CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4792|Reply: 31

Pengutip Kotak Jujur Serahkan Kembali Wang RM133,000 Yang Ditemuinya

[Copy link]
Post time 10-7-2012 08:50 AM | Show all posts |Read mode




TAWAU – Seorang pemandu lori perabot yang melakukan kerja sambilan mengutip kotak terbuang menjadi ‘kaya sekejap’ apabila mendapati satu daripada kotak yang diambilnya di tepi jalan mengandungi wang sebanyak RM 133,300.

Namun, lelaki berkenaan, Bahar Rauf, 55, yang terkejut dengan penemuan itu, akhirnya membawa kotak dan wang berkenan ke Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) Tawau sebelum diserahkan kepada pemiliknya.

Menceritakan penemuan kotak itu, Bahar berkata, dia melakukan kerja sampingan dengan mencari kotak terbuang sebaik tugasnya sebagai pemandu lori selesai jam 6.30 petang setiap hari,

“Selepas tamat waktu kerja saya akan mengelilingi pusat bandar mencari kotak terbuang untuk dijual.
“Ketika melakukan rondaan, saya melihat satu kotak yang dibuang ditepi jalan dan terus mengambilnya untuk dibawa pulang ke rumah,”katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam

Sebaik tiba di rumah di Batu 5, Jalan Apas, dia menurunkan semua kotak berkenan untuk dilipat dan disusun .
Bagaimanapun, dia berasa aneh apabila satu daripada kotak dikutip agak berat berbanding kotak lain.
Katanya apabila membuka kotak berkenaan, dia menemui tiga bungkusan besar dan hampir pitam apabila mendapati semua bungkusan mengandungi wang tunai.

Bahar berkata, dia sudah melakukan kerja sampingan itu sejak lima tahun lalu dan pertama kali melihat wang tunai sebanyak itu di depan mata.
“Saya tidak berani mengira jumlah wang itu kerana bimbang dituduh mencuri atau terbabit dengan sebarang jenayah.
” Memang semalam saya tidak dapat tidur kerana memikirkan wang yang ditemui dan akhirnya membuat keputusan menyerahkan semua wang itu kepada polis,” kata bapa kepada 12 anak itu.

Bahar tidak terlintas untuk mengambil wang berkenan kerana ia bukan miliknya.

“Wang ini bukan hak saya selain simpati dengan pemiliknya, saya menyerahkan kepada polis.
“Mungkin pemilik mahu mengunakan wang ini untuk tujuan lebih penting,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Dearah Tawau, Asisten Konisioner Ibrahim Chin ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan mengenai penemuan wang itu dan wang terbabit sudah diserahkan kepada pemiliknya.
” Wang ini diserahkan kepada pemiliknya selepas melihat kepada bukti sahih yang dikemukakan.
” Polis menghargai kejujuran dan sikap amanah ditunjukkan Bahar yang tidak mengambil wang berkenan walaupun satu ringgit,” katanya (Harian Metro)

Kredit: http://tabekpuang.blogspot.com/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2012 09:14 AM | Show all posts
hm... klu aku belum tentu aku nak pulangkan....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 09:18 AM | Show all posts
ada lagi insan berhati mulia
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 09:20 AM | Show all posts
da ade da....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 09:21 AM | Show all posts
I wonder bagai mana polis menjejak pemilik Wang itu....Betul kah ianya di pulangkan atau menjadi hak milik polis?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 09:22 AM | Show all posts
bagusnya dia ni...
biasanya org gelap mata dah kalo jumpa duit terpinjak banyak cam tu...terus claim rezeki dia sebab jumpa...hehehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2012 09:23 AM | Show all posts
errrmmm..bagus org nie
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 10:02 AM | Show all posts
masih ada manusia yang berhati jujur rupanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2012 10:35 AM | Show all posts
aku rasa ni duit palsu ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 11:56 AM | Show all posts
betul ka pulis tu pulangkan...?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 12:07 PM | Show all posts
macam filem Jutawan Fakir....
bagus la pakcik ni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 12:18 PM | Show all posts
kalau orang yg jumpa, selamat dah duit tu dia gi joli......nasib baik orang yg jujur dan amanah yg jumpa.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 12:30 PM | Show all posts
bagus la pakcik ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 12:45 PM | Show all posts
duit sape tuh?? kaye betul..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 02:35 PM | Show all posts
Jujurnya pakcik ni susah nak jumpa orang macam ni sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 01:40 AM | Show all posts
entah entah duit tebusan nk bagi kt penculik sebagai pertukaran dengan mangsa culik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2012 02:17 AM | Show all posts
baiknya pakcik ni..semoga tuhan murahkan rezeki pakcik sekeluarga..aminnn
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 03:21 AM | Show all posts
Jeng jeng jeng... betul ka pulis pulangkan?

Jeng jeng jeng skali lagi

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 07:21 AM | Show all posts
kalau polis tak pulangkan itu adalah kesalahan beliau yang pasti pakcik itu sudah melakukan tugas beliau dengan baik...duit riban-riban tu mana ada nak tido lena kalau bukan milik kita. tapi yang paling tak lena tuan punya duit tu, tentu merana sepanjang hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 08:23 AM | Show all posts
Reply 17# medd

eh...avvy kita sama la
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.070736 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list