View: 20309|Reply: 85
|
EMPAYAR SUCI ISLAM TEMIR (THE HIDDEN STATE)
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 14-8-2011 16:35
1) Kerajaan ini diasaskan oleh Syariff Muhammad Al-Baghdadi sekitar kurun ke-12.
2) Terletak di Kuala Berang,Terengganu (Benua Terengganu)
3) Mempunyai kaitan dengan sejarah Fo-Lo-an.
4) Dikatakan kerajaan ini menaungi beberapa buah kerajaan di Nusantara termasuklah Empayar Melayu Melaka.
5) Pemilik Batu Bersurat Terengganu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 13-8-2011 15:34
Sejarah Kedatangan Islam (Empayar Suci Islam Temir)
Di Asia Tenggara dan Kepulauan Melayu, kita akan temui tokoh-tokoh tasawuf yang memainkan peranan penting di dalam politik dan pentadbiran negara. Pada zaman keagungan empayar Islam Acheh pada abad ke-16 dan 17, kita dapat melihat bagaimana peranan yang dimainkan oleh Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Syeikh Abd Rauf Singkel dan lain-lain lagi.
Sejarah kedatangan Islam di Terengganu, malah di Semenanjung Tanah Melayu juga berkait rapat dengan usaha dakwah golongan Tasawuf. Ia bermula di Kuala Berang yang menjadi pusat tamadun dan kerohanian Islam pertama.
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 13-8-2011 15:35
Kira-kira 700 tahun dahulu, penduduk Kuala Berang dipercayai menganut agama Buddha, kemudian Hindu dan akhirnya menerima Islam.
Dakwah Islam ini telah dibawa oleh seorang ulama yang sangat berjasa kepada Nusantara ini bernama Syarif Muhammad al-Baghdadi.
Beliau merupakan keturunan Saidina Hasan daripada sebelah bapanya dan Saidina Husin daripada sebelah ibunya.Dipercayai juga beliau adalah berketurunan dari nasab Rasulullah s.a.w.
Syarif Muhammad dipercayai telah meninggalkan takhtanya dan kerajaan Baghdad untuk beruzlah di Mekah. Selepas Mekah, Syarif Muhammad menuju ke Hadratulmaut di Yaman dan kemudiannya ke Nusantara iaitu di Hulu Terengganu. Beliau berdakwah menyampaikan Islam kepada masyarakat dan berjihad menjatuhkan kerajaan Seri Viijaya/Majapahit.
Setelah berjaya menjatuhkan kerajaan Hindu, beliau telah mendirikan sebuah kerajaan Islam dan seterusnya membina sebuah pusat pemerintahan yang dinamakan “Empayar Suci Islam Temir” yang terletak di kawasan seluas 300 ekar.Ramai di kalangan para pembesar dan raja-raja Hindu yang memeluk Islam dan menjadi pengikut yang kuat.Namun tidak ramai orang mengetauhi kewujudan kerajaan ini pada masa sekarang kerajaan sejarah kerajaan ini telah digelapkan oleh pihak penjajah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pemerintahan dan perjuangan Baginda Syarif Muhammad diteruskan pula oleh keturunannya yang bernama Syarif Abdul Qahar bin Syarif Muhammad (Tok Paloh), kemudian diamanahkan kepada cucunya Syarif Abdullah bin Syarif Qahar (Tok Pauh) dan seterusnya kepada cicitnya Syarif Abdul Malik yang juga disebut Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis. Kesemuanya adalah wali Allah dan dimuliakan Allah dengan diberikan pelbagai karamah.
Tok Pulau Manis kemudiannya menubuhkan pula ‘Kota Pulau Manis’ dan mendirikan institusi pendidikan agama yang tertua dan terbesar di Tanah Melayu ketika itu. Beliau telah mengambil jalan wara’ dengan menyerahkan pemerintahan kerajaannya kepada menantunya iaitu Tun Jenal yang berkahwin dengan anaknya Siti Zubaidah. Tun Jenal ditabalkan sebagai raja di Tanjung Baru, Hulu Terengganu dan bergelar Sultan Zainal Abidin 1.
Seorang lagi ulama tasawuf Terengganu ialah Tokku Paloh, seorang guru mursyid Tariqat Naqsyabandiah yang banyak berjasa terhadap kerajaan Terengganu dan rakyat jelata di dalam usaha menentang kerajaan British.
Salah satu peristiwa yang masyhur ialah ketika pihak Inggeris mahu berunding dengan Raja Melayu mengenai satu tempat bernama Bukit Besar yang ingin mereka miliki. Raja atau Sultan Terengganu pada ketika itu ialah Sultan Zainal Abidin III dan regu baginda ialah Tokku Paloh. Bila Inggeris bertemu baginda dan menyatakan hasrat mereka, lantas Sultan bertitah, “Negeri ini ada tuannya, hendaklah berunding dengannya terlebih dahulu.” Maksud baginda ialah Tokku Paloh.
