CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 112|Reply: 0

Tak boleh dedah pelaku sihir

[Copy link]
Post time 2-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Islam larang buat tuduhan apatah lagi tanpa bukti ALHAMDULILLAH. Kita baru saja menyambut kedatangan tahun baru 2012 dan semoga azam serta perancangan direncanakan sepanjang tahun ini dapat dilaksanakan sebaik supaya  tidak tinggal sekadar azam apabila 2012 melabuhkan tirai. Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah tidak ketinggalan merancang  penambahbaikan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat. Semoga usaha gigih kami mampu memberi manfaat serta kebaikan kepada semua.\rMemartabatkan al-Quran serta ilmu terkandung di dalamnya terus menjadi matlamat perjuangan pusat rawatan ini dan syukur  kerana usaha  disokong umat Islam ini sedikit sebanyak  meningkatkan jumlah celik al-Quran serta mereka yang semakin akrab dengan wahyu Allah.\r\n\n\n\n\rTidak dinafikan, berdasarkan laporan semasa, masih ada yang cenderung kepada ilmu bertentangan syariat Islam yang jelas hanya menjurus umat Islam kepada kemusnahan serta kemurkaan Allah. Justeru, sebaiknya sikap itu diubah supaya kita tidak terus tersasar daripada landasan kebenaran. Pengalaman berdepan  mereka yang mengamalkan ilmu pelik kerana inginkan kuasa atau mendapat apa dihajati; ada yang menjadi gila dan fikiran tidak betul. Ia  gara-gara salah menuntut ilmu yang biasanya dikaitkan dengan makhluk halus.\r\r\n\n\n\n\nIlmu yang menyimpang daripada Islam  boleh mendatangkan kesan buruk khususnya terhadap iktikad atau keimanan  kepada Allah. Selebihnya, ia memberi kesan negatif dalam kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat. Contohnya, dalam sesetengah kes  sihir, ada  pihak yang menerima rawatan dimaklumkan siapakah  kononnya menganiaya mereka sehingga melahirkan perasaan marah, tidak puas hati serta dendam.\rAkibatnya, hubungan sesama manusia tercalar atau  benci terus menebal walaupun    tiada bukti  orang itu menganiaya kita. Hanya kerana  dimaklumkan pihak tertentu, kita terus dipengaruhi dengan kepercayaan itu. Bagaimana jika dakwaan itu salah. Pastinya pihak dituduh yang tidak tahu hujung pangkal berasa hairan dan kita yang menuduh pula terus dibayangi rasa marah. Kesempatan  ini memudahkan syaitan yang berjanji  menyesatkan manusia meneruskan usahanya.\rDalam etika perubatan Islam,  salah bagi pengamal  mendedahkan  pihak tertentu sebagai orang yang melakukan sihir.  Sebagai manusia  serba kekurangan kita tiada kemampuan yang membenarkan  menuding jari terhadap pihak lain lebih-lebih lagi tanpa bukti kukuh.\rSaya sering ingatkan mereka yang mendapatkan rawatan bahawa  ujian  Allah  ada sebab musababnya dan inilah masa untuk kita bermuhasabah. Mungkin Allah  mahu menguji sejauh mana keimanan  kepada-Nya, itu tanda kasih  Allah yang mahu kita terus meningkatkan tahap keimanan.\r\n\n\n\rTidak mustahil juga ujian itu akibat sikap  lalai dan bagi menyedarkan kita, Allah menimpakan dugaan sesuai dengan kemampuan kita. Jika benar ujian itu disebabkan perbuatan pihak lain, ia ujian untuk kita dan pihak satu lagi atas sebab yang hanya Allah mengetahuinya. Sebagai hamba yang yakin dengan kasih sayang Allah, setiap kesenangan dan kesusahan perlu dihadapi dengan ikhlas dan jangan berputus asa berdoa semoga ujian itu ditarik balik. Usaha, doa dan tawakal menjadi senjata kita semua.\rKita tidak boleh menyangkal wujudnya usaha generasi dulu mempelajari pelbagai  ilmu dengan tujuan tertentu  sebagai pendinding menjaga keselamatan diri. Itu bukan sesuatu yang perlu kita halalkan kerana kebanyakan caranya menyalahi  syarak. Sepatutnya antara kita dengan Yang Maha Berkuasa tidak perlu  perantara.\rOleh itu, setiap apa dibuat hendaklah selari dengan ikrar kita kerana mencari reda Allah dan menyerahkan segalanya kepada kekuasaan Allah. Andai, ada  keluarga  mengamalkan ajaran menyalahi hukum agama, kita bantu  kembali kepada ajaran Islam  sebenar.\rAmir meriwayatkan daripada Masruq bahawa Aisyah berkata maksudnya: “Sudah bercerita Rasulullah SAW dengan isterinya sebuah cerita pada suatu malam. Lantas  seorang isteri Baginda berkata: “Wahai Rasulullah! Cerita itu cerita khurafat. Rasulullah bertanya: Tahukah kamu apa itu khurafat? Seterusnya Baginda bersabda: Sesungguhnya Khurafat adalah seorang lelaki  suku ‘Uzrah sudah disembunyikan makhluk jin pada zaman jahiliah. Maka dia hidup bersama mereka dalam satu tempoh yang lama. Kemudian lelaki itu kembali kepada kaumnya, beliau menceritakan pelbagai peristiwa dan kejadian  aneh dan menakjubkan yang pernah disaksikan dan dialami ketika  bersama  kelompok jin itu. (Mendengar cerita itu), orang ramai berkata: Ini adalah cerita khurafat.” (Hadis riwayat Ahmad)\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.427352 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list