CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8229|Reply: 8

AKAN DATANG : VEKTOR 58

[Copy link]
Post time 17-3-2012 07:05 AM | Show all posts |Read mode


Dengar cerita untuk slot aksi TV3.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2012 10:55 AM | Show all posts
transformer dtg ke malaysia.........
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2012 02:26 PM | Show all posts
sapa pelakon2 nya???
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2012 02:51 PM | Show all posts
hero nmpk cam lelaki yg jadi pasangan Tiz dlm Cinta Kura Kura
Aeril Zafril ker ape namnye...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2012 05:20 AM | Show all posts
teruja nya tgk trailer...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2012 07:07 AM | Show all posts
Yeayyyy... Cybercop ummah Mulayu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2012 04:16 PM | Show all posts
Some people call it M'sia version of 'Tokusatsu'
secara ringkas:
Vektor 58 adalah kisah mengenai robot makhluk asing yang datang ke bumi untuk menyertai satu pertandingan. 6 robot itu akan bertanding sesama sendiri dan pemenangnya akan memerintah planet yang mereka duduki.


plot nya agak mudah di jangka :
setelah diselamatkan warga bumi, salah satu robot alien peserta pertandingan akhirnya berubah pikiran.
dia berjanji akan melindungi bumi, maka dia harus memenangkan pertandingan agar, bumi tidak dikuasai robot alien

Vektor 58
Chain-FX'x first live-action television series 'Vektor 58'. Follows the story of a young girl befriended an alien bio-mech creature she named Arif, who lost his memories from when he crash landed on Earth.


Story by Muhammad Fasya Daud
Written by Amir Hafizi &Fairul Nizam Ablah

Directed by Roshfaizal Ariffin




CAST:

LIA: Ain Satar
ARIF: Ku Mohd Amirul
JULIA: Nor Intan Bhaizura
ANA: Fazlina Datuk Ahmad Daud
NASIR / GREEID: Jefri Jefrizal
IZAK: Mohd Kamarulzaman (Ce’ Kem)
JASMIN: Nur Iylia Insyirah
AZRUL: Norman Hakim
BLOCH: Fadzlie Rahim
MR KAMAL: Ridzuan Hashim
CIKGU NOR ZAIHAN: Nasha Aziz
REPORTER: Elyana
NEWS ANCHOR: Dynas

ATUK DAUD: Datuk Aziz Singah
KAK GEE GEE: Ogy Datuk Ahmad Daud
DR. DEWI: Pushpa Narayan
JAY CHEN: Alan Yun
HARUN LIMAU: Azmaa Aizal Yusof
TOK KETUA: Kaza
YOUNGER LIA: Melly Amalin
YOUNGER JASMIN: PuteriAsyeila Azhar (Upin Ipin)
SYAFIQ: Syafiq Sukar
FARAH: Farah Nabila Saipuddin
AFFAN: Firdaus Affan Saipuddin

sos:Vektor 58
Sebuah drama televisyen aksi thriller arahan anak-anak tempatan dari Chain-FX Sdn Bhd berjudul Vektor 58 bakal disajikan di kaca TV untuk para penonton tidak lama lagi.
Drama yang mempunyai 13 episod itu telah menggunakan kepakaran setiap dari mereka dan menggunakan teknik CGI yang canggih serta rumit untuk dilakukan.
Selain itu, Vektor 58 juga menggunakan khidmat penulis-penulis seperti Amir Hafizi (Magika/Merong Mahawangsa) dan Fairul Nizam Ablah (Bionik/Arjuna) yang pernah memberikan khidmat dalam beberapa filem tanah air.
Drama aksi ala-ala transformer itu dijangkan bakal menghangatkan industri  drama tanah air dengan menampilkan pelbagai aksi robot.
Vektor 58 mengisahkan tentang satu robot yang mendarat di bumi dan telah kehilangan memorinya berikutan pendaratan yang dasyat.
Namun, dia telah dijaga oleh seorang gadis sehingga mereka menjadi kawan rapat dan sepanjang dijaga oleh gadis itu, Vektor 58 telah menjalani kehidupan sebagai manusia biasa di bumi.
Tetapi, kehidupan robot dan gadis itu berubah setelah ingatan robot itu kembali. Ingin tahu kisah lanjut mengenai drama itu?



Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 09:44 PM | Show all posts
Ain Satar & Ku Mohd Amirul Terajui Vector 58

4 Dec 2013

Dua pendatang baru dalam industri lakonan tanah air, Ku Mohd Amirul dan Ain Satar yang merupakan teraju utama dalam drama bersiri terbaharu di TV9, ‘Vector 58’ mengakui terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran sewaktu menjalani penggambaran drama terbitan Chain-FX Sdn Bhd itu.

Ain dan Amirul ketika ditemui di sidang media ‘Vector 58’ pada Selasa, walau bagaimanapun berasa teruja dapat beraksi dalam drama arahan Roshfaizal Ariffin ini apatah lagi ia merupakan drama sulung mereka berkonsepkan aksi sains fiksyen.