Pihak Inggeris pun bertemu dengan Tokku Paloh dan berunding mengenai hal itu. Tokku Paloh mengatakan bahawa mereka boleh ‘mengambil’ Bukit Besar dengan syarat bukit itu dibawa balik ke negeri mereka, punggahlah tanahnya ke dalam kapal.
Pihak Inggeris amat marah lalu bangun untuk meninggalkan majlis tersebut. Tapi dengan izin Allah dan karamah Tokku Paloh, kerusi yang diduduki pihak Inggeris melekat pada punggung mereka. Lalu Tokku Paloh menyindir, “Bukan Bukit Besar sahaja yang kamu mahu ambil, tapi kerusi kamipun kamu mahu ambil juga”. Pergilah pihak Inggeris dengan penuh rasa malu.
Kemudian, mereka mahu berunding buat kali kedua tapi ia mestilah diadakan di atas kapal mereka yang besar itu. Bila diajukan jemputan kepada Tokku Paloh, beliau mengatakan kapal besar tak mampu bertahan kalau ia naik. Pihak Inggeris ketawa mendengar kata-kata Tokku Paloh itu.
Namun dengan izin Allah dan karamahnya, setiap kali Tokku Paloh menyengetkan serbannya ke kanan atau ke kiri, maka kapal yangbesar itu turut senget mengikut perbuatan Tokku Paloh. Hal itu menimbulkan perasaan cemas di pihak Inggeris sehingga rundingan dibatalkan serta merta.
Begitu juga dengan murid Tokku Paloh, Haji Abd. Rahman Limbong yang telah memainkan peranan penting dalam kebangkitan tahun 1921-1928 Masihi di Terengganu dalam mempertahankan Islam dari anasir penjajahan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 13-8-2011 15:56
Perihal batu bersurat kuala berang..
pada bahagian pertama..baris ketiga..mencatatkan satu watak bergelar RAJA MANDALIKA. kemudian baris ke-empat..bawahnya pula mencatatkan SEKALIAN RAJA MANDALIKA.
kedua-duanya punyai maksud yang berbeza. pada baris ketiga..maksudnya seorang raja sahaja. sedangkan baris dibawah bermaksud lebih dari seorang raja. soalnya..siapakah mereka??
menurut haji rasyid timbalan pengarah muzium negeri..saya dimaklumkan..ketika ini..kesultanan masih belum wujud di benua terekanun/benua terengganu. maknanya..dinasti raja masih belum ada!
apabila diperhalusi..
istilah perkataan raja mandalika berasal dari bahasa melayu kuno.yang banyak terdapat di sumatera catatannya. bermaksud..penguasa wilyah/daerah/kawasan/negeri.
apabila diterjemahkan ke dalam persekitaran zaman kewujudan batu bersurat itu..saya tidak menolak kemungkinan..raja mandalika dan sekalian raja mandalika ditujukan kepada dua pihak yang berbeza.
raja mandalika pada baris ketiga..adalah untuk penulis batu bersurat itu sendiri..dipercayai..syarif muhammad al-mahdi ibni abdullah al-kamil ibni hassan al-muthanna atau lebih dikenali sebagai syarif muhammad al-baghdadi.
manakala sekalian raja mandalika pada baris ke-empat adalah ditujukan kepada para sultan yang dinaungi oleh syarif muhammad al-baghdadi. sultan-sultan ini adalah penguasa beberapa buah kerajaan islam nusantara yang dipayungi kota temir kuala berang keluasan 300 ekar-pusat pemerintahan khalifah dinasti al-kamil!
bukti dari pagar ruyung menunjukkan bedera kerajaan islam tersebut berbentuk segi tiga dan berwarna kuning dan didalamnya punyai lambang bulan sabit dan bintang bucu lima seperti bendera negeri terengganu-menurut kajian sejarawan..adalah panji hitam/panji al-uqab/panji rasulullah dan ahlu baitnya. termasuk bendera kerajaan islam samudera-pasai kerana ada bukti..pada tahun 1290-an..sultan al-malikus saleh/meurah silu-seorang ahlu bait pernah berkunjung ke kota temir membawa batu besar yang panjang..diangkut beberapa ekor gajah dari bumi pasai...bersama syeikh ismail yang makamnya terletak di pulau besar melaka hari ini. tidak hairan..batu bersurat kuala berang datang/berasal dari pasai!!
