CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 0

'Detik kritikal' Chong Wei

[Copy link]
Post time 3-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
‘Dia perlu bijak  saring kejohanan  mahu disertai sebelum Olimpik London’\rJAGUH perseorangan negara, Lee Chong Wei yang menjadi sandaran utama menamatkan kemarau pingat emas di Sukan Olimpik 2012 kini berada dalam ‘detik kritikal’ tatkala temasya berprestij itu kini hanya berbaki 10 bulan.\r\n\n\n\n\r  Rumusan itu disuarakan Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz yang menyifatkan pemain nombor satu dunia itu perlu bijak dalam tempoh 10 bulan ini bagi menyaring kejohanan antarabangsa yang mahu disertainya.\r\r\n\n\n\n\n  “Chong Wei kini berada dalam ‘detik kritikal’ dan dia tidak harus dibebani  menyertai lebih banyak kejohanan yang mungkin melambatkan dan menjejaskan proses pemulihan diri serta berdepan risiko kecederaan.\r“Jadi, kami akan berbincang dengan Chong Wei dan jurulatihnya (Tey Seu Bock) bagi memilih kejohanan yang akan disertainya dalam tempoh 10 bulan ini bagi memastikan dia mampu mencapai puncak tepat pada masanya pada temasya berprestij itu nanti,” katanya.\rDr Ramlan yang menyifatkan Chong Wei sebagai antara atlit berdisiplin dan paling cergas berkata, sebenarnya masalah pemain berusia 29 tahun itu ialah dia menang banyak kejohanan dan kalah sedikit terutama dalam pertandingan penting yang mengundang pelbagai reaksi negatif terhadap keupayaannya.\r“Begitupun, kami di ISN akan cuba memberi sokongan sepenuhnya dan menyediakan program yang terbaik untuk Chong Wei dalam tempoh 10 bulan ini bagi memastikan dia lebih bersedia menggalas tanggungjawab besar di London nanti,” kata Ramlan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.183694 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list