View: 1779|Reply: 11
|
Bayar AS$1 untuk cerita jenaka
[Copy link]
|
|
JASON SCHNEIDER (kanan) memegang papan tanda yang menyatakan orang ramai akan dijamin ketawa dengan cerita kelakarnya yang berharga cuma AS$1 (RM2.97) di taman awam Central Park, New York baru-baru ini.
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Seorang mahasiswa yang menganggur, Jason Schneider memperoleh pendapatan dengan mengenakan bayaran cuma AS$1 (RM2.97) untuk setiap jenaka yang diceritakannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Schneider yang mengadakan persembahan lawak di taman awam Central Park di sini memperoleh bayaran sekitar AS$140 (RM418) selepas beraksi buat kali pertama selama enam jam pada April lalu.
Pemuda berusia 26 tahun itu mendapat idea unik tersebut setelah dia gagal untuk memperoleh pekerjaan di beberapa studio perfileman dan saluran televisyen utama AS termasuk Time Warner serta HBO.
Dia yang berdiri di Central Park sambil memegang papan tanda yang mengandungi mesej yang menawarkan jaminan ketawa kepada orang ramai yang mendengar ceritanya.
“Mengapa ikan jerung adalah haiwan rasis,” dia bertanya kepada beberapa orang yang menyaksikan persembahannya baru-baru ini.
“Kerana cuma spesies jerung putih diberi gelaran Great (besar),” katanya.
Schneider akan memulangkan semula wang pelanggan sekiranya mereka mendapati lawaknya kurang memuaskan. – Agensi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak masuk Maharaja Lawak terus?? |
|
|
|
|
|
|
|
u got to do what u got to do. |
|
|
|
|
|
|
|
cam ner nak tahu samada pelanggan dia tol tol geli hati selepas mendengar dia melawak ??
ada sesetengah org tu.. mampu menunjukkan muka serius walaupun dalam hati dia ketawa berdekah dekah sebab geli hati ngan lawak lawak yang dibuat...
da sesetengah org tu lak... walau pun tak geli hati, tetapi tetap nak ketaawa gak sebab nak jaga hati orang yang wat lawak tue ... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm2 cara org boleh terfikir nak cari duit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo buat2 gelak, kena bayar gak ke? Dulu aku ada cikgu sejarah. Selalu buat lawak bodoh. Satu kelas gelak perli je. Kuat plak tu. Kesian plak tengok cikgu tu. Tapi tak berputus asa utk buat lawak bodoh dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# HaMiZiE
bezanya mereka profesionaldan menghargai bakat
serta tidak menipu
dan niat membantu.
di mana
orang Malaysia kebanyakannya tiada.
sebab tu seniman jalanan main gitar tepi jalan susah nak idop.
cry-cry |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo buat2 gelak, kena bayar gak ke? Dulu aku ada cikgu sejarah. Selalu buat lawak bodoh. Satu kelas ...
aLieNzDaToR Post at 8-9-2011 09:35
Aku teringat cerita geng mengaji. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# cik.panda
Nape dgn citer tu? Aku tak penah tengok citer tu. Citer tu lawak bodoh gak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply cik.panda
Nape dgn citer tu? Aku tak penah tengok citer tu. Citer tu lawak bodoh ga ...
aLieNzDaToR Post at 8-9-2011 10:02
AKu tengok kat utube je. Pada aku kalau compare Senario dengan citer tu maka anugerah lawak bodoh jatuh pada Senario. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo org tu xpaham bahasa US xguna gak nak buat lawak... |
|
|
|
|
|
|
| |
|