Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.
Qs.Al-An'am: 6
Setiap kali membaca sejarah, terdapat suatu hakikat yang terlintas: orang zaman dahulukala pernah mencapai tahap ilmu yang sangat tinggi, malahan lebih tinggi ilmu daripada kita pada hari ini. Tetapi ilmu itu telah hilang sehingga hampir pupus. Yang aku tahu ianya telah berlaku sebanyak 2 kali iaitu:
1) semasa banjir besar (The Great Flood) zaman Nabi Nuh
2) semasa tentera Monggol memusnahkan Kota Baghdad
Bilangan tamadun yang berada di bumi Allah ini sangatlah banyak. Apabila hilang satu tamadun, maka berdiri pula tamadun yang lain pula. Dan apabila tamadun itu pula lenyap, berdiri pula tamadun lain. Dan bergitulah seterusnya sirat perjalanan sesuatu tamadun.
Jangan lupa bahawa bergitu banyak tamadun yang lupus dan pupus sehingga ia menjadi tanda-tanya malahan ada juga saintis yang langsung tidak percaya bahawa ia pernah wujud. Antara tamadun-tamadun tersebut adalah tamadun Atlantis, tamadun Lemuria, dan tamadun Kaum Aad.
Misteri Piramid Yang Tidak Diceritakan
Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.
Ada sesiapa nak sambung pasal ilmu manusia zaman dahulu?
Dalam Tafsir al-Qurtubi, juzuk 1, halaman 282 disebut dengan jelas bahawa: “Ibnu Abbas berkata, dengan perantaraan malaikat, Allah mengajar Adam, ilmu pengetahuan yang perlu baginya untuk hidup sebagai khalifah Allah di muka bumi. Nama-nama makhluk, nama-nama benda, tumbuhan dan sebagainya, diajar dengan jelas kegunaan yang ada pada benda-benda tersebut.”
Allah berfirman dalam surah Al baqarah ayat 31
Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar". (Al-Baqarah 2:31)
Jelas sekali dalam ayat ini Allah SWT menegaskan tentang bagaimana keadaan Nabi Adam as dilengkapkan dengan ilmu-ilmu yang diperlukan oleh seorang khalifah manusia. Telah lupa kah kita bahawa kaabah dan masjid al aqsa telah dibina oleh Nabi Adam as dengan jarak 40 tahun antara satu dengan yang lain sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah didalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Ibnu Abas r.a
"Ketika Allah SWT menurunkan Nabi Adam as ke bumi, maka Allah berfirman maksud-Nya: Wahai Adam, buatkanlah sebuah istana-Ku, kemudian Nabi Adam membuat/membina Kaabah atau Baitullah al-Haram untuk mematuhi atas perintah-Nya.
Ini menunjukkan bahawa manusia pertama telah pandai membina bangunan dan bukanya tinggal didalam gua seperti haiwan.Malah Nabi Adam sudah pandai berkata-kata,berpakaian dan bertindak seperti manusia yang waras sama seperti manusia yang wujud pada hari ini.Malahan ilmu yang telah diajarkan kepada Nabi Adam as bukan sahaja ilmu pembinaan tetapi merangkumi pertanian,perubatan,penternakan dsb.
setiap kaum yg terdahulu, Allah dah anugerahkan kebijaksanaan dan teknologi pada zaman mereka. namun setelah berada di puncak kejayaan, mereka lupa dan alpa menyebabkan Allah menurunkan bala dan menghapuskan mereka dari muka bumi. setelah itu Allah wujudkan kaum yang seterusnya, dan mereka terpaksa bermula dari bawah tanpa kebijaksanaan dan teknologi umat terdahulu.
Perkembangan besar dalam bidang sains, seni dan teknologi juga telah dicapai sewaktu zaman Nabi Sulaiman (as). Misalannya, Al-Quran menunjukkan bahawa kenderaan pengangkutan di zamannya juga sepantas kapal terbang: “Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan.” (Surah as-Saba', ayat 12).
