CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 193|Reply: 0

Talian e-Sumbangan

[Copy link]
Post time 4-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
ORANG ramai yang memiliki bahan bersejarah dan berkepentingan negara boleh menggunakan sistem dalam talian, e-Sumbangan yang dibangunkan Arkib Negara Malaysia untuk menyumbang bahan berkenaan bagi simpanan kekal.\rArkib Negara Malaysia dalam kenyataan di laman webnya berkata, bahan yang boleh disumbangkan adalah dalam bentuk gambar dan dokumen seperti surat-menyurat, buku catatan harian dan poster serta rakaman video dan audio.\r\n\n\n\n\r“Kriteria bahan yang boleh disumbangkan ditentukan oleh nilai bahan, iaitu mempunyai rujukan, sejarah, peristiwa, budaya, pentadbiran, agama, sosial dan politik.\r\r\n\n\n\n\n“Ia juga berdasarkan ketulenan dan keaslian bahan terutama dalam media kekal, selain keunikan bahan yang ditentukan oleh faktor sukar diperoleh serta unik daripada segi konteks, jenis, rupa bentuk, rekaan dan usia bahan,” kata kenyataan itu.\rKenyataan itu berkata, kriteria bahan yang disumbangkan juga dilihat pada keadaan fizikalnya, iaitu berkeadaan baik, tulisan boleh dibaca, terang, jelas, boleh didengar dan ditayang serta tahap kerosakan yang minimum.\r“Bagi memperkayakan koleksi Arkib Negara Malaysia, orang ramai dialu-alukan untuk menyumbang bahan bersejarah supaya dapat disimpan dan dipelihara bagi tujuan rujukan serta penyelidikan oleh generasi kini dan akan datang.\r“Bagaimanapun, sekiranya bahan yang disumbangkan tidak menepati kriteria yang ditetapkan, Arkib Negara Malaysia berhak menolak sumbangan itu,” kata kenyataan itu.\r\n\n\n\rArkib Negara Malaysia ditubuhkan pada 1 Disember 1957 dengan nama Pejabat Rekod Awam yang diubah nama kepada Arkib Negara Malaysia pada 1963, sekali gus bermatlamat memelihara rekod negara yang bernilai, menyedia perkhidmatan rujukan dan kemudahan penyelidikan.\rMaklumat lanjut hubungi Seksyen Perolehan, Arkib Negara Malaysia di talian 03-20722663; faks 03-20722664; e-mel [email protected] atau lawati laman web www2.arkib.gov.my/sumbangan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.448279 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list