CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 106|Reply: 0

Apa yang muda dengan Angkatan Muda?

[Copy link]
Post time 7-12-2011 02:05 PM | Show all posts |Read mode
\"Kadang-kadang, saya sendiri pun tak faham, sebenarnya apa yang anak muda nak di dalam Parti Keadilan Rakyat ni.  Saudara nak apa? (Projek!) Nak apa? (Projek!) Cakaplah kuat! Nak apa? (Projek!) Nak apa? (Projek!) Tak dengar! Nak apa? (Projek!)\"Malah, sepanjang sesi perbahasan berlangsung, ada permintaan dari bawah pentas agar pembahas yang naik ke pentas, \"hentam\" (mengkritik) pimpinan AMK.  Apa yang lebih menyeronokkan, pimpinan AMK pada ketika itu kelihatan bersikap terbuka dengan kritikan yang dilontarkan.  Ia memberi gambaran sekurang-kurangnya perwakilan AMK bersikap kritikal, berani mempersoalkan, dan bukan Pak Turut, malah pimpinannya sedia ditegur dan dikritik - budaya politik baru yang meraih perbezaan pandangan dan terbuka kepada kritikan.Namun demikian, suasananya agak \"tidak mengena\" pada tahun ini, selepas berlangsungnya pemilihan parti pada November 2010.  Lebih-lebih lagi, \"rebutan untuk menjadi calon\" telah hangat diperkatakan sebelum kongres bermula.  Saya tidak berniat untuk melabel terus mereka yang hendak menjadi calon PRU 13 itu sebagai \"gila kuasa\", tapi saya agak terkejut apabila Ketua AMK Shamsul Iskandar membuat gesaan terbuka agar calon muda diletakkan bertanding di \"kerusi yang berpotensi besar untuk menang\".Seruan itu biarpun disambut gemuruh oleh perwakilan AMK (yang menggosok-gosok tangan untuk bertanding), tetapi bukan sikap yang wajar ada pada AMK.  Sesungguhnya permintaan tersebut ada kewajarannya, tetapi hanya sesuai dituntut dalam mesyuarat pimpinan tertinggi dalaman parti, bukan secara terbuka.  Ini kerana selaku Ketua AMK, beliau harus membakar semangat orang muda, dengan menampilkan AMK di bawah pimpinannya berani untuk mengambil risiko.Persoalannya, apakah tiada lagi wacana lain untuk diperkembangkan, sebagai senjata serangan balas terhadap UMNO?   Logik UMNO mudah dan kasar, \"Melayu hilang kuasa/ Islam tidak terbela jikalau UMNO kalah.\"  Padahal retorik ini bukan sesuatu yang baru, \"Ketuanan Melayu\" sebelum ini pun telah disanggah dengan \"Ketuanan Rakyat\".Bahkan Khalid Ibrahim (gambar kanan) yang disifatkan sebagai \"produk\" Dasar Ekonomi Baru (DEB), membuat kenyataan \"masalah terbesar masyarakat Melayu adalah ketidaksamarataan\", dalam sesi penggulung Kongres Nasional Tahunan PKR ke-8.  Khalid yang lebih berat bebannya untuk membicarakan DEB, menawarkan diri untuk menjelaskan kepada masyarakat Melayu apakah masalahnya dengan DEB.Baru-baru ini Mat Sabu (gambar kanan) meluahkan pandangannya, yang agak pahit untuk ditelan PAS sendiri.  Beliau berkongsi pengamatan dirinya, bagaimana pelaksanaan Hudud tidak menjamin penyelesaian masalah keadilan sosial dalam masyarakat Islam, kemudian beliau mengambil negara Barat dan pemimpin golongan berfahaman kiri sebagai contoh - bagaimana integriti lebih ditekankan kedua-duanya, berbanding dunia Islam sekarang. 【Baca: Integriti: Barat dan puak kiri lebih ke depan berbanding dunia Islam sekarang, Mat Sabu】Saya terkagum melihat bagaimana pemimpin dengan usia 56 tahun berani membawa idea yang mencabar status quo, sama ada di luar mahupun dalam parti.  Tetapi sayap AMK yang mengehadkan umur anggotanya pada 35 tahun, gagal membawa gagasan idea yang berani dan progresif, mendepani zamannya.  Maknanya, apa yang muda dalam Angkatan Muda ini, selain usianya?Berdepan dengan KhairyPada hakikatnya Shamsul Iskandar telah memiliki jawapan dalam ucapan dasarnya ketika memangku Ketua AMK, dalam Kongres Nasional keempat di Seremban, Mei 2007.  Isunya antara elit pemerintah politik dan perniagaan dengan rakyat jelata.  Pukulannya tepat pada sasarannya, apabila mengulas bagaimana kenaikan faedah bank dan kenaikan kadar inflasi membebankan anak muda.Mungkin ada yang menarik nafas lega apabila Adi Putra tidak diundang ke Kongres Nasional AMK kali ini.  \"Tak tentu pasal\", demikianlah penilaiannya pada kongres lalu.  Sebagai penggantinya, Sasterawan Negara A. Samad Said dan pakar perlembagaan, Abdul Aziz Bari dijemput hadir ke Kongres Nasional Tahunan AMK kali ini.Ketokohan A. Samad terserlah dengan keberaniannya untuk menentang regim korup pada usia 76 tahun.  Berulang-kali A.Samad Said menyebut Perdana Menteri kita berasal dari golongan \"bangsawan\", dan pernah sekali beliau secara terbuka menyatakan bahawa \"Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan\".  Abdul Aziz Bari pula menjadi lambang mempertahankan kebebasan akademik baru-baru ini, apabila mengulas penggunaan kuasa yang membabitkan institusi Raja.  Kedua-dua tokoh ini tidak tunduk meskipun diserang bertubi-tubi oleh UMNO-Barisan Nasional.Bukankah ia sesuatu yang ironi, untuk dua orang tokoh ini tampil di kongres satu Angkatan Muda yang bukan sahaja tidak berani keluar dari \"zon selamat\", malah mencabar musuh politiknya untuk mengundur selangkah ke belakang?  Ironi yang sungguh memilukan!*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.442179 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list