CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 202|Reply: 0

T-Team lonjak dalam diam

[Copy link]
Post time 15-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
DALAM diam-diam, pasukan berstatus kelab, T-Team sudah berjaya merakamkan kemenangan kedua berturut-turut untuk mendapatkan cengkaman awal dalam saingan Liga Super, musim ini.\rSemalam, pasukan bimbingan Yunus Alif tampil menyajikan satu lagi persembahan bertenaga untuk menewaskan Kuala Lumur 3-0 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput Melaka untuk mengutip enam mata sambil memberi amaran kepada pasukan elit lain mereka sudah menemui rentak untuk menerajui liga.\r\n\n\n\n\r  Selasa lalu, T-Team yang sebelum ini bersama pasukan abang, Terengganu mengancam mahu menarik diri daripada Liga Super gara-gara isu pemain import, menewaskan Kedah 3-0 di Alor Setar.\r\r\n\n\n\n\n  Bagi Kuala Lumpur yang beraksi tanpa kelibat awang import mereka tetap memperaga aksi cemerlang pada babak kedua perlawanan walaupun anak didik Razip Ismail agak tenggelam pada saingan babak pertama.\rSelepas mensia-siakan sekurang-kurangnya empat peluang untuk membocori gawang lawan T-Team akhirnya membuka tirai jaringan pada minit ke-30 hasil jaringan ketua pasukan, Zairo Anuar untuk mendapat sedikit keselesaan mendominasi babak pertama.\rSelepas rehat, wakil dari Terengganu itu menyentap cabaran Kuala Lumpur dengan gol kedua menerusi  Zacharia Simukonda yang melonjak tinggi menanduk masuk pada minit ke-69 sebelum Zairo sekali lagi meledak jaringan pada minit ke-79 untuk gol ketiga pasukan.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.056609 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list