CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

Nadal mara pusingan ke-3

[Copy link]
Post time 4-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Murray ikut jejak  selepas dipaksa bergelut tewaskan  Haase\rNEW YORK: Juara bertahan dan pilihan kedua, Rafael Nadal mara ke pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat (AS) kelmarin apabila lawannya dari Perancis, Nicolas Mahut menarik diri akibat kecederaan. \r\n\n\n\n\r   Nadal mendahului 6-2, 6-2, 30-0 apabila Mahut menarik diri.\r\r\n\n\n\n\n   Pemain Sepanyol itu akan berdepan David Nalbandian pada saingan pusingan keempat selepas pemain Argentina itu menewaskan pemain Croatia, Ivan Ljubicic 6-4, 1-6, 6-3, 6-2.\rNadal sebelum itu memerlukan hampir tiga jam untuk mencatat kemenangan tiga set ke atas Andrey Golubev di pusingan pertama dan menyatakan bahawa tempoh 80 minit perlawanannya menentang Mahut sudah cukup untuk memberitahunya bahawa dia sudah berjaya meningkatkan permainannya dalam beberapa aspek.\r“Saya rasa saya melakukan beberapa perkara yang lebih baik berbanding pada perlawanan pertama,” katanya.\r“Saya cuba untuk bermain mengikut strategi saya, cuba untuk memiliki kawalan terhadap mata dengan pukulan forehand saya, cuba bermain dengan lebih agresif sedikit apabila berpeluang dan saya rasa saya berjaya melakukannya.”\r\n\n\n\n\rSementara itu, pemain nombor empat dunia, Andy Murray bergelut untuk mara ke pusingan ketiga kelmarin, mencatat kemenangan 6-7 (5/7), 2-6, 6-2, 6-0, 6-4 ke atas pemain Belanda, Robin Haase, yang memerlukan satu rawatan biasa di luar gelanggang akibat kecederaan belakang.\rMurray mengatasi permulaannya yang lembab untuk mendahului dan menguasai lawan pada set kelima sebelum menamatkan saingan lawannya itu untuk menempah pertemuan dengan pilihan ke-25, Feliciano Lopez di pusingan keempat.\rDia menewaskan pemain Sepanyol itu pada suku akhir di Wimbledon. -  AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.319339 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list