|
Salam.
Adakah quran ada isnad? contohnya kalau hadith ada isnad untuk menuntukan kesahihannya, al-quran macam mana pula? kalau ada, maka statusnya apa, mutawatir ka, etc. bagi setiap level perawi, minimum ada berapa perawi? kalau tak ada, bagaimanakah para ulama menetukan kesahihan quran? |
|
|
|
|
|
|
|
alquran adalah wahyu...bila turun ayat alquran melalui malaikat Jibril kepada Nabi SAW..dan Nabi hafalkan ayat itu...dan baginda baca kepada sahabat...dan nabi suruh sahabat tulis ayat-ayat alquran tersebut....Jadi apa perlu nya sanad...sedangkan nabi sendiri dah suruh sahabat tulis wahyu (ayat yg di turukan) dan Nabi suruh sahabat hafalkan ayat yg di turunkan....... |
|
|
|
|
|
|
|
Isnad untuk quran?
Reply 2# hjrayle
jika kamu kata "Allah menurunkan al-quran kpd nabi saw melalui jibril, dan nabi kemudiannya meriwatkan kpd sahabat", bukankah tu satu bentuk sanad? "Allah>jibril>nabi>sahabat"? Kalau wahyu tak perlu sanad, habis tu hadis qudsi kenapa perlu sanad pulak? Kalau quran tak ada sanad, bgaimana para ulama' menentukan kesahihan quran yg ada sekarang?
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 12-6-2012 02:29
jika kamu kata "Allah menurunkan al-quran kpd nabi saw melalui jibril, dan nabi kemudiannya meriwatkan kpd sahabat", bukankah tu satu bentuk sanad? "Allah>jibril>nabi>sahabat"? Kalau wahyu tak perlu sanad, habis tu hadis qudsi kenapa perlu sanad pulak? Kalau quran tak ada sanad, bgaimana para ulama' menentukan kesahihan quran yg ada sekarang?
albatross Post at 12-6-2012 01:07
Dalam ilmu periwayatan, apabila pengumpulan secara menyeluruh dibuat, maka penilaian kesahihan bolehlah dilaksanakan.
Bagi kes lembaran Al-Quran, pengumpulan secara penuh dalam bentuk mushaf dibuat ketika zaman Abu Bakr As-Siddiq. Oleh kerana Al-Quran juga dibaca dengan dialek yang berbeza-beza, maka tatacara penulisan pun berbeza dan mungkin mengelirukan orang yang tidak mahir bahasa Arab bila dibacakan dalam dialek yang berbeza-beza. Maka pada zaman Uthman RA, mushaf Al-Quran telah di-standardise-kan. (ini dari segi mushaf dan penulisan Al-Quran)
Jika bercakap isu kesahihan, pengumpulan Al-Quran sebenarnya telah berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW lagi, sebab Nabi menyampaikan Al-Quran secara bacaan dan hafazan kepada para sahabatnya, dan mereka (para sahabat) turut menghafal sepertimana yang disampaikan oleh Nabi. Pengumpulan secara pembukuan (kitab/mushaf) dibuat pada zaman Abu Bakr, merupakan usaha membantu orang yang tidak menghafal sepenuhnya untuk mendapat manfaat Al-Quran secara pembacaan dari mushaf yang lengkap. Hakikanya, Al-Quran telahpun lengkap pada zaman Nabi lagi, jadi sanad periwayatan Al-Quran:
Allah - Jibril AS - Nabi Muhammad SAW - para sahabat (ramai yang menghafal secara 'dictation': lafaz perkataan demi perkataan) - maka kesahihannya tidak dipertikaikan langsung kerana telah mencapai status mutawatir lafzi
Tak mungkin para sahabat yang ramai bilangan masing-masing berpakat membuat pembohongan atas nama Al-Quran. Kalau berlaku demikian, maka akan terdapat bermacam-macam versi Al-Quran. Dari para sahabat, maka pengumpulan Al-Quran dibuat dalam bentuk kitab yang lengkap pada zaman Abu Bakr RA, tidak timbul soal kesahihan kerana sahabat sepakat tentang bacaan Al-Quran, sekalipun terdapat beberapa dialek.
