CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56110|Reply: 229

ADAPTASI NOVEL ANIS AYUNI: BAYANGAN RINDU

[Copy link]
Post time 7-2-2012 12:12 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by fukadaminchi at 23-2-2012 12:54

Salam all.. satu lagi drama yg diadaptasi dari novel tulisan Anis Ayuni akan disiarkan di Astro Warna terbitan Global Station. Walaupun cuma telefilem ber durasi 2 jam, di harap drama ini sama hebat seperti drama Gemersik Kalbu yang juga idea asal novelis Anis Ayuni.


Jom meriahkan thread dengan hasil pembacaan korang novel Bayangan Rindu dan memberi idea siapa pelakon yang sesuai untuk watak2 utama drama ni.


Anis Ayuni dah beri keizinan untuk discuss dan dia akan forward kepada Global Station untuk dinilai & difikirkan. Enjoy!!



Sinopsis Bayangan Rindu

Kisah cinta Iddya yang penuh pahit manis. Cinta pertamanya dengan Baein, teman sekelasnya tidak kesampaian apabila pemuda itu mengalih cinta kepada gadis lain.

Biarpun kecewa, Iddya tabah menghadapi dugaan ini. Pertemuan dengan Luthfi pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam. Tetapi ikatan itu terputus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan pada diri Iddya.

Pada Umar Aisy, bekas teman sekolahnya, dia mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba. Lelaki itu sentiasa memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan.

Apakah Iddya akan menemui cinta sejatinya selepas ini? Siapakah lelaki yang bertuah itu?

Pepatah ada mengatakan, gadis yang baik akan bertemu jodoh dengan lelaki yang baik juga.




sinopsis belakang buku:


Rasa aneh, tapi bahagia yang menderu bagai angin lalu menyapa hati Iddya tatkala dia duduk bertemankan Umar Aisy di bawah pohon jacaranda. Namun perasaan itu diabaikan begitu sahaja kerana ketika itu hatinya dibuai rasa cinta terhadap Baein, yangjuga teman sekelasnya. Andaian Iddya; cinta anak-anak sekolah tidak akan sampai ke mana terbukti benar apabila Baein mengalih cinta kepada gadis lain.


Pertemuan dengan Lufti pula melahirkan rasa cinta yg begitu mendalam. Tapi malangnya ikatan itu terputus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan kepada dirinya. Lalu Iddya mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba di depan Umar Aisy yang tak jemu-jemu memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan perasaan.


Umar Aisy: Penantian satu penyeksaan, tapi indahnya tetap ada. I akan terus menunggu sampai I pasti 'dia' bukan jodoh I.


Iddya: Aku sendiri tidak pernah berhenti berharap agar kau menyambut salam kasihku. Tapi aku lebih rela mengurung impian ini daripada tidak tahu di mana hendak aku sembunyikan muka andai kau menolak cintaku. Aku bimbang kelak mungkin kau akan berkata; tak dapat memakna cinta dengan Lufti dan cinta Baein pulak sudak kecurian, barulah aku berpaling kepadamu mencari cinta.


Que sera, sera. Whatever will be... will be... The future's not ours to see. Que sera, sera. What will be... will be.





Last edited by eddlisa_uyuk on 12-7-2013 01:38 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2012 12:13 AM | Show all posts
Post Last Edit by fukadaminchi at 17-3-2012 16:20

Cadangan pelakon utama pilihan forumer.

Iddya:  

Gadis manis, berusia awal 20-an. Kisah cintanya penuh tragis & keliru dengan perasaan sendiri antara cinta kepada kekasih atau hanya sayang sebagai kawan (Umar Aisy)


1.         Linda Hashim (PILIHAN UTAMA)

2.         Tizz Zaqyah

3.         Nur Fathia

4.         Intan Nor Saina (Uddy Geng Surau)

5.         Wawa Zainal (Ana Lu'lu)

6.         Anis al-Idrus (Zu Gemersik Kalbu)

7.         Izara Aisyah



Umar Aisy:

Teman baik Iddya sejak dibangku sekolah. Berdarah kacukan Cina-Thai-Inggeris, & memeluk Islam semasa belajar di UK. Menyintai Iddya dalam diam.


1.        Izzue Islam (PILIHAN UTAMA)

2.        Aiman Hakim Ridza (vanila coklat)

3.        Aqasha

4.        Shaheizy Sam

5.        Muniff Isa

6.        Zul Ariffin

7.        Dazrin Kamarudin



Luthfi:  

Lelaki berusia 35 tahun, duda kematian isteri & anak perempuan. Seorang doktor gigi yang kacak serta memiliki sikap tenang & menyenangkan.


1.         Fezrul Khan

2.         Fahrin Ahmad

3.         Zul Huzaimy

4.         Adi Putra

5.         Azhan Rani



Baien:

Lelaki kacak menggoda, bijak & popular dikalangan rakan2 sekolah. Merupakan cinta monyet Iddya yang akhirnya meninggalkan Iddya kerana wanita lain, tetapi setelah bertahun-tahun dia menagih kembali cinta Iddya.


