CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 100|Reply: 0

‘Senjata rahsia’ Guardiola

[Copy link]
Post time 14-12-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
YOKOHAMA: Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola berkata, pendekatan \'waras’ adalah faktor utama di sebalik kejayaan menakjubkan di kelab juara Eropah itu dan menafikan ia berpunca daripada peranan taktik.\rKelab Sepanyol itu meraih kemenangan 3-1 ke atas Real Madrid di tempat lawan hujung minggu lalu untuk kembali merampas kedudukan selaku pendahulu liga, menghalang musuh ketat mereka itu daripada menjarakkan diri di persada liga.\r\n\n\n\n\rMengalih seketika tumpuan daripada cabaran liga domestik, Barcelona berdepan juara Asia, Al Sadd di separuh akhir Piala Dunia Kelab esok dan menjadi pilihan untuk mara.\r\r\n\n\n\n\nGuardiola, yang mengambil alih tugas pengendali di kelab gergasi Catalan itu pada 2008 berkata, tidak ada rahsia hebat di sebalik kejayaan dihasilkannya.\r“Benar, tiada apa-apa yang istimewa. Pertama sekali, saya percaya kepada sejarah Barcelona, yang juga sebuah kelab hebat dalam setiap aspek,” katanya.\r“Kemudian, ia hanyalah persoalan mengenai membeli pemain yang bagus dan menggabungkannya dengan pemain yang dibangunkan sendiri kelab ini, mengendalikan mereka dengan cara yang betul dan tidak takut memberi peluang kepada pemain muda beraksi apabila tiba detik sesuai.”\rDalam satu temubual, dia berkata: “Kami hanya cuba menggunakan kewarasan akal.\r\n\n\n\rAnda mahu tahu kenapa kami mampu kekal mencatat keputusan bagus? Jawapannya ialah kewarasan akal.”\rSebagai contoh, dia membenarkan pemain menghabiskan masa bersama keluarga pada malam sebelum sesuatu perlawanan berbanding tinggal di hotel sebagai pendekatan yang diamalkannya. - AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.498339 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list