Bagi hadith Nabi pula, pengumpulan pada skala yang besar tidak dapat dibuat pada zaman Nabi dan zaman sahabat kerana jumlah hadith yang begitu besar. Maka sanad periwayatannya diambil kira, contohnya sampai kepada Imam Bukhari, yang mana Imam Bukhari pula meriwayatkan hadith kepada ratusan ribu muridnya, dan juga dikitabkan, maka soal kesahihan itu tidak dipertikaikan lagi setelah periwayatan Bukhari itu diiktiraf dari segi sanadnya.
Maka sebab itulah sanad hadith lebih panjang, kerana ia perlu sampai kepada pengumpul hadith, seperti Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Nasai, Ibn Majah, Malik...... Kebiasaannya sanad hadith tidak disebut selepas pengumpul hadith kerana sudah diterima sebagai benar dari pengumpul hadith (kecuali hadith yang dipertikaikan).
Sebaliknya Al-Quran itu dah dikumpulkan pada zaman Nabi, cuma dikumpulkan secara mushaf pada zaman Abu Bakr, sebab tu sanad Al-Quran tu tak disebut. Ia dah disepakati benar secara menyeluruh pada zaman Nabi lagi.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# mnm77
Setiap periwayatan, tentu ada sanadnya...
Tolong berikan sanad AlQuran..satu pun jadilah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# albatross
banyak dah dijawap saudara mnm....Alhamdulillah...
sy tambah bab hadis Qudsi,,
hadis Qudsi ialah mesej dari Allah melalui lafaz(kata2) nabi....
sedangkan Quran ialah kalam Allah, original.....itu bezanya...
Wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap periwayatan, tentu ada sanadnya...
Tolong berikan sanad AlQuran..satu pun jadilah.....
Isyroqiyyin Post at 12-6-2012 04:23
sanad Al-Quran: Allah - Jibril AS - Nabi Muhammad SAW - para sahabat R 'Anhum (tiada pertikaian dalam kalangan para sahabat tentang isi kandungan Al-Quran)
Maka kesahihan Al-Quran telah diterima pakai secara keseluruhannya pada zaman Nabi dan sahabat. Kemudian diwarisi kepada generasi seterusnya tanpa timbul versi-versi Al-Quran selain yang ada pada sahabat (seperti yang disampaikan dari Nabi SAW)
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Memang ada sanad...tapi kebenaran Quran tidaklah bergantung kepada sanad semata-mata.....
Kaedah isnad tak semestinya membuktikan sesebuah cerita itu benar...hadis palsu pun ada sanadnya tapi ia tetap tak berguna sedikit pun dari kebenaran...
contohnya kalau hadith ada isnad untuk menuntukan kesahihannya, al-quran macam mana pula? kalau ada, maka statusnya apa, mutawatir ka, etc. bagi setiap level perawi, minimum ada berapa perawi? kalau tak ada, bagaimanakah para ulama menetukan kesahihan quran?
AlQuran mempunyai cara yang lebih baik daripada hadis untuk membuktikan kebenarannya yaitu cuba lah datangkan satu surah yang seumpama surah-surah di dalam AlQuran...sehingga hari ini ni belum ada sorang pun yang sanggup menyahut cabaran AlQuran.
Hadis? Hadis lah yang paling banyak di palsukan di atas muka bumi....
So, itu lah bezanya AlQuran berbanding hadis walaupun ia dilengkapi dengan pelbagai isnad......... |
|
|
|
|
|
|
|
sanad Al-Quran: Allah - Jibril AS - Nabi Muhammad SAW - para sahabat R 'Anhum (tiada pertikaian dalam kalangan para sahabat tentang isi kandungan Al-Quran)
Maka kesahihan Al-Quran telah diterima pakai secara keseluruhannya pada zaman Nabi dan sahabat. Kemudian diwarisi kepada generasi seterusnya tanpa timbul versi-versi Al-Quran selain yang ada pada sahabat (seperti yang disampaikan dari Nabi SAW)
Ini menunjukkan sanad AlQuran muttasil sampai kepada Allah tapi sanad hadis pula munqoti' yakni tidak muttasil sampai kepada Allah...menurut AlQuran ia di panggil : 'Yang selain daripada Allah'
Kesimpulan:
AlQuran itu daripada Allah & Hadis pula adalah selain daripada Allah....
