dibenarkan olih pemerintah Iran atau disengajakan. PELIK tapi BENAR.

Inilah yang terjadi apabila kepentingan peribadi atau conflict of interest yang pasti disokong olih Iblis laknatullah telah membuat manusia sanggup mempermainkan ajaran Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan secara tidak disedari mereka telah mengaibkan nama baik AHLUL-BAYT tetapi mendabik dada bahawa mereka membela AHLUL-BAYT. Inilah satu PEMBOHONGAN yang paling dhasyat didalam Sejarah Islam.

Na'udzubillahi min dzalik!
Na'udzubillahi min dzalik!
Na'udzubillahi min dzalik!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ione2bliv This user has been deleted
Post time 27-5-2003 06:16 PM | Show all posts
Salam.

MK asking question:

Adakah BENAR Syaidina Ali dan Syaidinatul Fatimah memusuhi Syaidina Abu Bakar dan Syaidina Umar?



My view:

The answer is in the Furqan.

Quran 48:29


Muhammadun rasoolu Allahi waallatheena maAAahu ashiddao AAala alkuffari ruhamao baynahum tarahum rukkaAAan sujjadan yabtaghoona fadlan mina Allahi waridwanan seemahum fee wujoohihim min athari alssujoodi thalika mathaluhum fee alttawrati wamathaluhum fee al-injeeli kazarAAin akhraja shat-ahu faazarahu faistaghlatha faistawa AAala sooqihi yuAAjibu alzzurraAAa liyagheetha bihimu alkuffara waAAada Allahu allatheena amanoo waAAamiloo alssalihati minhum maghfiratan waajran AAatheeman


waallatheena maAAahu = the companions, those who were with him



waallatheena maAAahu surely include fatimah, ali, abu bakar, umar, uthman etc etc to mention  few names.


ruhamao baynahum = loving/compasionate among them



It does not adds up, if these personalities were fighting, jeolous to each other,  when Allah indicates/acknowledge/certifies  that   they loved, cared to each other.


Quran never lies.

But people do. Repeatedly.


I leave it to the readers to conclude the rest.

I stand corrected though.



May Allah guides us all.

Peace.
Reply

Use magic Report

Terong Pipit This user has been deleted
Post time 27-5-2003 06:17 PM | Show all posts
Originally posted by Mat Kampong at 2003-5-27 05:19 PM:
Adakah BENAR Syaidina Ali dan Syaidinatul Fatimah memusuhi Syaidina Abu Bakar dan Syaidina Umar?

Ataupun semua ini adalah dakyah-dakyah kotor pemimpin-pemimpin Syiah yang berkepentingan!!

[co ...


Salam MK,

Apa yang Terong Pipit ketahui bahawa golongan Syiah ini mempercayai konsep kepemimpinan Ummah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW berterusan dimana ianya dipusakai olih IMAM, dimana IMAM ini saperti mana Nabi Muhammad SAW sendiri dilantik olih Allah SWT. IMAM ini memiliki semua kemuliaan dan keistimewaan yang ada kepada Nabi SAW.

Woi sikit punya power tu.. Kalau bolih depa nak kata Nabi ler tu TETAPI munkin mereka teringat bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Nabi dan Rasul yang terakhir. Itulah manusia.. apa yang dilarang itu yang dia suka.. sebab itukah diciptanya konsep IMAMAH tersebut?

Mereka juga mempercayai bahawa IMAMAH bukan saperti Nubuwwah, dan tidak bolih diakhiri. Sebab itu ada kata-kata Hadis Syiah yang menyatakan: "Dunia tidak bolih kekal jika tida ada Imam atau dalam BI “the world cannot exist without an Imam”, dan ada lagi mengatakan: " Kalau dunia in tanpa Imam walaupun untuk satu hari ianya akan tenggelam" atau dalam BI “if the earth were to be without an Imam for a single day it would sink.”

Begitulah hebatnya konsep Imamah mereka. Kalau begitu siapakah Imam mereka sekarang ni? Aga Khan atau Khamenei?
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 28-5-2003 10:58 AM | Show all posts
Originally posted by ione2bliv at 27-505-2003 18:16:
Salam.

MK asking question:

Adakah BENAR Syaidina Ali dan Syaidinatul Fatimah memusuhi Syaidina Abu Bakar dan Syaidina Umar?
My view:

The answer is in the Furqan.

Quran 48:29  ...


Salam ione2bliv;

Inilah terjemahan yang MK rujukkan.

Surah Al-Fath, ayat 28 - 29 yang bermaksud;
[28] (Allah yang menyatakan itu) Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayat petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan agama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu).

[29] Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (Bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Dia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.


Marilah kita merenungi bersama kerana Allah SWT.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2003 12:46 PM | Show all posts
Ketahuilah bahwa Allah SWT menyebut sifat-sifat mereka yang mulia itu yang bersama-sama dengan Rasulullah Saaw,namun Allah SWT tidak mengkhususkan dengan menyebut siapa.Syiah tidak menafikan adanya sahabat Rasul yang begini,semoga Allah merahmati mereka.Syiah cuma tidak menyamakan sahabat yang Allah SWT sebutkan ini dengan segolongan sahabat yang tidak jujur kepada Allah SWT dan Rasul-Nya.Ketahuilah orang-orang yang fasiq tidak sama dengan orang-orang yang beriman yang sepertimana yang disebut dalam ayat diatas.Adalah tidak adil jika mengatakan semua sahabat(yang bertemu dengan Rasulullah itu yang dimaksudkan oleh Allah SWT) adalah mereka yang dimaksudkan oleh ayat tersebut ini kerana ada yang disekeliling Rasulullah Saaw yang munafiq..dan ada yang kembali murtad setelah kewafatan Rasulullah Saaw.
jelas ia lebih bersifat spiritual dan bukan fizikal,kerana Allah SWT lebih mengetahui siapakah diantara hambaNya yang bersama dengan Rasul-Nya,yang benar-benar ikhlas dan Allah SWT menjelaskan tanda-tanda mereka yang mulia itu melalui tanda-tanda yang terpancar kesan dari niatnya yang ikhlas,padu dan jitu!
kerana itu Allah SWT menyebut sifat mereka dan bukan diri mereka(nama).Jelas Al-Quran dan sejarah membuktikan kenyataan ini...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2003 09:03 AM | Show all posts
Saiyidina Ali mungkin menamakan dengan nama pemimpin orang-orang yang telah membelakangkannya  mungkin  kerana sifat mulia Saiyidina Ali masih mahukan penyelesaian dan berbaik-baik... walaupun mereka-mereka itu buat dek je... lagi satu kemungkinan ialah, nama tu bukan registered trade mark untuk mereka-mereka itu je... itu semua mungkin, sebab kamu Mat Kampung bercakap atas dasar mungkin juga.... itu juga mungkin.

