CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 151|Reply: 0

Agreenium pusat sehenti bidang pertanian di Perancis

[Copy link]
Post time 20-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
WALAUPUN lebih terkenal kerana teknologi tinggi seperti kereta api laju TGV, Perancis sebenarnya juga maju dalam bidang pertanian seperti sains pertanian atau kejuruteraan pertanian.\rSebagai contoh CIRAD (Centre de Coop閞ation Internationale en Recherche Agronomique pour le D関eloppement) adalah institusi penyelidikan terkehadapan dalam pertanian tropika.\r\n\n\n\n\r  Selain itu, INRA (Institut National de la Recherche Agronomique) pula, mempunyai sejarah panjang dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) pertanian di Eropah.\r\r\n\n\n\n\n  CIRAD dan INRA kini bergabung dengan empat institusi pendidikan tinggi dalam bidang pertanian beroperasi di bawah naungan agensi tunggal, Agreenium.\rPengarah Agreenium, Prof Stephane Guilbert, berkata gabungan dua institusi penyelidikan dan empat institut pendidikan tinggi berkenaan memberi peluang 5,150 penyelidik dan jurutera serta 600 pensyarah memperkasakan aktiviti R&D mereka.\rKatanya, Agreenium menjadi pusat sehenti kepada pengajaran dan penyelidikan dalam veterinar, sains makanan, akuakultur, perhutanan dan dasar makanan serta alam sekitar.\rBeliau berkata, kini ada lebih 4,700 pelajar mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana di empat institut pendidikan tinggi Agreenium, manakala lebih 2,200 lagi pelajar doktor falsafah (PhD) dengan satu pertiga adalah siswa antarabangsa.\r\n\n\n\r\"Agreenium menawarkan kira-kira 200 program sarjana dan 15 PhD,\" katanya ketika ditemui di sini, Paris, baru-baru ini.\rSelain CIRAD dan INRA, empat institut pendidikan tinggi di bawah Agreenium ialah AgroParisTech, Agrocampus Quest, Montpelier SupAgro dan Intitut National Polytechnique of Touluose.\rSementara itu, Pengarah Hubungan Antarabangsa Agreenium, Christian Hoste, berkata pelajar atau kakitangan agensi penyelidikan di Malaysia boleh menyambung pengajian peringkat sarjana muda, sarjana atau PhD di mana-mana satu daripada empat institut pendidikan tinggi di bawah Agreenium.\rKatanya, pelajar berkenaan berpeluang menggunakan kemudahan R&D di CIRAD atau INRA kerana semua institusi di bawah Agreenium berkongsi kemudahan fizikal dan sumber manusia.\rBeliau berkata, program PhD dijalankan dalam bahasa Inggeris manakala program sarjana dan sarjana muda memerlukan penguasaan bahasa Perancis dan kelayakan akademik yang ditetapkan.\r“Di Malaysia sudah ada penyelidik CIRAD yang ditempatkan di Felda untuk bidang tanaman kelapa sawit dan pegawai berkenaan juga bertugas di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dalam bidang perhutanan.\r“CIRAD turut menjalankan penyelidikan di Universiti Putra Malaysia untuk bidang sains dan dasar makanan,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.050533 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list