View: 2865|Reply: 5
|
Puerto Rico mahu eksport daging iguana
[Copy link]
|
|
SAN JUAN, Puerto Rico - Pemerintah pulau ini mengumumkan rancangan untuk menghapuskan sebanyak mungkin iguana yang boleh dan mengeksport daging reptilia berkenaan.
Jabatan Sumber Alam Semulajadi Puerto Rico, Daniel Galan Kercado berkata, terdapat lebih banyak iguana berbanding penduduk di wilayah jajahan Amerika Syarikat (AS) berkenaan iaitu sekitar 4 juta ekor.
"Iguana mendatangkan masalah besar kepada penduduk pulau ini. Reptilia ini perlu ditangani," kata Kercado dalam satu wawancara kelmarin.
"Iguana merosakkan struktur, ekonomi, pelbagai jenis tanaman pertanian seperti pisang, mangga dan laici serta ekosistem Puerto Rico," tambahnya.
Menurut Kercado, pihaknya akan melatih ramai sukarelawan untuk menangkap reptilia itu yang boleh membesar sehingga sepanjang 1.8 meter dan hidup selama 20 tahun.
Daging iguana mempunyai permintaan tinggi di AS terutamanya dalam kalangan komuniti Latin dan imigran Asia dengan ia dijual pada harga mencecah AS$6 (RM18) untuk 450 gram, jauh lebih tinggi daripada sekilogram daging ayam. - AP |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
eeerrkkk...
nama pun 'haiwan perosak...'...lagi nak makan kee...? |
|
|
|
|
|
|
|
seekor iguana di Pet Wonderland Midvelli beharga RM125 seekor.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia makan tumbuhan dan sayuran,xde taring,halal kot.tapi tengok cara sembelih.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|