P/S: Mod...tolong pindahkan thread ni ke subboard....thread ni tak sesuai di bincangkan di mainboard...terima kaseh |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Isyroqiyyin at 12-6-2012 12:55
(tiada pertikaian dalam kalangan para sahabat tentang isi kandungan Al-Quran)
Tapi kononnya surah fatihah tiada di dalam mushaf ibnu mas'ud...tu belum cerita pasal kandungan asal surah al-ahzab dan kontroversi ayat 9:128 & 129 dan kalau mereka semua dah sepakat, mengapa timbul pula pertikaian tentang cara bacaan sehingga usman membakar kesemua AlQuran kecuali mushafnya sahaja?
So, macamana anda boleh begitu yakin kata tiada khilaf pula? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# mnm77
jadi adalah sanad bagi al-quran, dari nabi saw ke para sahaba? kpd sahabat yg mana? berapakah rawi yg menyampaikan alquran dari kalangan sahaba? dan para sahaba pula menyampaikan kpd siapa? cthnya utk hadith ni:"Abu Huraira reported that the Prophet said: "The imam must be followed. So
recite takbir when he recites it, and bow down when he bows. And when he says
'Allah hearkens to him who praises Him', say 'O Allah, our Lord, praise be to
You'. And when he prostrates, you should prostrate. When he raises [his head]
you should raise yours, taking care not to raise [your head] till he raises his.
If he prays sitting, you should all pray sitting" isnadnya, yg telah diplot dlm bentuk graf (drpd mm al-azami): http://i.imgur.com/RQJbs.png drpd isnadnya kita dapat tau yg meriwayatnya drpd sekurang2nya 7 org sahaba, dan mereka meriwayatkannya kpd sejumlah yg lain, dan mereka pula meriwayatkan kpd sejumlah yg lain, etc. adakah al-quran ada isnad dari nabi saw, ke sahaba, ke rawi berikutnya, etc seperti hadis? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 12-6-2012 16:25
Tapi kononnya surah fatihah tiada di dalam mushaf ibnu mas'ud...tu belum cerita pasal kandungan asal surah al-ahzab dan kontroversi ayat 9:128 & 129 dan kalau mereka semua dah sepakat, mengapa timbul pula pertikaian tentang cara bacaan sehingga usman membakar kesemua AlQuran kecuali mushafnya sahaja?
So, macamana anda boleh begitu yakin kata tiada khilaf pula?
Isyroqiyyin Post at 12-6-2012 12:36
Boleh bawakan bukti anda? Sumber mana? Anda kata kononnya, macam anda sendiri tak percaya! Kenapa anda bawakan sesuatu yang anda tak percaya nak timbulkan kesangsian pula?
Kalau ada khilaf, tentunya dah ada bermacam-macam versi Al-Quran. Yang saya tahu memang ada beberapa qiraat bacaan Al-Quran, ini tak dikira sebagai versi-versi Al-Quran yang berbeza-beza.
Ini menunjukkan sanad AlQuran muttasil sampai kepada Allah tapi sanad hadis pula munqoti' yakni tidak muttasil sampai kepada Allah...menurut AlQuran ia di panggil : 'Yang selain daripada Allah'
Kesimpulan:
AlQuran itu daripada Allah & Hadis pula adalah selain daripada Allah....
P/S: Mod...tolong pindahkan thread ni ke subboard....thread ni tak sesuai di bincangkan di mainboard...terima kaseh
Bagi yang tolak hadith nabi, bermacam-macam anggapan dibuat semata-mata nak tolak hadith Nabi. Al-Quran disampaikan dari Nabi. Hadith nabi pun dari Nabi jugak. Hadith Qudsi pun dari Nabi jugak. Tak wajarlah kalau Al-Quran sahaja yang benar, yang lain2 tu semua batil belaka! Sungguh tak layak bagi Nabi untuk menyampaikan Al-Quran yang benar, dan selainnya semua ditolak hanya dengan alasan kononnya bukan dari Allah!
Saya setuju thread ni dipindah ke subboard |
|
|
|
|
|
|
|
drpd isnadnya kita dapat tau yg meriwayatnya drpd sekurang2nya 7 org sahaba, dan mereka meriwayatkannya kpd sejumlah yg lain, dan mereka pula meriwayatkan kpd sejumlah yg lain, etc. adakah al-quran ada isnad dari nabi saw, ke sahaba, ke rawi berikutnya, etc seperti hadis?
albatross Post at 12-6-2012 14:08
Cuba anda baca kembali penjelasan saya pada post#4 tu.
