CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 62|Reply: 0

Mourinho enggan minta maaf

[Copy link]
Post time 24-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Insiden cucuk mata pada final Piala Super  selepas  Real tewas kepada BarcaMADRID: Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho enggan meminta maaf di atas insiden mencucuk mata pada final Piala Super Sepanyol selepas pasukannya tewas kepada Barcelona, kata jurucakapnya.\rTayangan televisyen dan gambar pada halaman depan menunjukkan jurulatih kelahiran Portugal itu cuba mencucuk jarinya ke arah mata penolong Pep Guardiola, Tito Vilanova ketika pemain kedua-dua pasukan sedang bergaduh di tengah padang, Khamis lalu.\r\n\n\n\n\r   Tindakannya itu menggemparkan dan media memprovokasi dengan menyiarkannya di halaman depan. \r\r\n\n\n\n\n   “Jose tidak akan meminta maaf, tindakannya itu jelas untuk mempertahankan Real Madrid,” kata jurucakap jurulatih itu, Eladio Parames.\r“Dia tidak peduli apa akhbar berkata, yang penting apa peminat Madrid rasa.”\rParames memberitahu Mourinho bertindak demikian selepas beberapa siri provokasi dan penghinaan yang dilemparkan kepadanya di bangku simpanan Barca.\rPergaduhan kedua-dua pasukan meletus di hujung permainan di Nou Camp dengan perlawanan dimenangi Barcelona 3-2 untuk menang dengan agregat 5-4 serta trofi pertama kelab itu musim ini.\r\n\n\n\n\rKetika pemain bergaduh di tengah padang, tayangan televisyen menunjukkan Mourinho berjalan ke arah Vilanova dan mencucuk jarinya di mata kiri penolong jurulatih itu. Ketika Mourinho berjalan meninggalkannya, Vilanova pula memukul belakangnya.\rSelepas perlawanan, Mourinho ditanya mengenai insiden itu dan dia menjawab: “Pito Vilanova? Saya tidak tahu siapa Pito.” – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.302036 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list