CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 122|Reply: 0

Man City sedia rayu

[Copy link]
Post time 11-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MANCHESTER: Manchester City mengemukakan rayuan kepada Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris kelmarin sebagai usaha mengubah keputusan kad merah yang dilayangkan terhadap Vincent Kompany ketika mereka tewas kepada Manchester United.\rDalam satu kenyataan ringkas, kelab pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berkata rayuan itu akan didengar sebelum perlawanan separuh akhir Piala Liga menentang Liverpool di Eastlands, hari ini.\r\n\n\n\n\r   Jika rayuan itu ditolak, City tidak dapat menurunkan bintang pertahanannya itu untuk kedua-dua pusingan perlawanan separuh akhir serta perlawanan liga menentang Wigan dan Tottenham.\r\r\n\n\n\n\n   Kompany secara kontroversi terus dilayangkan kad merah oleh pengadil, Chris Foy pada minit ke-12 ketika   City tewas 3-2 kepada United di laman sendiri pada pertembungan pusingan ketiga Piala FA Ahad lalu kerana menerjah menggunakan dua kaki terhadap Nani, walaupun dia merebut bola secara bersih.\rCity ketika itu ketinggalan 1-0 hasil jaringan Wayne Rooney dan kemudian ketinggalan 3-0 sebelum waktu rehat menerusi jaringan Danny Welbeck dan gol kedua Rooney.\rWalaupun beraksi dengan 10 pemain, City bangkit merapatkan jurang pada babak kedua menerusi Aleksandar Kolarov dan Sergio Aguero tetapi ia tidak cukup untuk menghalang kekalahan - peringkat di mana pasukan utama menyertai saingan Piala FA itu – dan meranapkan impian mempertahankan kejuaraan selepas menewaskan Stoke pada final musim lalu.\rPengurus City, Roberto Mancini mendakwa penyerang United, Wayne Rooney mempengaruhi Foy untuk melayangkan kad merah terhadap Kompany – dakwaan yang dinafikan sepenuhnya penyerang England itu. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.096249 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list