Fakta yang jelas seperti penyerangan rumah Fatimah sehingga menyebabkan kematian Fatimah Azzahra di kemudian harinya.... sepertimana yang kamu sendiri dah mengaku kebenaran nya, dan jelas diriwayatkan di dalam Bukhari, tak mahu pula kamu ulas.... ini lah dakyah sebenar ASWJ yang kamu cuba sembunyikan.... ikhlaskan pandangan kamu.... ini jelas.

[ Last edited by Laxamana. on 29-5-2003 at 09:57 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2003 10:58 PM | Show all posts
salam
Memang sudah menjadi kebiasaan utk sekelompok dari umat membawakan point nama2 anak ini (yg dianggap kuat) bagi membuktikan kecintaan Ahlul Bait a.s kepada tiga khalifah awal. Ada beberapa fakta yg perlu kita ketahui sebelum membuat kesimpulan demikian. Berikut adalah beberapa point yg telah diambil dari sebuah lama web yg boleh kita renungkan bersama:

1- Abu bakar, umar, uthman adalah nama2 biasa orang Arab di kala itu.

2-  a- Yazid (bin Muawiyyah) khalifah pemabuk dan pembunuh Imam Hussein
         a.s;
     b- Ubaidullah (Ibnu Ziyad) panglima Yazid dan memerangi Imam Hussein
         a.s di Karbala
     c-  Abdul Rahman (Ibnu Muljam) pembunuh Imam Ali a.s; adalah nama2
          pembunuh Ahlul bait a.s.

      Bukankah nama2 ini biasa dalam ASWJ? Apakah dapat kita buat kesimpulan bahawa ASWJ menyintai pembunuh2 Ahlul Bait a.s dengan meletakkan nama2 itu pada anak2 mereka?  

3- Susunan nama Abu Bakar, Umar dan uthman dari anak2 Imam Ali a.s mengikut turutan kelahiran adalah seperti berikut:
    Umar ke 6;
    Uthman ke 10
    Abu Bakar ke 12
Tidak mengikut susunan khalifah bukan?

4- Sheikh Mufid dalam Kitabul irshadnya tidak pula menyatakan Imam Ali a.s menamakan anak2nya itu sempena 3 khalifah awal.

5- Umar adalah nama salah seorang anak kepada Ummul Mukminin Ummu Salamah adalah seorang pecinta besar Ahlul Bait a.s (sesuai dengan kecintaan Ummu Salamah kepada Ahlul Bait a.s sendiri). Beliau dibesarkan oleh Rasulullah saaw di samping Imam Ali a.s, berjuang membela Imam Ali a.s dan sebagai komander perang dalam perang Jamal. (Usd al-Ghabah, Jil.4 di bawah huruf 'Ain). Mengapa tidak saja kita andaikan bahawa Imam Ali a.s telah menamakan putera beliau dengan nama putera Ummu Salamah ini? seperti yg telah diriwayatkan oleh sumber Syiah Munthi'alaa Mahal, Jil.1, di bawah tajuk "Syahadth" Yang telah mencatatkan kesaksian Imam Ali a.s sendiri apabila menamakan puteranya itu dengan nama Uthman. imam Ali a.s telah berkata pada hari kelahiran puteranya itu:  
"I shall name this child after my brother Uthman bin Nat'eoon".

diolahkan dari artikel asal  "The names of Imam Ali[as]'s sons" http://www.answering-ansar.org/index.php

[ Last edited by billionaire on 29-5-2003 at 11:04 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2003 11:13 PM | Show all posts
salam
Ione2bliv, as someone and people who truly believe in Quran (and that Quran never lies), you and all of us here surely cannot see any name of a sahabah's follows the "walladzi na ma'ahu" in the Quran al-Karim. So we cannot simply conclude who are they, remembering in at Taubah Allah has mentioned that there are Munafiqs among the sahabah. (as mentioned by Irfani)

dan saudara Terong Pipit, sebaiknya anda tidak cepat membuat tuduhan melulu dan berbangga menyertai kem membenci mazhab Ahlul Bait sekiranya anda tidak mengetahui dasar pendirian mazhab Syiah. Janganlah anda membuat andaian palsu dengan soalan siapa Imam kami, kerana berbanding dengan ASWJ, kami adalah satu kaum yang mengetahui siapa pemimpin kami. Kami bukan satu umat yg hidup tanpa pemimpin dan Imam, mengingatkan dalam kitab sahih anda sendiri mengatakan jemaah yg tidak mempunyai imam, maka syaitanlah imamnya. (mungkin anda berminat berkongsi dengan kami nama imam anda, atau pemimpin anda pada masa ini.) Apakah anda dapat menjawab soalan Lax di atas? Atau mengapa dalam Sahih Bukhari Muslim menyebut dengan begitu jelas bahawa Sayyidatina Fathimah a.s menolak berbicara dengan Abu Bakar sehingga wafatnya? Ataupun apabila anda menyentuh mengenai bab kepimpinan dan Imamah, apakah komen anda apabila dalam sahih Bukhari sendiri menyebutkan bahawa umar telah mengatakan yang perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah adalah terjadi dengan tergesa2 (falthah) dan tidak boleh diulangi lagi perkara seperti itu? respon anda?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 3-6-2003 03:19 PM | Show all posts

MEMBOHONGI FAKTA FAKTA SEJARAH ISLAM

MEMBOHONGI FAKTA FAKTA SEJARAH ISLAM
Salah satu cara gulungan Syiah membina dan menarik perhatian sesetengah minat masyarakat Islam kepada golongan mereka ialah dengan memperlihatkan kebodohan sejarah diawal Sejarah Islam.  Semua ini dapat dilihat, khasnya dengan cara mereka menonjolkan bahawa terdapat sifat-sifat tertentu ciptaan mereka sendiri didalam perhubungan diantara Syaidina ‘Ali ibn Abi Talib r.a. dan sahabat-sahabat utama Nabi Muhammad SAW khususnya Syaidina Abu Bakar r.a. dan Syaidina ‘Umar r.a.

