CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1905|Reply: 6

Mafia jadi 'bank' terbesar

[Copy link]
Post time 12-1-2012 11:27 AM | Show all posts |Read mode



ROME 11 Jan. - Kumpulan jenayah terancang mafia muncul sebagai 'bank' terbesar Itali apabila ia menawarkan pinjaman wang kepada beribu-ribu syarikat kecil negara ini, sekali gus meraih keuntungan berkali ganda ketika krisis ekonomi melanda Eropah.
Menurut satu laporan oleh kumpulan anti jenayah, SOS Impresa, kegiatan pinjaman wang haram itu kini dilihat sebagai bantuan 'kecemasan negara'.
Laporan itu menyatakan, kumpulan jenayah terancang tersebut mengaut perolehan kira-kira 140 bilion euro (RM561 bilion) setahun dan keuntungan lebih 100 bilion euro (RM400 bilion).
"Dengan dana kecairan sebanyak 65 bilion euro (RM260 bilion), mafia kini merupakan 'bank' utama Itali," jelas kenyataan daripada kumpulan tersebut yang diwujudkan 10 tahun lalu di Palermo untuk membanteras kegiatan pemerasan terhadap syarikat-syarikat kecil.
Kumpulan jenayah terancang mafia seperti Cosa Nostra dari Sicily, Camorra di Naples atau 'Ndrangheta dari Calabria telah lama mempengaruhi ekonomi Itali, menjana keuntungan bersamaan tujuh peratus daripada keluaran negara.
Menurut laporan itu, kegiatan pinjaman wang haram yang melampau itu telah menjadi sumber kewangan yang mendatangkan keuntungan lumayan kepada kumpulan mafia selain pendapatan daripada perdagangan dadah, penyeludupan senjata, pelacuran, perjudian dan pasaran gelap.
"Kumpulan mafia ini turut bekerjasama secara sulit dengan golongan profesional peringkat tinggi," jelas laporan itu.
Laporan sama turut mendedahkan, kira-kira 200,000 perniagaan kini terjebak dengan pinjaman mafia yang mengakibatkan beribu-ribu pekerja hilang mata pencarian mereka.
Katanya, kegiatan itu semakin menjadi-jadi apabila syarikat kecil memilih untuk meminjam dengan mafia berikutan kesukaran mendapatkan pinjaman daripada bank semasa kemelesetan ekonomi. - REUTERS       
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2012 11:27 AM | Show all posts
Pekida Samseng Malaysia bila nak tubuh Bank sendrik??
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2012 09:44 PM | Show all posts
kalo tak mampu nak langsaikan hutang segala... mau dia hantar orang utk membunuh pemiutang tue
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 02:42 AM | Show all posts
bla plak nak tubuhkan 1 MESIA BANK AHLONG
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 02:29 PM | Show all posts
he,he.....tul tu bila gaknya Bank Ahlong Berhad akan dibuka....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 05:29 PM | Show all posts
Bank AhLong? {:4_502:}

Slama ni bank bukan AH Long ker? Interest on loan. Sama dengan jer.

Bank adalah Ah Long yg diberi tauliah oleh pemerintah. Nama lain bg bank ialah Ah Leng. Kah3
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2012 01:23 AM | Show all posts
Bank AhLong?

Slama ni bank bukan AH Long ker? Interest on loan. Sama dengan jer.

Ban ...
muda_nerq Post at 13-1-2012 04:29 PM


kalu xde interest, depa nk dpt untung celah mana. along punya interest melampau2, tu bezanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.140123 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list