Pengumpulan Al-Quran dibuat pada zaman Nabi, maka Al-Quran itu disahkan kesahihannya pada zaman Nabi lagi. Secara mushaf lengkap, Al-Quran dikumpul pada zaman Abu Bakr RA dan disahkan dengan bacaan para sahabat yang lain. Justeru sanadnya yang sampai kepada Nabi dan para sahabat telah diterima sebagai sahih, tak timbul isu sanad seterusnya, melainkan untuk tujuan kajian pada qiraat yang ada beberapa perbezaan cara bacaan.
Hadith Nabi pula disampaikan oleh Nabi, maka kesahihannya dinilai pada koleksi hadith yang disampaikan menerusi pengumpul hadith, sebab tu sanadnya kena sampai kepada pengumpul hadith (contoh: Nabi- sahabat - tabi'in - perawi-perawi antara tabi'in sehingga pengumpul hadith).
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 13# mnm77
tapi mushaf yg dikumpul oleh abu bakr ra sekarang sudah tiada dgn kita. jadi macam mana nak tentukan sama ada quran yg kita ada sekarang sahih sama dengan yg dikumpul oleh abu bakr ra? |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh bawakan bukti anda? Sumber mana? Anda kata kononnya, macam anda sendiri tak percaya! Kenapa anda bawakan sesuatu yang anda tak percaya nak timbulkan kesangsian pula?
Kalau ada khilaf, tentunya dah ada bermacam-macam versi Al-Quran. Yang saya tahu memang ada beberapa qiraat bacaan Al-Quran, ini tak dikira sebagai versi-versi Al-Quran yang berbeza-beza.
Anda boleh rujuk kitab fihrist tulisn ibn al-nadim dan juga kitab al itqan fi ulum al-quran tulisan al-suyuti....
Bukan sahaja Qiraat ada 7 versi...mushaf Quran pun di dapati ada beberapa versi..
Di tangan saya ada 2 versi yaitu versi usmani & versi warsh..
Bagi yang tolak hadith nabi, bermacam-macam anggapan dibuat semata-mata nak tolak hadith Nabi. Al-Quran disampaikan dari Nabi. Hadith nabi pun dari Nabi jugak. Hadith Qudsi pun dari Nabi jugak. Tak wajarlah kalau Al-Quran sahaja yang benar, yang lain2 tu semua batil belaka! Sungguh tak layak bagi Nabi untuk menyampaikan Al-Quran yang benar, dan selainnya semua ditolak hanya dengan alasan kononnya bukan dari Allah!
Memang la tugas nabi hanya menyampaikan Quran sahaja...apa laaaa
Nak buat macamana...dah memang sanad kitab hadis semuanya munqati'...takde satu sanad pun yang muttasil sampai kepada Allah seperti sanad AlQuran....so, dengan menggunakan kaedah ilmu sanad, maka dapatlah kita membuktikan bahawa kitab-kitab hadis-hadis itu sebenarnya adalah dari selain Allah.......so terima lah kenyataan...tak payahlah nak menokok tambah & mengada-adakan ke atas Allah pulak dengan cuba nak mengatakan kitab-kitab hadis itu adalah daripada Allah.....kalau nak kata macam tu jugak...kena la tunjukkan sanad nya kat sini hokkay... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Isyroqiyyin at 12-6-2012 20:15
isnadnya, yg telah diplot dlm bentuk graf (drpd mm al-azami): drpd isnadnya kita dapat tau yg meriwayatnya drpd sekurang2nya 7 org sahaba, dan mereka meriwayatkannya kpd sejumlah yg lain, dan mereka pula meriwayatkan kpd sejumlah yg lain, etc. adakah al-quran ada isnad dari nabi saw, ke sahaba, ke rawi berikutnya, etc seperti hadis?
Sanad quran yang di ketahui adalah dari 7 orang sahaja yaitu:
1. Ibnu Katsir
2. Abu 'Amru
3. Nafi'
4. 'Asim
5. Hamzah
6. Ibnu 'Amir
7. Al-Kisa i
Dan ketujuh-tujuh orang ni semuanya bersumberkan dari 6 orang sahabat yaitu:
1. Ali bin Abu Thalib
2. Zaid bin Tsabit
3. Ubai bin Ka'ab
4. Abdullah bin Mas'ud
5. Umar bin Khattab
6. Usman bin Affan
Dan keenam-enam orang ini semuanya bersumberkan dari Muhammad & Muhammad pula bersumberkan Jibril & Jibril bersumberkan dari Allah....