Ahli-ahli sejarah gulongan Syiah tidak sedikit pun merasa bermasaalah dengan fakta-fakta yang mereka cipta sendiri termasuklah pembentukkan semula sejarah, dimana akan terdapat penglibatan ciptaan sendiri terhadap semua kejadian, atau terhadap versi sebenar kejadian tersebut, dimana ianya akan bercanggah kerana terdapat berbagai sumber yang tidak setara. Mereka dilihat mempunyai kepercayaan yang amat tinggi terhadap versi sejarah ciptaan mereka akan dapat melampaui versi sejarah sebenar kerana versi mereka terdapatnya manupulasi emosi yang ketara dimana ianya akan menyangkal perbandingan kritikal terhadap kisah yang diriwayatkan walaupun ianya telah disangkal olih ahli-ahli sejarah yang  berwibawa. Memang terdapat kebenaran mengenai kejayaan mereka dalam hal ini, kerana walaupun sudah satu kurun masa berlalu tetapi masih terdapat bukti bahawa tarikan emosi yang diekploitasi secara berlebihan dan cara sentimental terhadap isu-isu bersejarah yang perlu diteliti dengan secara kritical tanpa adanya tekanan emosi. Dikurun ini dimana para penghuninya amat berbangga terhadap pencapaian tersendirinya dan perkembangan kajian mengikut cara-cara dan teknik-teknik tertentu, telah membuktikan bahawa ekploitasi emosi sebagai asas utama telah menunjukkan kejayaan kepada gulongan Syiah.
Dengan semangat ini – iaitu emosi prasangka yang melampaui dengan kualiti ilmuan yang bermatlamat – bahawa hingga ke hari ini para ahli-ahli propaganda Syiah masih mahu meneruskan aktiviti ‘pendedahan’ atau ‘pembohongan’ fatkta-fakta sejarah kepada golongan ASWJ mengenai ‘kebenaran’ dan ‘hukuman’ yang telah dialami olih Ahlul Bayt ditangan para-para sahabat Nabi Muhammad SAW. Mereka dengan sengaja mencari peluang terbuka untuk melancarkan pembohongan fakta-fakta sejarah tanpa rasa segan dan malu terhadap keaslian/kebenaran sejarah tersebut, dimana dalam kerakusan ini sebenarnya mereka telah membawa ke‘aiban kepada Keluarga Tersayang Rasulullah SAW. Begitu juga dengan penonton-penonton yang amat tertarik dengan ‘pendedahan’ atau ‘pembohongan’ ini. Pekara terakhir difikiran para penonton dan propaganda Syiah ialah mengapa terdapatnya jurang pecanggahan yang luas dalam kisah sejarah yang telah dinodai dengan penoh perasaan benci dan dendam kesumat yang telah diceritakan sendiri olih para penulis atau penceramah tanpa rasa kesal mengenainya.

Pembohongan No. 1: "HUKUMAN" terhadap AHLUL BAYT

Salah satu ciptaan Syiah mengenai fakta sejarah saperti yang telah digembar gemburkan olih pemberita-pemberita mereka ialah mengenai "hukuman" yang telah dikenakan kepada Syaidina ‘Ali ibn Abi Talib r.a. dan isteri beliau Sayyidah Fatimah sebaik sahaja kewafatan Rasulullah. Peristiwa yang disebut-sebut olih pembawa-pembawa berita yang tidak bertanggung jawab ialah:

Bahawa ‘Umar ibn al-Khattab telah mengugut untuk membakar rumah Sayyidah Fatimah bersama-sama dengan keseluruhan keluarganya termasuk dirinya sendiri.

Bahawa ‘Umar telah memerintahkan supaya pintu rumah Sayyidah Fatimah di pecahkan secara paksa sehingga Sayyidah Fatimah mendapat kecerderaan sehingga keguguran anaknya yang belum lahir disebabkan kejadian tersebut dan enam bulan kemudian meninggal dunia disebabkan kecederaan yang sama.

Dan juga suaminya yang ingkar, Syaidina ‘Ali telah diseret secara paksa keluar dari rumah saperti penjenayah biasa untuk memberi sumpah keta’atan kepada pemerintah Abu Bakar.


Didalam pemikiran golongan Syiah, peristiwa ini adalah fakta-fakta sejarah yang benar dan tidak dapat disangkal lagi, walaupun ianya dari sumber yang asli, walaupun terdapat percanggahan yang amat ketara dengan fakta sejarah yang tulen. Tidak pernah terlintas pada golongan Syiah untuk mengenangkan akan kebaikan-kebaikan yang pernah dilakukan olih Abu Bakar dan ‘Umar, dan tidak ada seorang pun Syiah yang telah mempercayai peristiwa diatas dengan sendirinya menghulurkan salam persahabatan walaupun sebesar debu terhadap Abu Bakar dan ‘Umar – tambahan pula kepada para-para sahabat yang bersetuju dan berbait dengan mereka.

Walau bagaimana pun, marilah kita jalinkan diantara kisah sejarah versi Syiah mengenai asas pokok iaitu "hukuman" yang dikatakan dan mengenai perbalahan diantara Syaidina ‘Ali dan para-para Sahabat yang lain, kemudian membuat perbandingan dengan fakta-fakta lain, ketulenan sejarah yang dipersetujui bersama olih ASWJ dan Syiah.


Contohnya, mengenai fakta Syaidina ‘Ali sendiri menamakan anak-anak lelakinya dengan nama Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Uthman. Tiada seorang insan, walau bagaimana mulianya beliau akan menamakan anak-anak lelakinya dengan nama-nama musuhnya yang utama, apalagi nama-nama mereka yang dipertanggung jawabkan kerana menyebabkan kematian isteri tercintanya, Sayyidah Fatimah.

Adakah kerana sifat kebencian yang teramat sangat atau manupulasi emosi yang melampau, maka tidak terdapat seorang pun yang bernama Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Uthman dikalangan penduduk-penduduk Syiah di Iran pada hari ini. Kebenaran ini terbukti lagi, apabila pegawai-pegawai Syiah di Iran bertindak lebih jauh lagi dengan tidak membenarkan penduduk Iran berfahaman ASWJ menamakan anak-anak lelaki mereka dengan nama bernama Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Uthman.


Syaidina ‘Ali adalah insan yang diakui mempunyai ilmu mengenai Islam yang tertinggi selepas Rasulullah SAW, munkin beliau mengetahui apa yang akan terjadi terhadap pengikutnya yang taksub membabi buta dan telah melakukan penamaan ini sebagai contoh untuk diikuti... TETAPI mengapa pekara ini tidak terjadi langsung dikalangan golongan Syiah pada hari ini, pada hal Syaidina ‘Ali sebagai Imam Besar Syiah sendiri, melakukan disebaliknya. Ini semua adalah fakta-fakta yang benar!!. Mengapa golongan Syiah masih beralasan dengan ciptaan-ciptaan mereka sendiri, mereka sanggup engkar terhadap perbuatan yang dilakukan sendiri olih Syaidina ‘Ali ibn Abi Talib r.a. dengan berbagai alasan dan tohmahan busuk. Mengapa mereka begitu berani ENGKAR terhadap perbuatan yang dilakukan olih Syaidina ‘Ali saperti puak Yahudi ENGKAR kepada Allah SWT.... TETAPI sebaliknya tanpa segan silu, mereka mendabik dada mengatakan mereka amat menyayangi, menghormati adan membela kehormatan Ahlul Bayt. Membela kehormatan atau mengaibkan saperti yang dilakukan olih puak Yahudi kepada Nabi ISA a.s..... sampai sanggup membunuh!!!

