CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6074|Reply: 4

[Tempatan] PMX berhasrat untuk membawa isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menaiki kenderaan elektrik keluaran Turkiye jenama TOGG, T10X.

[Copy link]
Post time 12-2-2025 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk membawa isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menaiki kenderaan elektrik keluaran Turkiye jenama TOGG, T10X.



Menerusi satu rakaman video, Anwar turut tidak menyangka, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yakin beliau memandu kenderaan tersebut yang merupakan pemanduan sebelah kiri.

Ia sekali gus mengundang pertanyaan lanjut daripada Erdogan sebelum Anwar menjelaskan beliau jarang memandu.

Saya jarang memandu… kita sekarang memandu di sebelah kiri,” katanya dalam sesi pandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) itu dari bangunan Perdana Putra di sini ke Kompleks Sri Perdana bersama Erdogan pada Selasa.

Dalam perjalanan itu, Anwar turut mengakui kualiti penebat bunyi kenderaan berkenaan.

“Ya. Ia sangat senyap,” katanya lagi.

Kenderaan itu merupakan hadiah Erdogan kepada Anwar sebagai simbol persahabatan akrab yang terjalin antara mereka.

Ia diserahkan kepada Anwar sempena lawatan rasmi dua hari pemimpin terbabit ke Kuala Lumpur bermula Isnin lalu.

Anwar akan menggunakan kenderaan itu selagi mana memikul tanggungjawab sebagai pemimpin Malaysia dan akan dipulangkan kepada negara apabila tugasnya selesai.

TOGG merupakan kenderaan elektrik nasional pertama Turkiye

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2025 07:05 PM | Show all posts
Patutlah ada warga Indonesia tertanya adakah president Indonesia akan menerima pemberian kereta dari turkey president.

Jika rosak susah lah nak kena bawa masuk spare parts dari turkey.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapot BMF..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 09:17 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 12-2-2025 09:21 PM

apa lah PMX ni..

kete x sampai RM0.4 juta ni pong nak show off

masa Bijan dapat bilion2 derma dari Middle East sampai mampu ada banyak kete mewah

Bijan x show off pong..

simpan diam2

orang lain yg rajin bongkarkan..

anak madey ada Bugatti Veyron pong x show off

--
beza antara PM sengkek n PM kaya rayos

yg sengkek ni show off

yg kayo ni low profile jew

ni sebab rekyat benci PMX dan sayang gilos Bijan n Madey

rekyat piley PM yg kaya rayos tp low profile




Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 09:48 PM | Show all posts
mahal kete ni, dlm anggaran rm210k
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 10:01 PM GMT+8 , Processed in 1.307199 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list