View: 150|Reply: 0
|
Selangor tidak gentar: Irfan
[Copy link]
|
|
Jumpa juara baru Piala Sultan Ahmad Shah pada perlawanan sulung\rTIADA rasa gusar buat jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim apabila membimbing pasukan berdepan juara baru Piala Sultan Ahmad Shah 2012, Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada aksi sulung Liga Super, malam ini.\r\n\n\n\n\r Malah, bekas pengendali Terengganu itu yakin membawa pulang mata penuh sambil langsung tidak gerun dengan kelibat penyerang import lawan, Jean Emmanuel Effa Owona.\r\r\n\n\n\n\n “Saya menonton perlawanan sumbangsih, Sabtu lalu dan dapat mengenalpasti apa kelemahan Negeri Sembilan. Saya yakin dengan kebolehan pemain sendiri untuk menang esok (hari ini).\r“Saya tak nafikan Negeri Sembilan pasti semakin bersemangat selepas menang dengan Kelantan tetapi pada perlawanan itu, kelebihan fizikal Effa gagal disaingi pertahanan Kelantan yang agak goyah.\r“Saya yakin Ramez Dayoub (import dari Lubnan) dan Nasriq Baharom dapat mengekang Effa. Cuma kita jangan biarkan S Kunanlan dan Shahurain Abu Samah bergerak bebas,” kata Irfan ketika ditemui selepas majlis penyerahan kontrak pemain Selangor di Shah Alam, pagi semalam.\rNamun, penyerang import dari Congo, Lelo Mbele masih tidak dapat diturunkan Selangor, malam ini kerana belum cukup cergas dan Irfan bakal mempertaruhkan kapten, Amri Yahyah mengetuai jentera serangan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|