What a joke!

To be continued…..

[ Last edited by Mat Kampong on 4-6-2003 at 10:56 AM ]
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 4-6-2003 11:19 AM | Show all posts
Originally posted by Mat Kampong at 3-606-2003 15:19:
MEMBOHONGI FAKTA FAKTA SEJARAH ISLAM

Pembohongan No. 1: "HUKUMAN" terhadap AHLUL BAYT

...


Pembohongan No. 2: PERKAHWINAN UMMI KULTHUM

Ummi Kulthum adalah anak perempuan kedua kepada Syaidina ‘Ali r.a. dan Syaidinatul Fatimah, adaalah anak yang bungsu daripada empat adik beradik. Beliau dilahirkan dalam tahun ke 6 Hijrah. Beliau telah mencapai umur untuk berkahwin pada masa Syaidina ‘Umar ibn al-Khattab menjadi khilafah dan khilafah telah meminta persetujuan untuk berkahwin dengan Ummi Kulthum. Semua kisah ini dicatit olih Ibn Sa‘d didalam bukunya at-Tabaqat al-Kubra (Jilid 8 ms. 338, keluaran Muhammad ‘Ab al-Qadir ‘Ata, Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut 1990) saperti berikut:

Saya telah diberitahu olih Anas ibn ‘Iyad al-Laythi, yang melaporkan diatas kekuasaan Ja‘far ibn Muhammad (as-Sadiq), dan beliau pula dari ayahnya (Muhammad al-Baqir):

Bahawa ‘Umar ibn al-Khattab telah bertanya kepada ‘Ali ibn Abi Talib untuk masuk meminang dan menikahi Ummi Kulthum. ‘Ali berkata, "Saya telah mempersiapkan anak saya untuk anak-anak lelaki Ja‘far." ‘Umar berkata, "Kahwinkan beliau kepada saya, wahai O Abul Hasan, kerana Allah SWT, kerana tiada manusia dimuka bumi ini yang ingin mencari perhubungan yang baik melalui perkahwinan dengan beliau dan saya mencari untuk mencapaikannya." ‘Ali berkata, "Saya telah melakunnya."

Kemudian ‘Umar datang ketempat yang dinakan ‘Muhajirun’ iaitu antara makam (Rasulullah SAW) dan mahrab (pulpit). Mereka - ‘Ali, ‘Uthman, Zubayr, Talhah dan ‘Abd ar-Rahman – selalu duduk disitu, dan dimana semua berita / hal-hal dari perbatasan diterima, ‘Umar selalu datang kesitu untuk mendapat pandangan dari mereka. ‘Umar datang kepada mereka dan berkata, "Ucapkan tahniah kepada aku." Mereka pun memberi ucapan tahniah dan bertanya, "Dengan siapa kami mengucapkan tahniah kepada kamu, wahai Amir al-Mu’minin?" Beliau menjawab, "Dengan anak perempuan ‘Ali ibn Abi Talib."

Kemudian beliau menyampaikan kepada mereka bahawa Nabi Muhammad SAW berkata: "Setiap perhubungan kekeluargaan, dan segala persatuan bersama yang ada akan putus pada hari terjadinya Kiamat, kecuali perhubungan kekeluargaan dengan aku dan persatuan bersama dengan aku." (‘Umar berkata,) "Aku telah mempunyai persahabatan dengan Rasulullah (Nabi Muhammad) SAW; sebab itu aku juga ingin kepada perhubungan ini (perhubungan kekeluargaan)."


Hasil dari perkahwinan, mereka telah dikurniakan Allah SWT dua orang anak yang dinamakan Zayd dan Ruqayyah. Salepas syahidnya ‘Umar, Ummi Kulthum berkahwin dengan sepupunya ‘Awn ibn Ja‘far, dan selepas ‘Awn beliau berkahwin dengan saudara lelaki ‘Awn iaitu Muhammad ibn Ja‘far. Akhirnya, Ummi Kulthum meninggal semasa masih berkahwin dengan anak lelaki ketiga bapa saudaranya Ja‘far, yang bernama Abdullah. Waktu itu ialah disekitar pertengahan abad keempat Hijrah. Zayd, anak lelaki beliau dengan Syaidina ‘Umar juga meninggal pada hari yang sama, maka majlis sholat jenazah dan mengembumikan jenazah emak dan anak dilakukan bersama.

Begitulah luhurnya budi pekerti Syaiyidina ‘Ali ibn Abi Talib r.a., anak saudara dan menantu Rasulullah SAW.. sebagai seorang yang berwibawa, seorang pendekar yang berani, seorang yang 'alim kerana tingginya ilmu pengetahuan Islamnya dan amat menghormati para-para sahabat Rasulullah SAW.. memang patut beliau diberi hidayah olih Allah SWT sebagai kanak-kanak yang pertama memeluk agama Islam. TETAPI apakah yang dilakukan olih mereka yang MENGAKU sebagai pengikut setianya.. mereka tidak malu dan tidak segan memalukan, meng'aibkan dan menderhaka kepada apa yang beliau amalkan/lakukan, dengan menokok dan mengadakan berbagai alasan-alasan yang dicipta olih mereka sendiri untuk MEMBENARKAN fahaman mereka walaupu apa yang dilakukan olih Syaiyidina ‘Ali ibn Abi Talib r.a. adalah BENAR, NYATA, JELAS dan TIDAK TERSEMBUNYI!!!

Kenapa alasan didalam hati, firasat yang tidak nampak dan perkara yang tidak diterima 'akal diperagungkan dan diperguna pakaikan olih puak-puak Syiah?

Tidakkah itu gelong atau menyeleweng atau mempunyai maksud tertentu????
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2003 11:32 AM | Show all posts
Sekadar renungan



Siapakah lelaki ini? Apa hujjahnya berbuat demikian?
====================

MK dan TP, teruskan posting anda  sementara saya sedang menyiapkan jawapan saya... jangan tinggalkan ruang kepada mereka. Terima atau tak terima itu belakang kira. Yang penting kita perjelaskan setakat yang kita mampu... terserah kepada netters untuk menilainya dengan pandangan dan hati yang ikhlas serta fikiran yang terbuka...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2003 02:42 PM | Show all posts
mat kampong.. aku masih penyokong kuat engkau.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2003 03:47 PM | Show all posts
kenapa perlu kita membuat penipuan begitu? hanya kerana mahu menarik umat islam masuk ke dalam golongan syiah? bukankah taktik ini(taktik pembohongan) juga digunakan oleh orang2 kristian untuk mengatakan bahawa rasulullah adalah penipu? wallahualam
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 4-6-2003 05:06 PM | Show all posts
Originally posted by 8tuk at 4-6-2003 03:47 PM:
kenapa perlu kita membuat penipuan begitu? hanya kerana mahu menarik umat islam masuk ke dalam golongan syiah? bukankah taktik ini(taktik pembohongan) juga digunakan oleh orang2 kristian untuk meng ...


