|
LONDON: Crystal Palace mengorak satu lagi langkah penting menghampiri final Piala Liga selepas menang 1-0 ke atas pencabar dari Liga Kejuaraan, Cardiff City di laman sendiri di Selhurst Park, kelmarin.\rBekas pertahanan Tottenham, Anthony Gardner menjaringkan gol tunggal dan gol pertamanya untuk tempoh lebih setahun, dua minit sebelum waktu rehat bagi memberikan Palace yang mencipta kejutan menewaskan Manchester United di suku akhir, pendahuluan menjelang aksi timbal balik di Cardiff, 24 Januari ini.\r\n\n\n\n\r “Kami perlukan prestasi yang bagus di laman sendiri dan memastikan kami bersiap sedia untuk perlawanan timbal balik,” kata Gardner.\r\r\n\n\n\n\n “Ia adalah perlawanan yang tegang, anda boleh lihat di luar sana, ia perlawanan yang ganas, seperti kami mereka juga mahu menang.\r“Apabila anda memiliki Darren Ambrose di sana, dia sentiasa ingin memastikan wang yang dibelanjakan untuk mendapatkannya berbaloi, sepakan percumanya berbahaya.”\rCardiff dari Wales hampir menyamakan kedudukan apabila Kenny Miller menanduk masuk sepakan sudut tetapi pengadil membatalkan gol itu.\rPemenang perlawanan itu akan menentang gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), sama ada Manchester City atau Liverpool, yang bertemu untuk perlawanan pertama separuh akhir awal pagi tadi bagi menempah aksi final di Stadium Wembley, 26 Februari depan. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|