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa jarak yang jauh mampu dilalui dengan cepat. Ini merujuk kepada kenderaan udara yang menggunakan teknologi sama seperti yang digunakan hari ini (wallahualam). Tambahan pula, Al-Quran mencatatkan bahawa:
Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. (Surah as-Saba', ayat 13)
Dalam erti kata lain, Nabi Sulaiman (as) menyebabkan para pekerjanya menggunakan teknologi pembinaan dan senibina yang amat canggih.
Ayat lain juga menyatakan bahawa:
Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (dia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing). (Surah as-saad, ayat 37)
buat Piramid pakai jin?? Patut lah boleh angkat batu besar-besar dan susun dengan ketepatan ukuran lazer.
Hakikat bahawa Nabi Sulaiman (as) mampu mengawal jin-jin penyelam menandakan lokasi dan pengeluaran sumber-sumber dasar laut. Minyak dasar laut serta proses dan kerja pengekstrakan logam berharga memerlukan teknologi yang amat maju. Ayat-ayat ini menegaskan bahawa teknologi seumpama itu telah wujud dan diguna pakai.
Ayat lain menyatakan "mata air dari tembaga" (Surah as-Saba', ayat 12). Penggunaan cairan tembaga menandakan kewujudan teknologi canggih yang menggunakan elektrik di zaman Nabi Sulaiman (as). Seperti yang kita sedia maklum, tembaga merupakan antara konduktor haba yang terbaik, maka ia dipercayai mewujudkan asas industri elektrik pada masa itu. Ayat "Kami alirkan baginya mata air dari tembaga" dalam segala kemungkinan merujuk kepada sejumlah besar kuantiti elektrik yang dikeluar dan digunakan dalam banyak cabang teknologi (wallahualam).
Beberapa ayat menunjukkan bahawa Nabi Daud (as) memiliki pengetahuan yang baik dalam pertukangan besi dan pembuatan senjata:
(Serta Kami wahyukan kepadanya): Buatlah baju-baju besi yang luas labuh dan sempurnakanlah jalinannya sekadar yang dikehendaki dan kerjakanlah kamu (wahai Daud dan umatmu) amal-amal yang soleh, sesungguhnya Aku Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan. (Surah as-Saba', ayat 11)
Mengapa kita masih menidakankan firman Allah SWT dan percaya pula dengan teori sonsang barat?Tidak kah itu satu kejahilan?
to consider the magnificent feats in building pyramids, baalbek and other gigantic monument - dibina oleh bukan manusia = hanye memperkecil2 kan kurniaan Allah yg memberi keistimewaan kpd manusia dengan akal walaupun mempunyai kudrat yang sedikit
Ada bangsa yang maju ada yang mundur...tu aje...tak semua zaman dulu tu dalam gua dan tak semua juga ...
alphawolf Post at 4-10-2011 10:45
i setuju dgn u
setiap tamadun mmg ada yg kaya dan yg hidup melarat
tak mustahil penemuan tulang2 manusia di gua2 tu adalah mereka yg hidup melarat sama seperti hari nih. masih ada yg tinggal di kaki 5 kedai dan dibawah jambatan.
bila tgk bedio nih, i percaya...
setiap tamadun manusia tu mmg sampai pada tahap 'canggihnya' sblm dilenyapkan dan diganti dgn tamadun baru
*Image Placemark Location:
longitude: 31.13101332492434 N, latitude: 29.97697709832755 E
Google Earth streams the world over wired and wireless networks enabling users to virtually go anywhere on the planet and see places in photographic detail. This is not like any map you have ever seen. This is a 3D model of the real world, based on real satellite images combined with maps, guides to restaurants, hotels, entertainment, businesses and more. You can zoom from space to street level instantly and then pan or jump from place to place, city to city, even country to country.
Kota Baghdad semasa diserang oleh tentera Monggol merupakan sebuah pusat ilmuan di mana orang Barat ke sana untuk menuntut ilmu daripada sarjana Islam. Ilmu sains moden hari ini diasaskan di Baghdad oleh sarjana Islam.
Tentera Monggol telah membakar dan menghumbankan semua buku-buku ke dalam sungai Tigris sehingga air sungai menjadi hitam kerana dakwat buku. Buku2 itu dibakar selama 7 hari 7 malam menerangi Kota Baghdad. Habis hilang semua penulisan yang diterjemah daripada Tamadun Rome dan Mesir.