Salam 8tuk,

Inilah yang membuat MK berfikir.. jika dalam kristian kita dapa melihat pembohongan yang dilakukan olih Paul seorang Yahudi, yang bukan saja hidup semasa Nabi Isa a.s. tetapi beliau dapat menulis Bible yang dapat mempengaruhi majoriti pemelok Kristian.. sehingga mereka lupa siapa yang berdamping rapat dengan Nabi Isa a.s. semasa hidupnya... hebatkan?

Bagaimana pulak dengan kewibawaan Abdullah bin Saba', pengasas Syiah, juga seorang Yahudi. Adakah beliau seorang diakui olih Nabi Muhammad SAW sebagai penghuni syurga dan bolih dipercayai? Apakah kelebihannya jika dibandingkan dengan para sahabat? Apakah pengorbanan terbesar beliau terhadap agama Islam selain memecahkan umat Islam setelah terbentuknya golongan Syiah?

Mari kita kaji sejarah tentang kaum Yahudi ini.. suatu kaum yang pernah menjadi umat terpilih kepada Allah SWT. Berapa banyak Rasul yang diturunkan kepada mereka termasuk yang paling hensem iaitu Nabi Yusuf a.s., yang berkata-kata dengan Allah SWT iaitu Nabi Musa a.s., yang gagah perkasa dan bolih melembutkan besi iaitu Nabi Daud a.s., yang bolih memerintah jin, memahami bahasa binatang, menjadi Raja iaitu Nabi Sulaiman a.s. dan akhir sekali insan yang dilahirkan tanpa bapa dengan kekuasaan Allah SWT, iaitu Nabi Isa a.s. tetapi kaum yahudi tetap engkar... mereka tetap memporak perandakan umat manusia... Di zaman ini mereka datang lagi dengan Albert Einstien dengan tiori yang membolihkan terbinanya bot atom, Karl Marx dengan tiori Komunisnya dan Lenin dengan pemrintahan cara Komunisnya di USSR... dan Attarturk diTurki...

Tidakkah terfikir dikalangan umat Islam bahawa terdapatnya puak Yahudi yang memang kerjanya mahu memporak perandakan umat Islam???

MK tidak memusuhi Ahlul Bayt tetapi amat terkilan jika nama Ahlul Bayt dikaitkan didalam hal mencemarkan para-para sahabat Nabi Muhammad SAW
yang bertungkus lumus memperjuangkan kebangkitan Islam tetapi selepas kewafatan Rasullah SAW mereka dimaki hamun, dituduh merebut kuasa dan difitnah dengan cerita sejarah ciptaan mereka yang palsu dan tidak dimasuki akal yang waras.

[ Last edited by Mat Kampong on 4-6-2003 at 05:09 PM ]
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 4-6-2003 05:13 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 4-606-2003 11:32:
Sekadar renungan



Siapakah lelaki ini? Apa hujj ...


Salam Nahzaluz,

Dia tengah buat CPR atau tengah turunkan ilmunya atau kisssssssssssss!!! atau molest????

Nabi Muhammad SAW ada buat ke semua ini?

Lax dan Bill tak nak bagitau kita orang ke... Upacara apakah itu?
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 4-6-2003 05:16 PM | Show all posts
Originally posted by paler kembang at 4-606-2003 14:42:
mat kampong.. aku masih penyokong kuat engkau.....


Terimakasih pk.. tetapi jika anda ada hujjah yang bernas postkan aje... we learn thru mistake.. tapi tak bolih berulang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2003 05:22 PM | Show all posts
tu lah pasai MK....

tuhan bagi kita akai.. kita fikir.. bukan terima bulat2... sepengetahuan aku lah kan... tak pernah aku jumpak orang2 dari ASWJ ni menghina Ali a.s..... tetapi.. sejak masuk forum ni baru aku kenal siapa syiah sebenarnya... patutlah syiah diharamkan oleh jabatan agama islam... ajaran dia menyimpang rupanya.... sedih rasanya bila difikirkan Abu Bakar sahabat nabi yang pernah bersama2 nabi lari dan bersembunyi di gua di fitnah sebegitu rupa.... apakah nabi salah memilih sahabat?
hanya kerana marahkan muawiyah... kenapa sahabat2 nabi lain yang menjadi mangsa? hmmm.. takpalah.. aku ada sorang kawan dari iran... belum lagi aku tanya dia pasal fahaman syiah... insyaallah... nanti aku tanya dia kalau ada kesempatan... sama atau tidak dengan fahaman2 syiah laxamana ngan billionare ni... wallahualam
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 4-6-2003 05:38 PM | Show all posts
Originally posted by Mat Kampong at 4-606-2003 11:19:
Pembohongan No. 1: "HUKUMAN" TERHADAP AHLUL BAYT

Pembohongan No. 2: PERKAHWINAN UMMI KULTHUM...


Pembohongan No. 3: KAWASAN FADAK

(Perbalahan antara Abu Bakar & Fatimah yang dicanangkan olih golongan Syiah)

FADAK ialah suatu kadasan di Hijaz yang pernah didiami oloh sekumpulan puak Yahudi yang enggan memeluk agama Islam. Satelah Rasulullah SAW telah mencapai kejayaan didalam penaklukkan Khaybar, Allah SWT telah menyemaikan perasaan kegerunan kedalam sanubari puak-puak Yahudi tersebut. Olih kerana itu mereka telah membuat perjanjian dengan Rasulullah SAW dimana isi kandungannya termasuk menyerahkan kawasan Fadak kepada baginda. Olih itu, kerana harta tersebut bukannya rampasan perang maka ianya menjadi harta peribadi Rasulullah SAW.

Perbezaan pendapat mengenai harta Kawasan Fadak diantara Khalifah Abu Bakar r.a. dan Sayyidah Fatimah cumalah perbezaan pemahaman yang bolih diterima kerana kedua-dua belah pihak berdasarkan pendapat mereka kepada bukti/dalil yang sahih. Walau bagaimana pun, kerana perasaan sensitif yang negatif terhadap Sayyidina Abu Bakar telah menular kepada mereka-mereka yang melihat isu ini dari perspektif yang berbeza kerana terdapatnya niat buruk atau menangguk di air keroh, maka kesudahannya saperti kata pepatah Melayu sarang anai-anai telah menjadi bukit.

