CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2099|Reply: 8

Amah didiskriminasi di Chile

[Copy link]
Post time 26-1-2012 10:12 PM | Show all posts |Read mode

DUA penunjuk perasaan yang membantah diskriminasi terhadap amah menyertai tunjuk perasaan di Chicureo, Chile pada Sabtu lalu.



SANTIAGO, Chile - Sudahlah bergaji kecil dan dibebani waktu kerja yang panjang, nasib pembantu rumah di Amerika Selatan lebih malang apabila mereka turut didiskriminasi oleh majikan.
Di rantau berkenaan, pembantu rumah perlu memakai pakaian seragam dan menaiki bas pekerja untuk ke rumah majikan mereka.
Kegagalan berbuat demikian menyebabkan mereka tidak dibenarkan memasuki kediaman tempat mereka bekerja seperti yang pernah berlaku kepada seorang pembantu rumah di Chile, Felicita Pinto.
Amah warga tempatan berusia 57 tahun itu diusir selepas dia berjalan kaki ke rumah majikannya kerana kelewatan bas pekerja.
Pekerja domestik juga tidak dibenarkan berenang bersama majikan di kolam mandi atau di laut semasa perkelahan.
Di bandar Raya Mexico pula sebahagian restoran mewah melarang pembantu rumah daripada makan semeja dengan majikan mereka.
Malah, pihak pengurusan beberapa bangunan tinggi di kota metropolitan tersebut melarang amah daripada menggunakan lif orang awam.
Situasi itu menyebabkan golongan amah mengadakan tunjuk perasaan di Chicureo, Chile pada Sabtu lalu. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2012 10:13 PM | Show all posts
mai la keje kat malaysia.. Boleh jadi hidangan mata suami-suami
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 11:49 PM | Show all posts
pergh. hina sangat ke keje jadi amah ni smpi di hina mcm tuh skali
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 08:20 AM | Show all posts
setuju bab pakai baju seragam je... yang lain-lain tu, teruk sangat didiskriminasi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 09:32 AM | Show all posts
macam cerita The Help tu...pakai seragam, gi kerja naik bas
tp tu tahun 40an kot....huhuhu

maid-maid indon, bersyukurlah!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 05:09 PM | Show all posts
tu lah...pagi aku bekfas ngan laki aku... pastu nampaklah ada cina ni bekfas ngan amah dia... rilek jek.. leh borak2 cam kengkawan jek.. jarang tengok situasi camtu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2012 08:53 PM | Show all posts
kepada maid maid indong tu... kalo terbaca or tau nasib maid maid kat amerika latin tue... bersyukur ler yerrrr.... kerana dapat bekerja kat malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 10:31 PM | Show all posts
ada juga undang2 mcm tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2012 12:07 AM | Show all posts
wah....memang tahap gaban punya diskriminasi.....
mereka pun manusia gak.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.826492 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list