CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 273|Reply: 0

Jangan pisahkan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Penulis Nur Kasih lebih rela bekerja bersama suamiBARANGKALI ada yang tertanya, siapa wanita yang muncul di muka depan ruangan Hip hari ini. Pada ketika wajahnya mungkin tidak begitu dikenali, namun karya sentuhannya menjadi ikutan ramai serta berjaya meruntun jutaan jiwa.\n\n\n\nDialah insan kreatif di sebalik kejayaan Nur Kasih, drama rantaian yang berjaya mencetuskan fenomena sehingga disaksikan lebih 19 juta penonton. Mulai hari ini, Mira Mustafa tampil pula bersama karya terbaru tulisannya, Nur Kasih The Movie (NKTM).\n\n\n\n\nWanita berusia 40 tahun ini juga pernah menyalurkan ideanya untuk filem Cinta dan Sepi. Ketiga-tiga filem berkenaan diarahkan suaminya, Kabir Bhatia. Pasangan ini pada hakikatnya umpama sebuah pakej lengkap. Lazimnya, di mana ada Kabir, di situ juga ada Mira.Mira yang mendapat pendidikan rasmi dari Universiti Washington dalam Ijazah Perniagaan mengakui lebih selesa berkerja bersama dengan suaminya. Pernah dia mendapat tawaran daripada syarikat lain, tetapi terpaksa ditolak kerana lebih senang bekerja dengan lelaki yang sudah dikahwininya sejak 10 tahun lalu itu.Kata wanita lemah lembut ini, sebagai suami, Kabir memahami isi hatinya, lantaran dia tahu apa yang ingin disampaikannya menerusi skrip dihasilkan.“Mungkin sukar sedikit agaknya untuk saya bekerja dengan pengarah lain kerana bimbang apa yang ingin saya sampaikan dalam skrip tidak dipersembahkan mengikut kehendak saya. Lagipun, saya lebih senang bekerja dengan Kabir kerana dia faham dialog saya. Dia juga tahu bagaimana dialog itu sepatutnya disampaikan pelakon.“Selepas filem Cinta, memang pernah ada penerbit yang ingin bekerjasama dengan saya tetapi saya menolaknya dengan baik. Sejak itu, tiada lagi yang bertanya. Mungkin mereka faham saya tidak selesa bekerja dengan orang lain. Terus terang, memang saya tidak bersedia dan berdebar jika bekerja dengan pengarah lain,” katanya yang hadir ke sesi fotografi ditemani suami tercinta.Kekok dan malu-malu ketika diminta memberikan ‘pose’ menarik, pasangan suami-isteri ini mula berkenalan ketika sama-sama berkhidmat di Antah UTV. Dua tahun memadu kasih, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang. Hasil perkahwinan selama sedekad, pasangan romantis ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 9 tahun.Dalam membicarakan soal kerjaya, pasangan ini mengaku sentiasa mengamalkan sikap toleransi. Biasanya, usai menghasilkan skrip, Mira akan segera merujuk kepada suaminya. Sesekali memang terjadi percanggahan pendapat atau pertentangan idea, namun lazimnya mereka cuba mempertahankan hak masing-masing.Bagaimanapun pada akhirnya mereka akan melihat idea mana lebih relevan digunakan.“Saya memang merujuk kepada Kabir apabila menghasilkan skrip untuk NKTM. Dia yang memberikan idea supaya memasukkan adegan kereta api meletup di Jordan dalam sebuah babak filem ini.“Babak itu amat penting kerana ia menjadi pencetus kepada apa yang bakal berlaku seterusnya. Kalau diikutkan, babak itu memang boleh dilakukan di sini saja. Tetapi bagi kami, untuk sebuah filem, lebih elok jika babak penting seperti itu dibuat di luar. “Agak sukar juga untuk menghasilkan skrip NKTM, hampir dua bulan baru saya dapat menyelesaikannya. Saya mempunyai ruang yang mencukupi ketika menghasilkan skrip drama rantaian, tetapi untuk filem pula, segala-galanya perlu disumbat untuk tempoh waktu yang singkat. Jadi ia memberikan sedikit cabaran kepada saya memilih cerita yang menarik,” kata Mira lagi.Sukar dapat peluang berkaryaGemar berbaju kurung, Mira terlebih dulu mengasah bakatnya dalam bidang penulisan menerusi teater Inggeris bersama Datuk Zahim Al Bakri, sebelum berkhidmat bersama Antah UTV. Selama berkhidmat dengan syarikat berasal dari India itu, dia pernah menulis skrip untuk drama Idaman dan Jodoh. Ketika itu, Kabir turut berkhidmat sebagai pengarah.Kabir yang berasal dari Mumbai, India, berhijrah ke Malaysia pada 1996 selepas syarikat dinaungi UTV India membuka cawangannya di sini. Pada mulanya dia terbabit sebagai pengarah dalaman sebelum melebarkan sayapnya ke skop lebih luas.Pada awalnya ujar Kabir, sukar untuk mendapatkan peluang di sini kerana industri hiburan di Malaysia tidak terlalu besar. Bagaimanapun selepas melihat hasil kerjanya, dia akhirnya mendapat kepercayaan syarikat penerbitan tempatan.“Sebagai orang asing, memang sukar untuk mendapatkan peluang daripada syarikat penerbitan di sini. Saya diberikan kepercayaan oleh Alternate Studio, anak syarikat kepada Grand Brilliance untuk mengarahkan Cinta selepas mereka melihat hasil kerja saya. Sejak dari itu, barulah penerbit lain mula mempercayai kerja saya.“Saya tidak kisah jika cara pengarahan saya ditiru pengarah lain. Malah saya sendiri kini sedang menggilap lima pengarah muda, saya juga  tidak kisah berkongsi ilmu atau ada orang yang cuba mencedok idea saya, kerana ilmu itu tidak datang dengan sendiri. Sebaliknya saya juga belajar daripada orang lain,” kata Kabir.Sementara itu, ketika diusik pertanyaan apakah peminat akan dapat menyaksikan sambungan drama Nur Kasih selepas versi filemnya menemui penonton di pawagam, Kabir mahupun Mira tidak berasakan sedemikian.Kata pengarah terbabit, mereka lebih suka menghasilkan cerita yang baru dan berbeza, daripada menyambung drama berkenaan. \"Cukuplah dengan apa yang kami persembahkan menerusi filem Nur Kasih ini. Rasanya kami tidak lagi akan membuat musim kedua ataupun filem susulannya,\" kata Kabir bersulam senyuman penuh makna, sambil disokong isterinya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.202899 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list