Kita ilustrasikan isu tersebut dengan contoh:
Jika kita dapat menggantikan kedua-dua pihak yang sedanga bertelagah — iaitu Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidah Fatimah — dengan dua orang ahli hukum Syiah (jurisprudents) atau dua orang “Maraji‘ dari Shi‘ah, dimana setiap pihak mempunyai keiklasan dan kehormatan keatas kedudukan mereka, dan tidak terdapat sebarang kritikan liar yang ditujukan kepada kedua-dua belah pihak. Maka, kedudukkan kedua mereka yang bertelagah akan dilihat/dianalisa/diadili secara sama rata, bermaruah dan rasa hormat, semasa membuat pertimbangan kepada mereka berdua kerana kedua belah pihak yang menuntut memberi sebab dan bukti berdasarkan dalil-dalil yang tersurat, tanpa mengira samada salah satu dari pendapat tersebut akan mempunyai keutamaan keatas pendapat yang lagi satu.


Walau bagaimana pun, apabila isu tersebut terjadi kepada Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidah Fatimah maka terjadilah perubahan attitude yang ketara. Kepada golongan Syiah, Abu Bakar adalah musuh durjana dan selamanya beliau akan dianggap sebagai syaitan yang menyerupai manusia, dan bagi mereka kesalahan beliau tidak dapat dipisahkan dari setiap keputusan yang dibuat olihnya. Olih itu, kerana adanya perasaan buruk sangka yang telah menjadikan asas utama kepada golongan Syiah didalam melakukan setiap persoalan/perkara termasuk peristiwa Fadak yang akan diadili mereka. Semuanya akan dapat dilihat kemudian bahawa ciri-ciri dari perasaan buruk sangka telah digunakan dalam menghasilkan sebarang keputusan walaupun didalam bidang kajian sejarah Islam dan pembentukkan konsep beragama. Kepada pemerhati yang tidak berat sebelah – iaitu kepada mereka yang tidak mengikut perasaan buruk sangka tetapi hanya mahukan kebenaran dalam setiap perkara yang terjadi – maka isu ini hendaklah dihuraikan secara satu persatu.

Kedudukan Kawasan Fadak
Tanah Fadak hanya bolih dikategorikan salah satu dari dua perkara berikut:
1) Ianya samada sebagai HARTA PENINGGALAN/PUSAKA peninggalan Rasulullah SAW kepada Sayyidah Fatimah,
2) atau ianya adalah HADIAH pemberian kepada Sayyidah Fatimah dari Rasulullah SAW pada hari Khaybar.

FADAK SEBAGAI HARTA PENINGGALAN/PUSAKA

Status sebagai harga peninggalan/pusaka saperti yang direkodkan olih al-Bukhari, Muslim dan lain-lains, dimana ianya telah disebutkan bahawa selepas kewafatan Rasulullah SAW, Sayyidah Fatimah telah datang bertanya/menuntut mengenai harta peninggalan dari Rasulullah SAW, saperti Fadak, bahagian baginda didalam Khaybar, dan juga tempat-tempat lain.

Abu Bakar berkata:

“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Kami tidak meninggal harta peninggalan/pusaka. Apa yang kami tinggalkan ialah sedekah” (Sahih Muslim, Kitab al-Jihad was-Siyar, no. 49)  
Perkara yang sama telah direkodkan didalam Musnad Ahmad yang bermaksud:
Kami, para Nabi/Rasul tidak diwarisi. (Musnad Ahmad, vol. 2 p. 462)

Sayyidah Fatimah r.a. menjadi kurang senang dengan jawapan dari Abu Bakar, kerana bagi Sayyidah Fatimah beliau mentafsirkan isu ini secara umum dari ayat berikut;
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: Satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya. Ibu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Surah an-Nisa: 11)

Sabar.. ada lagi sambungannya.. belum habis lagi!!!!

[ Last edited by Mat Kampong on 5-6-2003 at 08:27 AM ]
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 4-6-2003 05:57 PM | Show all posts
Originally posted by Mat Kampong at 4-606-2003 17:38:
Pembohongan No. 1: "HUKUMAN" TERHADAP AHLUL BAYT

Pembohongan No. 2: PERKAHWINAN UMMI KULTHUM

Pembohongan No. 3: KAWASAN FADAK


Pembohongan No. 3: KAWASAN FADAK..bersambungan

Sehingga kini, marilah kita bersikap tidak berat sebelah, dan melupakan bahawa orang yang membuat permintaan harta pusaka itu adalah sesaorang yang amat kita sayangi dan hormati kerana beliau adalah anak perempuan kepada Rasul kita, dan beliau mempunyai tempat istimewa dikalangan hati kita dan juga Allah SWT. Marilah kita nyatakan bahawa: Sabda Nabi Muhammad SAW mengatasi keatas segala kata-kata insan lain didunia ini. Olih itu, jika ada hadis yang sahih saperti ini, adakah kita berhak menyalahkan Sayyidina Abu Bakar r.a. yang mengikut perintah dari hadis dan mempraktikkannya?

Fakta yang benar dari hadis, “Kami, para Nabi/Rasul tidak diwarisi.” adalah hadis sahih bagi ASWJ dan juga Syiah. Mengapa pula Sayyidina Abu Bakar dikutuk/dihina hanya kerana beliau berbuat yang sepatutnya menurut sabda Rasulullah SAW, dan juga difitnah/dituduh mencipta hadis palsu semata-mata kerana hendak menggagalkan Sayyidah Fatimah dari mendapat harta pusaka Fadak.

Bagi ASWJ, kesahihan hadis diatas tidak perlu dijelaskan lagi kerana ianya ibarat bersuluh diwaktu siang. Seksyen berikutnya akan menerangkan kesahihan hadis diatas dari riwayat Syiah dan juga mengikut taraf mereka.


Kesahihan Hadis
Al-Kulayni telah meriwayatkan didalam al-Kafi:
Abu ‘Abdillah (Imam Ja‘far as-Sadiq) berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “... Dan ‘Ulama adalah pengganti para Nabi/Rasul; dan para Nabi/Rasul tidak meninggalkan wang ringgit (dinars dan dirhams) sebagai harta peninggalan/pusaka; tetapi mereka meninggalkan ilmu pengetahuan. Olih itu sesiapa yang mengambil ilmu pengetahuan telah mendapat bahagian yang terbesar.” (al-Kafi, vol. 1 p. 42)

Mengenai kesahihan hadis ini, ‘Allamah Muhammad Baqir Majlisi telah membuat kenyataan didalam komentarnya didalam al-Kafi, yang bertajuk Mir’at al-‘Uqul:
Hadis ini mempunyai dua rantai periwayat. Periwayat pertama adalah tidak diketahui (majhul), dan periwayat kedua adalah hasan or muwaththaq. [Bersama-sama] mereka tidak lemah atau kurang dari menjadi sahih. (Mir’at al-‘Uqul, vol. 1 p. 111)

Jadi, ini adalah fakta yang nyata bahawa hadis tersebut bolih dipercayai atau bolih diguna pakai. Mengapa pula ‘ulama-ulama Syiah menjauhkan diri dari menggunakannya, meski pun fakta ini amat jelas diketahui dari kalangan mereka?  

