CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 121|Reply: 0

POLISAS sedia khidmat perakaunan kepada usahawan Kuantan

[Copy link]
Post time 15-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
JABATAN Perdagangan, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) buat julung kalinya menganjurkan program Pemantapan Rekod Perakaunan Usahawan Daerah Kuantan yang mendapat kerjasama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Pahang.\rMajlis dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Mohlis Jaafar itu bertujuan membantu peniaga menyediakan rekod perakaunan yang betul bermula di peringkat penyusunan dokumen sumber hingga ke peringkat penyediaan penyata kewangan akhir.\r\n\n\n\n\rMohlis dalam ucapannya berkata, program itu diharap menjadi titik tolak dalam kalangan pelajar politeknik agar menjadi pelajar yang mampan, berkualiti dan berilmu bagi mendukung aspirasi negara mewujudkan modal insan yang cemerlang dan berdaya saing.\r\r\n\n\n\n\nBeliau berkata, semua ilmu dan pengalaman yang diperoleh secara praktikal itu sangat berguna kepada pelajar apabila memasuki alam pekerjaan kelak.\rSelain itu, program berkenaan turut meningkat dan membina kemahiran berkomunikasi, berfikir secara kritikal dalam menyelesaikan masalah, membina semangat kerja berpasukan serta menyemai semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar.\rProjek Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) itu berkonsepkan ‘memberi dan menerima’ yang dapat memberi faedah daripada kedua-dua belah pihak iaitu pelajar dan peniaga.\rSeramai 20 pelajar (2 lelaki dan 18 perempuan) tahun akhir Diploma Akauntansi POLISAS terbabit sebagai anak angkat kepada 10 peniaga di sekitar Kuantan untuk tempoh tiga bulan.\r\n\n\n\rAntara bidang keusahawanan yang terlibat meliputi bidang pembinaan, reka bentuk grafik dan percetakan, bengkel membaiki kenderaan, firma guaman dan jualan kosmetik. Setiap peniaga menerima dua anak angkat yang akan menjalani latihan di premis perniagaan pada hujung minggu iaitu selama enam hari dalam sebulan bagi membantu peniaga dari segi tatacara rekod kewangan dan akaun yang betul di samping memberi pendedahan kepada pelajar mengenai selok-belok dunia perniagaan dan keusahawanan.\rPelajar semester enam bidang perakaunan, Effa Haslinda Hasrol, 20, berkata menerusi program itu beliau berpeluang mengaplikasi ilmu perakaunan yang dipelajari selama tiga tahun di POLISAS bagi membantu premis perniagaan Galaxy Spect Beauty yang juga pengeluar produk minyak wangi jenama GS Perfume dan produk kesihatan menyediakan penyata kewangan yang lebih tersusun.\r“Selain dapat mengaplikasi ilmu perakaunan yang saya pelajari selama tiga tahun pengajian di POLISAS, saya juga dapat membantu premis perniagaan mengatur akaun mereka dengan lebih sistematik.”\r“Saya juga sangat teruja untuk menyertai program CSR ini yang pastinya banyak memberi pengalaman dan pengetahuan baru khususnya dalam bidang perniagaan”, katanya ketika ditemui dalam majlis Perasmian Program Pemantapan Rekod Perakaunan Usahawan Daerah Kuantan.\rPemilik Syarikat Garage One Services, Mohd Hishamuddin Din, berkata gandingan ilmu kedua-dua belah pihak antara pelajar dengan peniaga dapat saling bertukar-tukar fikiran dalam mewujudkan dokumentasi kewangan bengkel miliknya yang lebih efisyen.\rBeliau berkata, terdapat perancangan untuk menyerap pelajar di situ untuk terus bekerja di syarikatnya yang juga bengkel membaik pulih kenderaan terletak di Kawasan Perindustrian Mahkota, Bandar Indera Mahkota, Kuantan setelah mereka menamatkan pelajaran kelak. Kemahiran berkomunikasi, berfikir secara kritikal dalam menyelesaikan masalah, membina semangat kerja berpasukan serta menyemai semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.050091 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list