CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21120|Reply: 104

Abe Muslim Pemain Terengganu Bawak Gadis Masuk Hotel

[Copy link]
Post time 31-8-2012 07:45 PM | Show all posts |Read mode
http://sokernet.com/piala-malays ... ain-kebangsaan.html

p/s: sori ak bg link saje sbb x leh copy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2012 07:49 PM | Show all posts
Gambar ada tak?.. Mcm x kenal lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2012 07:50 PM | Show all posts
Google Muslim Ahmad Ex Harimau Muda A
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 07:52 PM | Show all posts
muka cam budak2 baik , suci , murni dan alim jah
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 07:54 PM | Show all posts
Dia dah kawen ke? Berapa org anak?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 07:57 PM | Show all posts
Peter Butler pecat dua pemain kebangsaan




Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi dipecat dari skuad Terengganu


DUA pemain Terengganu, Ismail Faruqi dan Muslim Ahmad perlu melupakan hasrat mereka untuk meneruskan kempen Piala Malaysia musim ini bersama skuad Penyu ekoran masalah disiplin.
Ia selepas kedua-dua pemain didapati melanggar peraturan dan pulang ke bilik penginapan kira-kira pukul 3 pagi beberapa jam sebelum bertemu Kedah di Stadium Darul Aman, Selasa lalu.
Jurulatihnya, Peter James Butler ketika dihubungi mengesahkan bahawa kedua-dua pemain itu tidak akan bermain kerana kecewa dengan kegagalan kedua-dua mereka mengikut peraturan yang ditetapkan.
“Saya tegaskan, Ismail dan Muslim tidak akan bermain untuk saya lagi.
“Balik pukul 3 pagi dan bawa gadis ke hotel. Ia benar-benar tidak boleh diterima,” katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut Butler, perbuatan itu menunjukkan kedua-dua pemain tersebut tidak menghormati beliau, pasukan, pihak pengurusan serta seluruh rakyat Terengganu.
“Jika tiada sebarang keajaiban, mereka tidak akan bermain untuk saya lagi.
“Saya memerlukan pemain yang berdisiplin dan komited dengan pasukan,” katanya.
Menurut Butler, dari segi pasukan, kedua-dua pemain itu tidak akan dibenar bermain selagi beliau menjadi jurulatih Terengganu tetapi bagi pihak pengurusan, ia belum diputuskan lagi.
Jelasnya, beliau akan berbincang dengan pihak pengurusan mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap kedua-dua pemain itu.
Dalam pada itu, menurut Butler, ketiadaan kedua-dua pemain itu tidak akan meninggalkan kesan besar kepada Terengganu untuk mengharungi kempen Piala Malaysia musim ini kerana mereka mempunyai ramai pemain muda yang berbakat.
“Erison Da Silva seorang pemain pertahanan yang hebat dan persembahan Joseph Kalang Tie juga sering kali tidak mengecewakan.
“Selain itu, kami mempunyai pemain Piala Presiden seperti Muhd. Fakhrurazi Musa yang boleh dipanggil apabila diperlukan,” katanya.
Jelasnya, kekalahan tipis 1-2 ketika bertemu Kedah di Alor Setar, Selasa lalu tidak akan melunturkan semangat pasukannya dan yakin Terengganu akan kembali memberi saingan.
“Saya bimbang kerana pemain kita yang sepatutnya boleh bermain dengan baik gagal mempamerkan aksi sebenar kerana tidak mendapat rehat yang cukup.
“Tetapi kita akan bangkit bermula dengan kemenangan ke atas Kedah, Sabtu ini,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2012 08:01 PM | Show all posts
Nama x mencerminkan sikap dan peribadi..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 08:06 PM | Show all posts
Berlagak macam pemain luar negara..berjimba ke kelab,bawak betina...
apa le nak jadi dengan mereka ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2012 08:28 PM | Show all posts
panas ke gossip ni?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 08:39 PM | Show all posts
tak kenal...tp kancah bola sepak malaysia ni..mmg selalu mcm ni kot...dolu2 yg pernah ada kes.. azman adnan..khalid jamlus...skrg ni..masih ada lg..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 08:45 PM | Show all posts
damn. aku suka kot muslim ni. rejected!
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
tak de hari lain ke nak berdating mating... :@
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 09:11 PM | Show all posts
ingst diri tu hebat sgt ker nk jadi player pompuan...jadi player bola pun kena rejek...padan muka korang
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 09:14 PM | Show all posts

muslim ahmad lum kawen...
ismail faruqi baru kawen bln 4 ari tu..
arap2 sume ni xbetul
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 09:27 PM | Show all posts
Negara kita mempunyai undang-undang..Kita akan mengikut Prosedur secara profesional. Harap para peminat Muslim dan Ismail Faruqi bersabar dengan kenyataan yang cuba menjatuhkan maruah dan karier beliau.


dari fb Muslim Ahmad_24 official

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 09:35 PM | Show all posts
muslim ni.... ncem ... iols merembes kalo nengok pix heols ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2012 09:40 PM | Show all posts
yang xkenal..ni muslim ahmad

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 09:41 PM | Show all posts
jebat_ensem posted on 31-8-2012 09:27 PM
dari fb Muslim Ahmad_24 official


Ngapa iols terfikir macam ada sesuatu  je....macam nak halang Ganu dari terus bersaing dalam Piala Malaysia.  Hari tu...penjaga gol Ganu pengsan..sewaktu menentang ATM. Muslim diberi harapan jaga pertahanan selepas Marzuki berehat lama akibat kecederaan.  Ismail pula hebat sewaktu menentang Kelantan. Apakah?????????????
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 09:56 PM | Show all posts
amboihhh peter butler, moralist terlampau lak tetiba, bukan budaya footballer ke bawak masuk pompuan, takjub iols wujud lg spesis omputih yg over high moral values gini

ke alasan jahhh
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 09:59 PM | Show all posts
tak baik fitnah... kalau betul, mintak dorg bertaubat. muda2 dah nama busuk. kesian.. sampai 7 keturunan org dok sebut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.361480 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list