Perkara pelik telah terjadi bahawa hadis telah menjadi sahih kepada Imam Khomeini menggunakanya sebagai dalil dalam menghalalkan keagongan tiori politiknya yang dikenali sebagai Wilayat al-Faqih (the Rule of the Jurisprudent). Beliau telah menulis dibawah tajul “Sahihat al-Qaddah” (the authentic narration of al-Qaddah):
‘Ali ibn Ibrahim meriwayatkan dari bapanya, dari Hammad ibn ‘Isa, diatas kekuasaan [‘Abdullah ibn Maymun] al-Qaddah bahawa Abu ‘Abdillah [Imam Ja‘far as-Sadiq] a.s. telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa menjalani satu jalan didalam mencari ilmu pengetahuan mengenainya, Allah akan menunjukkan dia keatas jalan tersebut menuju Syurga (Jannah)… Dan ‘Ulama adalah pengganti para Nabi/Rasul; dan Para Nabi/Rasul tidak meninggalkan wang ringgit (dinars dan dirhams) sebagai harta peninggalan/pusaka; tetapi mereka meninggalkan ilmu pengetahuan. Olih itu sesiapa yang mengambil ilmu pengetahuan telah mendapat bahagian yang terbesar.” (al-Kafi, Kitab Fadl al-‘Ilm, Bab Sifat al-‘Ilm wa-Fadlihi, hadith no. 2)

Kepada riwayat Imam Khomeini telah membuat perubahan saperti berikut:
Tradisi yang dilakukan olih periwayat-periwayat hadis semuanya dipercayai dan amanah. Bapa kepada ‘Ali ibn Ibrahim [dikenali sebagai Ibrahim ibn Hashim] bukan sahaja bolih dipercayai; malah beliau adalah salah satu dari periwayat-periwayat yang amat dipercayai dan amanah. (al-Hukumat al-Islamiyyah, p. 133, published by Markaz Baqiyyat Allah al-A‘zam, Beirut)

Selepas itu Imam Khomeini menunjukkan kepada satu lagi periwayat hadis yang mempunyai maksud yang sama dan direkodkan didalam al-Kafi sebagai mempunyai rangkaian periwayat yang lemah, dan komennya saperti berikut:
Periwayat ini telah meriwayatkan dengan sedikit kelainan tetapi mempunyai maksud yang sama walaupun melalui rangkaian periwayat lain yang lemah, ini bermakna rangkaian itu sahih sehingga kepada, tetapi Abul Bakhtari sendiri adalah lemah. Riwayat tersebut bermaksud saperti berikut:[Telah diriwayatkan] dari Muhammad ibn Yahya, dari Ahmad ibn Muhammad ibn ‘Isa, dari Muhammad ibn Khalid, dari Abul Bakhtari, bahawa Abu ‘Abdillah [Imam Ja‘far as-Sadiq] a.s. telah berkata: “Percayalah, ‘Ulama adalah pengganti para Nabi/Rasul; dan Para Nabi/Rasul tidak meninggalkan wang ringgit (dinars dan dirhams) sebagai harta peninggalan/pusaka; tetapi mereka meninggalkan kata-kata mereka.” (al-Hukumat al-Islamiyyah, p. 133)

Ianya bolih diputuskan bahawa hadis yang menyatakan “para Nabi/Rasul tidak meninggalkan wang ringgit (dinars dan dirhams) sebagai harta peninggalan / pusaka; tetapi mereka meninggalkan ilmu pengetahuan” adalah sahih didalah satu dari dua rangkaian periwayat hadis, saperti dijelaskan olih Khomeini, dan dijelaskan dihadapan beliau olih Majlisi.

Mengapa terjadi kejadian begini terhadap hadis Rasulullah SAW yang sahih dimana ianya telah diabaikan/dipulaukan semata-mata kerana terdapat perkara mengenai kesepakatan yang mengatakan tidak bolih berijtihad jika terdapat adanya Nas (text)s?

Lagi sekali, mengapa pula hadis ini layak digunakan untuk dijadikan dalil dalam memberi sokongan kepada Wilayat al-Faqih, tetapi tidak bolih digunakan didalam isu Fadak??

Adakah isu Fadak ini diadili secara ‘adil se’adilnya atau subjektif

Masih ada lagi.. hujjah2nya wahai Lax dan Bill... saja nak jawab persoalan yang anda kata MK termanggu tak leh nak jawab... sabar ye...

[ Last edited by Mat Kampong on 5-6-2003 at 08:29 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2003 11:28 PM | Show all posts
Assalamualaikum

Mk, saya nak celah posting saya untuk bill. sorry ya! Walaupun sepatutnya kat thread opoiki tu, tapi sebab ia ada kaitan dengan Fadak, jadi saya bubuh kat sini. Lepas tu MK sambung pulak posting MK ttg Fadak tu... bereh?

==============

Hadis Muhammad Hanafiyyah
Hadis ini sama sekali menunjukkan bahawa orang lain adalah lebih afdhal berbanding Imam Ali a.s. Hadis itu dipetik dari Bukhari yg dianggap ASWJ sebagai kitab hadis tersahih. Tetapi jangan lupa juga, dalam sahih Bukhari juga menyatakan bahawa  Rasulullah saaw bersabda yang bermaksud:
[" Fatimah adalah sebahagian daripadaku. Barang siapa yang membuat dia marah, akan membuat aku marah." [a-Bukhari, Jilid II, hlm.185]
dan Bukhari sendiri menceritakan bagaimana Sayyidatina Fathimah a.s tidak meredhainya sehingga kembali ke hadhrat Ilahi.


Hadis Muhammad Hanafiyyah itu merupakan salah satu hadis di sisi ASWJ yang  menunjukkan S.Abu Bakarlah sahabat yang paling utama/afdal selepas Rasulullah s.a.w. Dan saya memang tidak lupa akan petikan hadis yang mengatakan bahawa sesiapa yang membuatkan Fatimah marah, akan membuatkan Nabi marah kerana Fatimah adalah sebahagian daripada baginda.
Walau bagaimanapun, sebelum anda tujukan hadis ini kepada S.Abu Bakar, jangan anda lupa, bukankah hadis ini ada sebabnya? Kalau anda mahu berhujah dengan hadis itu, ambillah sepenuhnya dan semua riwayat, jgn ambil separuh dan sebahagian riwayat.

