CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 16368|Reply: 55

kajian hadis rasullulah tentang kiamat 10 tanda-besar kiamat

[Copy link]
Post time 4-10-2011 03:58 PM | Show all posts |Read mode

Berikutan kejadian gempa bumi yang seringkali terjadiakhir-akhir ini hati saya terdetik untuk menulis tentang 10 tanda-tanda besarkiamat. Mungkin ada antara pembaca merasakan gegaran kecil baru-baru ini.Adakah ia petanda atau amaran dari Allah? Sama-sama kita hayati dan berfikir.

Daripada Huzaifah bin AsidAl-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. Dan kami pada waktu itu sedangberbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kamimenjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”.

Lalu Nabi saw. bersabda:
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macamtanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang,terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’jujdan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yangketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arahnegeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – HadisRiwayat Muslim

Saya permudahkan tentang 10 tanda-tanda kiamat besarini.


1.Asap yang akan keluardan mengakibatkan penyakit seperti selesema di kalangan orang-orang yangberiman dan akan mematikan semua orang kafir.


2.Dajjal yang akanmembawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yangakan terpedaya dengan seruannya.


3.Dabbah, binatang besaryang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusiatidak beriman lagi kepada Allah swt.


4.Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya.Pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidakmenerima taubat daripada orang yang berdosa.


5.Turunnya kembali Nabi Isa a.s.Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu danbeliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian danbeliau juga yang akan membunuh Dajjal.


6.Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’jujyang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjayamenghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telahdidirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zamandahulu

.

7.Gempa bumi di Timur.


8.Gempa bumi di Barat.


9.Gempa bumi di Semenanjung Arab.


10.Api besar yang akan keluar dari Yaman.


Banyaknya gempa bumi yang berlaku adalah antara tanda-tanda kiamat. Allahmemberi peringatan kepada hambanya yang peka dan percaya akan kekuasaannya.Jadi terpulang kepada kita untuk mentafsirkan tanda-tanda itu.

Ayuhkita mulakan pengembaraan minda kita dengan kejadian semasa yang berlaku.Tsunami di Samoa dan gempa bumi di Indonesia baru-baru ini. Allah telahberfirman:


Kami akan memperlihatkankepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri merekasendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakahTuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segalasesuatu .

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2011 07:25 PM | Show all posts
cerita pasal kiamat dan kajian detail tentang hadis sebenornyer pernah dibuka dalam thread ni. cuba ko guna fungsi search tu. mesti kluar. okey nanti aku mergekan thread ni ye. setuju tak TT ? ehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 08:28 PM | Show all posts
Adakah tanda2 kiamat itu disusun mengikut kronologi kejadian?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 08:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by andria at 5-10-2011 20:31

Duplicate post.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 09:29 AM | Show all posts
Reply 3# andria

ya betul... kejadian kejadian yg akan berlaku sblm kiamat telah Allah susun mengikut kronologi. ade disebut dalam hadis rasulullah yg sangat panjang. nak baca hadis tu korang carik kitab mestika hadis keluaran Jabatan kemajuan Islam Malaysia, jilid ketiga. buku warna hijau.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 01:37 PM | Show all posts
Reply  andria

ya betul... kejadian kejadian yg akan berlaku sblm kiamat telah Allah susun mengik ...
winamp05 Post at 6-10-2011 09:29



Maksud saya, adakah kronologi peristiwa yg TT senaraikan tu, benar2 mengikut turutan peristiwa? Sebab saya pernah membaca kronologi yg berbeza dari penulis yg lain. Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2011 01:42 PM | Show all posts
Reply 6# andria

kalau begitu nanti aku cuba salin balik terjemahan hadis tu kedlam ni. take time sikit la ye. sbb hadis tu panjang sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 11:58 PM | Show all posts
mnggu .... x sbar nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2011 09:30 AM | Show all posts
Reply  andria

kalau begitu nanti aku cuba salin balik terjemahan hadis tu kedlam ni. take time s ...
winamp05 Post at 6-10-2011 13:42



Klu panjang sgt, rasanya tak perlulah salin semua. Mungkin blh summarizekan mengikut kronologi kejadian. Contoh:

