CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 74|Reply: 0

Jangan turun Nasri: Mancini

[Copy link]
Post time 23-8-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
BOLTON: Pengurus Manchester City, Roberto Mancini memberi amaran kepada Arsene Wenger dia mungkin tidak membeli Samir Nasri jika Arsenal menurunkan pemain tengah Perancis itu dalam perlawanan Liga Juara-Juara, esok.\rMancini berminat untuk membawa Nasri ke Eastlands dengan harga 25 juta pound (RM122.5 juta) sebelum jendela perpindahan berakhir 31 Ogos ini tetapi rundingan itu berjalan lebih lama daripada jangkaan kerana ejen dilaporkan masih belum bersetuju dengan potongan untuk mereka.\r\n\n\n\n\r    Bos Arsenal, Wenger mengejutkan apabila menurunkan Nasri ketika kekalahan kepada Liverpool minggu lalu dan itu meningkatkan kemungkinan dia  diturunkan apabila berdepan Udinese esok — yang akan membuatkan dia tidak layak mewakili City dalam Liga Juara.\r\r\n\n\n\n\n   Gunners yang kini bergelut dengan prestasi, hanya mempunyai kelebihan 1-0 daripada perlawanan pertama dan Wenger perlukan semua pemain berpengalaman dalam skuadnya tetapi Mancini memberi bayangan membatalkan langkah pembelian itu andai Nasri diturunkan.\r“Saya berharap kami sempat memiliki Samir Nasri dalam tempoh beberapa hari,” kata Mancini.\r“Jika dia bermain dalam Liga Juara untuk Arsenal, ia akan menimbulkan masalah. Saya tidak pasti akan membelinya tetapi harap-harap kami akan membuat keputusan dalam tempoh 24 jam akan datang.\r“Kami masih mempunyai 10 hari. Kami perlukan beberapa pemain tertentu jika mahu melengkapkan pasukan ini. Saya harap dia (Nasri) bukanlah pemain terakhir yang menyertai kami.”\r\n\n\n\n\rSkuad Mancini membuktikan mereka masih mampu menang tanpa sentuhan Nasri apabila gol daripada David Silva, Gareth Barry dan Edin Dzeko memastikan kemenangan 3-2 ke atas Bolton di Stadium Reebok kelmarin dan melonjakkan City di tangga teratas liga.\rSelepas menang selesa ke atas Swansea pada minggu pertama, City bagaimanapun dipaksa mengerah tenaga untuk menangani cabaran Bolton pada peringkat awal.\r“Kami perlu bermain dengan lebih tumpuan. Kami tidak boleh melepaskan gol mudah dan kami perlu fokus kepada perkara ini jika mahu menjadi pasukan yang bagus,” kata Mancini. – AFP\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.448386 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list