kota temir adalah tempat berhimpunnya para sultan seluruh nusantara pada awal abad ke-12 dan kemudiannya barat mengetahu kewujudan pusat kekhalifahan anak cucu saiyidina hassan di nusantara lalu bergabung menjarah alam nuasantara melayu lima abad kemudian. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 13-8-2011 16:03
Berpandukan Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT702)... peristiwa isra' mikraj jatuh pada 29hb rejab hari jumaat di sasanakala... diikuti dengan peristiwa gerhana matahari... pada tengahari hari jumaat... gerhana matahari di ufuk timur ini di gambarkan pada bendera terengganu... peristiwa ini akan berulang pada malam jumaat ni berdasarkan takwim Islam bermula selepas waktu maghrib... pada 1hb julai 2011 yg bermula slp tengah malam mengikut kalendar masihi... dan pd tengahari jumaat ini akan berlaku gerhana matahari...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukti kewujudan satu empayar besar suatu ketika dahulu (Dinasti Al-Kamil, Fo-Lo-An). Laporan Banci Hugh Clifford 1911 mencatatkan kawasan Jenagor berhampiran Tasik Kenyir pernah dihuni 100,000 penduduk. |
|
|
|
|
|
|
|
Perahu Besar merupakan salah satu khazanah warisan bangsa melayu yang digunakan sekitar abad ke-18 sehingga pertengahn abad ke-20. Perahu ini dibina di sekitar muara sunagi Kuala Terengganu dan digunakan oleh masyarakat Terengganu untuk berdagang sehingga Hanoi (Vietnam) di utara dan Ujung Padang (Indonesia) di selatan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pulau Makam... dipercayai terletaknya makam Syarif Muhammad al-Baghdadi... hasil mimpi seorang alim Cirebon...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Makam Sultan Iskandar Syah@Parameswara terdapat bendera negeri Terengganu |
|
|
|
|
|
|
|
any explaination on "Dewata Raya Mulia" Written in Batu Bersurat itewww???????????? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 13-8-2011 16:27
any explaination on "Dewata Raya Mulia" Written in Batu Bersurat itewww????????????
unekspekted_XII Post at 13-8-2011 16:18
Dewata Mulia Raya = Allah SWT |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 15# cmf_BeachBoys
aku skeptikal..
1st..Sultanye.. bername 'al baghdadi'.. i assumed.. arab yang berasal dari Baghdad.. but, name 'tuhan' sendiri dipanggil "Dewata Raya Mulia"
any explaination? |
|
|
|
|
|
|
|
Ekspedisi Angkatan Laut (Armada) Islam China 1405 hingga 1433 di bawah Laksmana Cheng Ho dengan kekuatan 357 buah kapal (30 000 krew) melakukan Misi Penstabilan Islam (dakwah) sepanjang Jalan Laut (Laluan Sutera) Timur ke Barat (Afrika). Armada ini pernah singgah di Pelabuhan Rajawali, Kuala Terengganu untuk mengambil air. Sementara itu, Laksamana Cheng Ho mengetuai beberapa buah kapal mudik ke Hulu Terengganu... pusat pemerintahan Benua Terengganu.
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=125141650878937&set=a.124869917572777.19269.123172677742501&type=1
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 17-8-2011 23:42
BACAAN VERSI BARU BATU BERSURAT PIAGAM TEREGGANU
Seminar BBPT 18-19 April 2010
1. Rasululah dengan yang orang sanabi mereka ...
2. Esa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan agama Islam
3. Dengan benar bicara darma meraksa bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
4. di benuaku ini penentu agama Rasululah sallalahu alaihi wasallam raja
5. mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
6. behumi. Penentuan itu fardu pada sekalian Raja Manda
7. lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar
8. bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka
9. Tuhan mendudukan tamra ini di benua Terengganu adi pertama
10. Jumaat di bulan Rejab di tahun syaratan di sasanakala
11. Baginda Rasululah telah lau tujuh ratus dua ...
Dr Adi Yasran b Abd Aziz
(Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia)
|
|
|
|
|
|
|
|
Menurut sumber dr Johor, semasa pemerintahan Maharaja Johor (Maharaja Sir Abu Bakar) dr zuriat Temen ...
cmf_BeachBoys Post at 13-8-2011 16:30
Tak jugak.
Johor hantar 3 orang ke majlis persidangan ulamak mase zaman uthmaniah, 1880's, ungku ahmad, Raja ali Kelana.. dan sorang dari Al-Attas family (jadik mufti lepas tu)
- in return, Sultan Hamid mengurniakan darjah, bendera, pingat dan gelaran Sultan
- and.. rombongan khalifah Turky, berjumpe Albert Baker dengan menaiki kapal Etegrul (yg tenggelam di Jepun) untuk menghantar 'hadiah'.. berupe 2 orang puteri dari kerabat turki (satu diperisterikan Sultan Abu Bakar, satu diperisterikan Dato' Jaafar.. - emak kpd Dato' Onn)
and.. - TIADA wakil khalifah dari 'timur' seperti yang didakwa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|