CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 98|Reply: 0

DBP cetak 15.9 juta buku teks

[Copy link]
Post time 6-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
DEWAN Bahasa dan Pustaka (DBP) mencetak kira-kira 15.9 juta buku teks termasuk 7.9 juta buku cetakan baru untuk edaran semua sekolah seluruh negara mengikut jadual.\rSemua kerja berkenaan selesai sejak sebulan lalu dan semua buku berkenaan sedia diagihkan sebelum sesi persekolahan bermula awal tahun depan.\r\n\n\n\n\r  Ketua Pengarahnya, Datuk Termuzi Abdul Aziz, berkata proses pengedaran buku teks ke Sabah dan Sarawak selesai sepenuhnya manakala di semenanjung proses penghantaran buku teks membabitkan cetakan baru akan selesai dalam tempoh terdekat.\r\r\n\n\n\n\n  Beliau berkata, DBP begitu mengutamakan penghantaran ke Sabah dan Sarawak memandangkan lokasinya jauh. \rProses penghantaran di kedua-dua negeri itu katanya, menggunakan perkhidmatan empat kapal terbang iaitu dua pesawat kargo Boeing 747 dan Airbus dengan kapasiti muatan masing-masing 100 tan dan 65 tan.\r“Sebanyak 818,782 buku teks cetakan baru membabitkan 44 tajuk diedarkan ke Sabah manakala di Sarawak (673,164) sudah diedarkan.\r“Sesi penghantaran di kedua-dua negeri itu selesai sepenuhnya pada 2 November lalu,” katanya.\r\n\n\n\rBeliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Setitik Budi Selautan Kasih anjuran bersama Badan Keluarga DBP dan Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.\rTurut hadir, Timbalan Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM, Dr Azman Mat Isa dan Pengerusi Badan Keluarga DBP, Kusni Ahad.\rTermuzi berkata, penghantaran buku cetakan baru ke sekolah di Semenanjung masih berbaki 20 peratus dan dijangka diselesaikan dalam tempoh terdekat.\r“Proses penghantaran sudah 80 peratus selesai kerana kita mula mengedarkan ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) sejak 15 November lalu dan ada dalam kalangan murid sudah menerima buku teks masing-masing sebelum cuti sekolah.\r“Jika ada sekolah yang belum menerima buku teks ini. Itu mungkin atas pertimbangan JPN negeri yang belum memberikan kepada sekolah atas pelbagai sebab atau masalah banjir,” katanya.\rMengulas proses mencetak 15.9 juta buku membabitkan 200 tajuk buku cetakan semula, Termuzi berkata, pihaknya tiada masalah mengenainya kerana semua tajuk berkenaan termasuk 53 tajuk buku baru disiapkan mengikut jadual.\rKerjasama daripada Bahagian Buku Teks DBP dan Bahagian Kurikulum Kementerian Pelajaran begitu memuaskan dan mencetaknya dapat dipercepatkan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.052930 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list