“Biarpun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran, namun kami seronok dapat berlakon dalam Vector 58 kerana banyak ilmu baru yang diperoleh sepanjang menjalani penggambaran drama ini. Pengalaman sepanjang 45 hari penggambaran ini juga sangat menakjubkan kerana banyak perkara menarik yang kami lalui, antaranya teknik kesan visual,” ujar Ain sambil menceritakan cabarannya dalam drama 13 episod itu.

“Cabaran besar saya mestilah apabila kena potong rambut pendek bagi merealisasikan watak Lia yang seperti tomboi. Selain itu, saya juga perlu menggunakan daya imaginasi tinggi untuk menghayati watak yang diberikan. Ini kerana, robot yang digunakan dalam drama ini adalah hasil teknik imej CGI, jadi sewaktu penggambaran saya hanya berlakon dengan tongkat saja. Ia memang pengalaman yang luar biasa. Namun, saya seronok dapat berlakon dalam drama ini,” ujar Ain.

Berkongsi mengenai pemilihan mereka sebagai pelakon utama, Amirul memberitahu perkara ini berlaku secara kebetulan. Mengakui tidak menyangka dapat memegang watak utama, graduan Diploma Pengurusan dari Unitar ini bagaimanapun berasa gembira kerana diberi kepercayaan oleh pihak produksi walaupun dia tidak mempunyai latar belakang dalam bidang seni.

“Saya memang berminat dalam bidang seni, tetapi tak pernah terlintas untuk menjadi seorang pelakon. Apabila tawaran ini datang, saya terus sambar peluang ini. Saya memang tak sangka akan dapat watak utama dan ia merupakan satu pengalaman yang unik dan menarik buat saya,” ujar Amirul.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan lakonan Ain Satar dan Ku Mohd Amirul dalam ‘Vector 58’ pada setiap Sabtu, jam 5.30 petang, bermula 7 Disember ini, di TV9. Selain Ain dan Amirul, ‘Vector 58’ turut dibintangi oleh Norman Hakim, Fazlina Ahmad Daud, Nor Intan Bhaizura, Jefri Jefrizal dan ramai lagi.

Sumber: GUA.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2014 09:47 PM | Show all posts
Vector 58 Karya Aksi Fiksyen Anak Tempatan

5 Dec 2013

Syarikat produksi yang terkenal dengan penghasilan kesan visual, Chain-FX Sdn Bhd kini mengorak selangkah ke hadapan dengan menghasilkan siri televisyen pertama mereka berjudul, 'Vector 58'. Drama bersiri 13 episod ini bakal disiarkan di slot Bananana, TV9, pada setiap Sabtu, jam 5.30 petang, bermula 7 Disember ini.

"Vector 58 merupakan drama bersiri berkonsepkan aksi fiksyen sains yang mengisahkan tentang makhluk asing berbentuk robot yang cuba menakluk bumi. Kelebihan utama kami adalah kesan visual dan dari situlah tercetus idea untuk kami menghasilkan formula baru bagi penerbitan drama siri televisyen tempatan yang menggunakan teknik kesan visual," ujar pengarah Vector 58, Roshfaizal Ariffin ketika ditemui pada sidang media di Hotel Royale Bintang Damansara, Selasa.

"Kami mengambil masa lebih dua tahun untuk menghasilkan Vector 58 di mana kami menjalani penggambaran selama 45 hari di sekitar Kuala Lumpur. Walaupun kami dah biasa bekerja di bekakang tabir, namun pengalaman kali ini sangat berbeza kerana teknik penggambarannya sangat lain. Kami memakan masa yang lama untuk menyiapkan drama ini kerana ia merupakan eksperimen buat kami.

Kami menelan belanja sebanyak RM 2.5 juta untuk merealisasikan drama ini, namun amat bersyukur kerana usaha kami menghasilkan drama aksi sains fiksyen ini mendapat bantuan kewangan daripada MDeC (Perbadanan Kemajuan Multimedia). Kami berharap untuk terus menghasilkan program televisyen yang berkualiti seperti ini dan secara tidak langsung membawa drama kanak-kanak tempatan ke peringkat lebih global," ujar Roshfaizal.

Vector 58 merupakan idea daripada Muhammad Fasya Daud, merangkap penerbit dan dibantu oleh penulis skrip Amir Hafizi dan Fairul Nizam. Vector 58 berkisarkan tentang seorang remaja bernama Lia yang bertemu dengan makhluk asing yang telah hilang ingatan akibat kemalangan semasa mendarat di bumi. Lia menamakan makhluk asing tersebut sebagai Arif dan Arif kini menjadi buruan beberapa makhluk asing lain yang ingin bertarung dengannya.

Vector 58 dibintangi oleh Ain Satar, Ku Mohd Amirul, Norman Hakim, Fazlina Datuk Ahmad Daud dan Nor Intan Baizura. Drama ini turut dihangatkan lagi dengan penampilan cameo oleh Nasha Aziz, Ogy Ahmad Daud, Ridzuan Hashim, Dynas Mokhtar, Elyana dan ramai lagi. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Vector 58 bermula 7 Disember ini, setiap Sabtu jam 5.30 petang, di TV9.

Sumber: GUA.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.271547 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list