Di dalam Kitab Fada抜l Sahabat: bab Manaqib Fatimah, Imam Bukhari menyebut hadis tu secara ringkas, iaitu petikan yang anda sebut di atas [Narrated Al-Miswar bin Makhrama: Allah's Apostle said, "Fatima is a part of me, and whoever makes her angry, makes me angry."]. Begitu juga di dalam bab manaqib Qarabah Rasulillah s.a.w, dari sahabat yang sama [Narrated Al-Miswar bin Makhrama: Allah's Apostle said, "Fatima is a part of me, and he who makes her angry, makes me angry."]. Akan tetapi kalau anda belek dalam kitab yang sama, iaitu di bab Zikr ashar al-Nabi, Imam Bukhari menyebut kisah sebenarnya sebagaimana berikut:
'Ali demanded the hand of the daughter of Abu Jahl. Fatima heard of this and went to Allah's Apostle saying, "Your people think that you do not become angry for the sake of your daughters as 'Ali is now going to marry the daughter of Abu Jahl. "On that Allah's Apostle got up and after his recitation of Tashah-hud. I heard him saying, "Then after! I married one of my daughters to Abu Al-'As bin Al-Rabi' (the husband of Zainab, the daughter of the Prophet ) before Islam and he proved truthful in whatever he said to me. No doubt, Fatima is a part of me, I hate to see her being troubled. By Allah, the daughter of Allah's Apostle and the daughter of Allah's Enemy cannot be the wives of one man." So 'Ali gave up that engagement.

Imam Muslim juga meriwayatkan dengan sanadnya daripada sahabat yang sama di dalam Kitab Fada抜l Sahabat: bab Fada抜l Fatimah:

1. Miswar b. Makhramali reported that he heard Allah's Messenger (may peace be upon him) say, as he sat on the pulpit: The sons of Hisham b. Mughira have asked my permission to marry their daughter with 'Ali b. Abi Talib (that refers to the daughter of Abu Jahl for whom 'All had sent a proposal for marriage). But I would not allow them, I would not allow them, I would not allow them (and the only alternative possible is) that 'Ali should divorce my daughter (and then marry their daughter), for my daughter is part of me. He who disturbs her in fact disturbs me and he who offends her offends me.
2. Miswar b. Makhramah reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: Fatima is a part of me. He in fact tortures me who tortures her.
3. Imam Zain-ul-'Abidin) 'Ali b. Husain reported that when they came to Medina from Yazid b. Mu'awiya after the martyrdom of Husain b. 'Ali (Allah be pleased with him) Miswar b. Makhramah met him and said to him: Is there any work for me which you ask me to do? I said to him: No. He again said to me: Would you not give me the sword of Allah's Messenger (may peace be upon him) for I fear that the people may snatch it from you? By Allah, if you give that to me, no one would be able to take it away, so long as there is life in me. Verily 'Ali b. Abi Talib sent a proposal of marriage to the daughter of Abu Jahl in spite of (the fact that his wife) Fatima (had been living in his house). Thereupon I heard Allah's Messenger (may peace be upon him) say while addressing the people on the pulpit. I was adolescing in those days. He said: Fatima is a part of me and I fear that she may be put to trial in regard to religion. He then made a mention of his son-in law who had been from the tribe of 'Abd Shams and praised his behaviour as a son-in-law and said: Whatever he said to me he told the truth and whatever he promised he fulfilled it for me. I am not going to declare forbidden what is lawful and make lawful what is forbidden, but, by Allah, the daughter of Allah's Messenger and the daughter of the enemy of Allah can never be combined at one place.

Jadi jelaslah bahawa Nabi mengucapkan kata-katanya itu berpunca bukan kerana orang lain tetapi kerana S.Ali mahu berkahwin satu lagi. Jadi sebelum ditujukan kepada S.Abu Bakar ada baiknya kalau anda menyebut  tentang kemarahan S.Fatimah terhadap suaminya yang mahu berkahwin lagi.  

Ya, anda telah menyebut kisah ini dan menolaknya dengan mendakwa hadis itu palsu (dan saya akan menjawabnya kemudian) kerana bagi anda (mungkin?) itu akan mengurangkan darjat S. Ali, bahkan akan kontradik dengan dakwaan maksum. Sekiranya kisah itu palsu kenapa boleh jadi palsu separuh, benar separuh? Kenapa cerita lamaran itu palsu tetapi kemarahan S. Fatimah adalah kemarahan Nabi benar? Bagaimana sebenarnya anda menilai hadis-hadis Rasulullah? Kalau anda mahu menggunakan hadis riwayat Bukhari untuk menguatkan hujah anda dan seterusnya mahu membuktikan kebenaran Syiah melalui riwayat dalam kitab ASWJ, kenapa bahagian permulaan hadis anda tak ambil dan bahagian hujungnya anda ambil? Kenapa riwayat ini anda ambil dan riwayat satu lagi anda tolak sedangnya ia datang dari sahabat yang sama cuma jalan riwayatnya sahaja yang berbeza. Adakah kerana bahagian hujung atau riwayat tertentu itu sesuai dengan pegangan anda maka anda mahu menggunakannya untuk berhujah ke atas ASWJ melalui riwayat ASWJ dan tujukan kepada S. Abu Bakar?

Saya pernah menyatakan anda sebenarnya mahu menimbulkan kekeliruan bukannya kebenaran, dan inilah salah satu bentuk kekeliruan yang anda cuba timbulkan di hadapan netters ASWJ.

Tapi anda jangan silap faham. Memang saya mengakui 杒erana hadis itu sahih di sisi ASWJ- bahawa sesiapa yang membuatkan Fatimah marah, akan membuatkan Nabi marah. Tetapi adakah perkara itu mutlak? Adakah di sana ada pengecualian? Anda dah kaji ke bagaimana ASWJ melihat isu ini? Masalah ini sebenarnya antara lain berkait dengan masalah maksum. Anda beriktiqad bahawa semua Imam termasuk Fatimah adalah maksum, jadi apabila dia marah maka marahnya tu betul. Lalu orang yang dimarahipun patut ditolak. Dan anda juga menyebut bahawa Bukhari sendiri menceritakan bagaimana Sayyidatina Fathimah a.s tidak meredhainya sehingga kembali ke hadhrat Ilahi. Ini bagi anda memperkuatkan lagi hujah anda bahawa memang berhaklah S.Abu Bakar ditolak. Tetapi bagaimanakah penjelasan ASWJ dalam hal ini?

Selepas ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.388259 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list