So sanad kat atas ni cuma 6 orang sahabat je...takdelah sampai tahap mutawatir pun...
Adapun senarai Qari dari golongan sahabat nabi hanya ada 11 orang jer...
1. Ali bin Abu Thalib
2. Zaid bin Tsabit
3. Abdullah bin Mas'ud
4. Ubai bin Ka'ab
5. Umar bin Khattab
6. Usman bin Affan
7. Abdullah bin Abbas
8. Abu Musa Al Asy'arie
9. Abu Darda
10. Abu Hurairah
11. Abdullah bin sa ib
Takde lah sampai tahap mutawatir pun...tapi sanad Quran tu memanglah ada dan semuanya muttasil sampai Allah..tak macam sanad hadis...sanad hadis semuanya munqati' kerana ia tidak muttasil sampai kepada Allah seperti sanad AlQuran...
Tapi yang herannya...sahabat yang paling utama seperti abu bakr tak termasuk dalam list pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis? Hadis lah yang paling banyak di palsukan di atas muka bumi....
So, itu lah bezanya AlQuran berbanding hadis walaupun ia dilengkapi dengan pelbagai isnad.........
Isyroqiyyin Post at 12-6-2012 12:08
Orang bincang tentang Isnad Al Qur'an ... bukan tentang Hadith palsu ! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 16# Isyroqiyyin
jadi sanad yg diketahui hanya ada dari 7 orang shj ke? dan hanya 6 org sahaba shj yg ada dlm sanad utk al quran? dan kenapa sanad tersebut tak mutawatir? bukankah 7 yg disenaraikan tu sumber bacaan qiraat sahih? kan qiraat sahih kena ada sanad mutawatir? kenapa dlm post #4 mnm kata sanad quran dikatakan mutawatir? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Isyroqiyyin at 14-6-2012 14:54
dan kenapa sanad tersebut tak mutawatir?
Ulama berbeza pendapat tentang syarat mutawatir...ada yang kata 10 orang, etc
pada pendapat saya la...mutawatir ni sepatutnya kena lebih 10 orang...contohnya 50 @ 100 orang @ lebih pun lagi ok...tapi syaratnya mesti saheh lah...kadang-kadang majoriti bukan semestinya kebenaran...
bukankah 7 yg disenaraikan tu sumber bacaan qiraat sahih?
Memang lah saheh sebab sanadnya muttasil sampai kepada Allah...
kan qiraat sahih kena ada sanad mutawatir?
Bagi saya mutawatir tak penting..yang lebih penting ialah sanad tu mesti saheh dan muttasil sampai kepada Allah....
Mutawatir pun tak guna juga kalau palsu & tak muttasil sampai kepada Allah...
kenapa dlm post #4 mnm kata sanad quran dikatakan mutawatir?
Cuba tanya mnm dari mana dia kutip pendapat tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 13-6-2012 02:58
tapi mushaf yg dikumpul oleh abu bakr ra sekarang sudah tiada dgn kita. jadi macam mana nak tentukan sama ada quran yg kita ada sekarang sahih sama dengan yg dikumpul oleh abu bakr ra?
albatross Post at 12-6-2012 17:29
Al-Quran bukan sahaja ditulis dalam bentuk mushaf, ia juga dihafal secara lafaz, kalimah demi kalimah, huruf ke huruf. Mereka yang menghafal Al-Quran tentu sahaja mengetahui jika ada kesalahan bacaan dari tulisan. Perkara ini dah dipersetujui dari zaman sahabat, dan Al-Quran tetap dihafaz dari zaman ke zaman sampai ke hari ni. Juga mushaf itu kekal seperti asal.
Dalam solat tarawih di tempat yang dibacakan keseluruhan Al-Quran, akan ada huffaz yang membetulkan kesalahan jika dilakukan oleh Imam. Begitulah jika berlaku dalam tulisan, akan ada orang yang akan perbetulkan.... Letak 10 orang hafiz, mereka boleh sama-sama semak Al-Quran tanpa perlukan kitab pun. Sekarang ni mungkin ada puluhan ribu huffaz, atau lebih...
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
| |
|