CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1886|Reply: 8

Konsep Telefon Facebook (8 Gambar)

[Copy link]
Post time 3-9-2012 04:41 PM | Show all posts |Read mode
Telefon Facebook bukanlah sesuatu yang baru. Lebih kurang dua tahun yang lalu HTC dan Facebook bekerjasama menghasilkan HTC ChaCha dan Salsa yang dilengkapi butang khas hanya untuk melancarkan aplikasi Facebook. Terdapat ura-ura mengatakan Zuckerberg sedang bekerjasama dengan HTC sekali lagi bagi menghasilkan telefon Facebook yang baru menjelang pertengahan 2013. Buat masa ini tiada siapa tahu bagaimana rupa telefon pintar ini dan sistem operasi apakah yang bakal digunakan. Ini menyebabkan beberapa orang pereka melakukan rekaan telefon Facebook mereka sendiri.

Blue Experience 2
ialah konsep rekaan Tolga Tuncer. Ia berbentuk kotak kerana ia juga berfungsi sebagai telefon Instagram (yang sudah dibeli Facebook). Bila diletakkan di atas meja Blue Experience 2 boleh dijadikan bingkai gambar Instagram. Ia dilengkapi roda pentatal fizikal yang memudahkan anda mentatal susur masa dan filter di dalam aplikasi Instagram. Ia juga dilengkapi skrin sesentuh LCD 3.1". Tidak seperti telefon biasa, mikrofon dan earphone telefoninya terletak pada bahagian belakang. Menurut Tolga, ini adalah bagi memastikan skrin sesentuh tidak dikotori dengan minyak apabila ia dilekapkan kepada muka pengguna ketika menggunakan telefon. Nice idea tetapi malangnya orang zaman sekarang dah malas dengan Facebook.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2012 04:53 PM | Show all posts
kreatip neh...dan usaha yg gigh....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 05:07 PM | Show all posts
perlu ke nak create telefon bagai...guna je la satu frontend utk semua social media kat dunia ni..tu pun rasa mcm dah ada dlm bentuk application..integrate je la ngan device..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 05:26 PM | Show all posts
macam2.. ada ke org yg takleh hidup tanpa fb dalam dunia ni ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 10:39 PM | Show all posts
penting sgt ker fb dlm kehidupan seseorg tu???errmmm      
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 11:07 AM | Show all posts
idea yang kreatif.. untuk pengguna fb yang tegar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2012 11:20 AM | Show all posts
Cam dah pernah nampak KL aritu
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 11:59 AM | Show all posts
hp CARI xde orang nk buat ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2012 12:05 PM | Show all posts
mcm penting sgt pulak fb ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.340586 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list