1.         Hairul Azreen (adik asmara)

2.         Aeril Zafrel  (Ramadhan Terakhir)

3.         Azlee Khairi

4.         Nazim Othman

5.         Afiq Muiz (Aishiteru)

6.         Fizo Omar

7.         Talha Harith



* cadangkan nama pelakon yang sesuai, cadangan nama pelakon akan ditambah di atas.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2012 12:13 AM | Show all posts
reserveeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 12:40 AM | Show all posts
cek in....

selamat mencarik calon....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2012 12:44 AM | Show all posts
cek in....

selamat mencarik calon....
adifrs Post at 7-2-2012 00:40



   tak pernah baca ek novel ni?
kalau pernah baca mesti pandai cari colan2 nya
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 02:05 AM | Show all posts
cek in.. xpnh baca novel die................cemana nak gambar kan sape yg sesuai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2012 10:15 AM | Show all posts
pnh bace novel nih tp iols dah lupe r!!! kne refresh otak balik nih!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 02:19 PM | Show all posts
untuk watak umar aisy, aku cadangkan pelakon cina yg jadi suami amani dlm mukhsin..
watak alan ke?aku dah lupa...
kalu boleh nak betul2 cina supaya kita tak mengutuk hokey...

lutfi, kalau boleh pelakon dh berusia sbb dia jauh byk tahun drpd iddya...
calon kt atas boleh diterima, tambah fahrin ahmad, adi putra

watak iddya kalau boleh amik pelakon baru...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2012 02:29 PM | Show all posts
mcm best jer citernyeee...vote 4aiman hakim ridza utk hero boleh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2012 02:35 PM | Show all posts
untuk watak umar aisy, aku cadangkan pelakon cina yg jadi suami amani dlm mukhsin..
watak alan ke?a ...
mijot Post at 7-2-2012 14:19



   tolong confirmkan nama pelakon mukhsin tu.. tak kenal la.. yg lain2 dah tambah kat atas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2012 02:38 PM | Show all posts
mcm best jer citernyeee...vote 4aiman hakim ridza utk hero boleh?
shiraloveyou Post at 7-2-2012 14:29



   amir vanila cokelat kan? ok jugak.. dia berlakon pon ok
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 03:09 PM | Show all posts
bagi aku :
Iddya ; wawa zainal
Umar aisy : sharnaaz
Luthfi : adi putra
Baien : Fizo / aeril zafrel
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2012 03:28 PM | Show all posts
bagi aku :
Iddya ; wawa zainal
Umar aisy : sharnaaz
Luthfi : adi putra
Baien : Fizo / aeril zafr ...
Kara Post at 7-2-2012 15:09



   sharnaaz? err.. tak mcm mix cina-thai-eng laa.. lain2?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 04:25 PM | Show all posts
watak pompan yg brlakon geng surau tuh.. uddy tuh bleh x.. die pun mcm okey gak belakon..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 04:26 PM | Show all posts
tak pernah baca novel ni, tapi nak calonkan jugak pelakon-pelakon yang dirasakan sesuai, selain daripada yang dah ada dalam senarai.

cerita ni bermula daripada zaman sekolah hingga ke alam dewasa ke? kalau macam tu kena cari pelakon yang jadi budak sekolah sesuai, jadi orang dewasa pun sesuai.

Iddya :
- Nur Fathia

Baien:
- Nazim Othman
- Azlee Khairi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2012 04:38 PM | Show all posts
watak pompan yg brlakon geng surau tuh.. uddy tuh bleh x.. die pun mcm okey gak belakon..
lonso Post at 7-2-2012 16:25



   tepek gambo pliz.. tak kenal laa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2012 04:39 PM | Show all posts
tak pernah baca novel ni, tapi nak calonkan jugak pelakon-pelakon yang dirasakan sesuai, selain dari ...
bianglala Post at 7-2-2012 16:26



   yup dari sekolah smpai dewasa.. kalau boleh nak pelakon yg sesuai watak budak sekolah (form 5) smpai watak dewasa. kecuali Luthfi lelaki berusia 35 tahun.

Azlee Khairi tu ok jugak jd baein
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 04:48 PM | Show all posts
tepek gambo pliz.. tak kenal laa
fukadaminchi Post at 7-2-2012 16:38



   
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 04:52 PM | Show all posts
Reply 10# fukadaminchi

salah filem, bukan mukhsin tapi gubra...

nama pelakon :  alan yun

gambo nanti den tepek..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2012 04:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by fukadaminchi at 7-2-2012 16:59
lonso Post at 7-2-2012 16:48



   ohh dia ni. kenal tp taktau nama Uddy nama watak.. Intan Nor Saina nama betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.084655 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list