1. Gempabumi di 3 tempat
2. Dajjal keluar
3. Dan seterusnya...  

Insya allah forumer lain akan sama2 mengkaji dari segi kronologi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 09:10 AM | Show all posts
Yang aku ingat, dua tanda terakhir ialah malam yang panjang dan diikuti matahari terbit dari Barat....nak kira hari matahari terbit dari barat tu hari terakhir dunia ni....Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 02:53 AM | Show all posts
gempa bumi..... pastu letusan gunung berapi di mana gunung berterbangan bagai ditiup angin........
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 12:58 PM | Show all posts
betul tanda tanda kecil Kiamat sudah ade, tanda2 besar pun sangat hampir
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 11:57 AM | Show all posts
Salam, urutan sebenar 10 tanda besar kiamat adalah macam ni:
1.Dajjal keluar
2.Turunnya kembali Nabi Isa a.s
3.Ya’juj dan Ma’juj menghuru-harakan bumi
4.3 gempa bumi yg berturutan... gempa bumi di Timur, gempa bumi di Barat, gempa bumi di Semenanjung Arab.
5.Keluar Asap/kabut
6.Malam yg panjang dan matahari terbit dari tempat tenggelamnya (dr barat)
7.Keluarnya binatang Dabbah
8.Bayu lembut dari selatan
9.Keruntuhan Kaabah
10.Api besar yang akan keluar dari Yaman dan tiupan sangkakala



Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 12:39 PM | Show all posts
Good news for muslims. Orang2 Islam tidak akan menghadapi hari kiamat.

“Kiamat tidak akan terjadi kecuali atas manusia-manusia yang paling jahat.” - (Riwayat Muslim dan Ahmad dari Ibn Mas’ud. Dan dalam riwayat Bukhari dengan lafazh yang lain)

“Kiamat tidak akan terjadi kecuali apabila di bumi tidak di sebut-sebut lagi (nama) Allah, Allah.” - (Riwayat Muslim, Ahmad, Tirmidzi dan Ibn Hiban dari Anas)

Semua orang Islam akan dimatikan oleh bayu lembut yg didatangkan Allah swt. (tanda kiamat besar ke-8). So, peristiwa2 selepas itu hanya akan dialami oleh org2 kafir. NAMUN yg perlu kita risau adalah kedatangan Dajjal. Takut2 kita jatuh ke perangkapnya.
Nau'zubillah min zalik.

Dikatakan Dajjal tidak akan dpt memasuki Mekah dan Madinah kerana kedua-dua tempat ini dikawal dan dilindungi oleh malaikat.

“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal, kecuali  Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan  orang-orang  yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota  Madinah.”
- Hadis ini sahih. Ada dlm ahih al-Bukhori

Err... sempat ke kita nak lari ke sana bila Dajjal dtg?

Ada ulamak menafsirkan mana2 kawasan yg masjidnya hidup dgn amalan seperti suasana  di Mekah dan Madinah, Insyaallah juga akan selamat dari  Dajjal.  Jadi bapak-bapak, adik-adik, abang-abang, anak-anak sekelian marilah kita mengimarahkan masjid2 dgn solat berjemaah, aktiviti mengaji, majlis2 ilmu, iktikaf, qiamullail dan sebagainya. Ibu-ibu, jadikanlah rumah2 kamu umpama masjid2. Hidupkan amalan2 solat, quran dan zikir. Ajak anak2 yg belum baligh bersolat. Anak2 lelaki yg dah baligh suruh depa pi solat kat masjid (kalau masjid/surau dekat). Dan perbanyakkanlah membaca Quran. Kebanyakan yg sekolah rendah dah habis exam. Jgn habiskan masa dgn main game, nonton tv semata.

ps: sekadar ingatan utk diri sendiri dan sesiapa yg sudi menerima.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 10:30 PM | Show all posts
bercerita pasal tanda2 kiamat nih
selalu ingatkan i pada klip bedio youtube nih

i tengok banyak kali pon tak jemu
betul atau tidak... wallahu'alam.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 11:06 AM | Show all posts
sesungguhnya saya berasa teramat takut,seram dan ngeri bile membaca artikel ini...
adakah tanda2nya dah dekat...?
maksud saya...ada tak yang sudah berlaku daripada 10 senarai yang diberikan....

buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2011 11:43 AM | Show all posts
Rasulullah pernah bersabda ' tanda-tanda kiamat salah satunya turunlah satu penyakit ' yakun ' bermaksud ' cintakan dunia dan takut akan kematian ' .
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2011 03:47 PM | Show all posts
hmmm semoga kita sedar dan diberikan taufik dan hidayah
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 11:16 AM | Show all posts
Reply 13# HOTlips


    so mengambilkira perkembangan semasa yg macam2 terjadi, dah terjadi ke salah satu tanda tu? dajal tu dikatakan bermata satu bukan secara fizikal tetapi hanya ada mata zahir sahaja tetapi buta hati...maybe dah ade kot..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 11:19 AM | Show all posts
turunnya nabi isa bagaimana keadaannya?adakah org ramai noticed yg "ia" adalah nabi isa a.s? atau bagaimana org tau yg "ia" adalah nabi isa a.s?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.220954 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list