|
Azzuddin minta MB Terengganu tenang, keputusan pemain import hari ini\"SAYA minta semua pihak tenang dan bersabar,\" kata Datuk Azzuddin Ahmad sebagai mengulas isu tindakan drastik Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mahu menyaman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).\n\n\n\n Setiausaha Agung badan induk itu menambah Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM akan mengadakan satu mesyuarat khas, hari ini bagi membincangkan perkara berbangkit menyentuh isu pemain import yang menjadi kecoh besar ketika ini.\n\n\n\n\n\n “Jadi buat masa ini, kami tidak mahu beri apa-apa komen. Segala persoalan akan diperjelaskan secara panjang lebar pada sidang media selepas mesyuarat itu,” kata Azzuddin ketika dihubungi, semalam.Apapun, bicara pemerhati bola sepak tanah air ketika ini adalah isu ini sebenarnya tidak akan menjadi besar andai Ahmad diberi penjelasan dengan gambaran interpretasi yang betul daripada pegawai tertinggi Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), termasuk presidennya, Datuk Che Mat Jusoh.Semalam, akhbar melaporkan kenyataan Ahmad yang mahu menyaman FAM kerana tidak puas hati apabila dua pemain import Terengganu - Francis Doe Forkey dan Erison Da Silva Santos Carnietto - tidak dibenarkan beraksi untuk Liga Super yang bermula Selasa lalu.Pendirian FAM hanya akan diketahui petang ini selepas perbincangan membabitkan Pengerusi JKPT FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin bersama timbalannya, Datuk Afandi Hamzah serta lapan ahli jawatankuasa - Datuk Dr Omar Othman, Rosman Mohd Ibrahim, Alijus Sipil, Dali Wahid, Zulkefly Alias, Azlan Johar, Faisal Zakariah dan termasuk juga Setiausaha PBSNT, Abdullah Salleh.\n\n\nNamun, Ahmad dan PBSNT bertegas menegakkan kebenaran mereka biarpun hanya merujuk Perkara 4.2 dalam surat pekeliling dikeluarkan FAM bertarikh 23 Disember 2011 tanpa membaca atau merujuk keseluruhan kandungan surat itu, sekali gus menimbulkan kekeliruan di pihak mereka.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|